Alhamdulillah syukur kpd Allah kita masih bernafas hari ini dan semoga berkesempatan menjalani ibadah pada bulan Ramadhan yang akan menjengah sehari lagi... Excited ke excited?? =)
Semalam saya terbaca di facebook.. Seorang kawan yang baru dapat baby mengadu susu kurang.. Dan sekarang dia dah campur... :(
Tapi takpe.. Walaupun dah campur sekarang, ada cara nk banyakkan semula susu.. Antaranya melalui makanan dan minuman yang diketahui boleh bertindak sebagai penggalak susu (milkbooster).
Di sini saya share makanan dan minuman penggalak susu yang pernah saya cuba dan terbukti berkesan.
1. Oat
- boleh dicampurkan dalam susu, soya, horlick, milo atau apa2 sahaja minuman kegemaran KECUALI teh dan kopi. Sebab teh dan kopi mengandungi kafein yg boleh mengurangkan air dalam badan.
2. Kurma
- boleh dimakan begitu sahaja atau diblend dalam susu/ESP/soya/horlicks atau apa sahaja minuman kegemaran. My favourite resepi ialah susu + ESP + kurma + oat + almond. Pastikan guna fresh milk yg sejuk dr peti ais... Mmmmm yummyyy dan berkhasiat!!! Perasan tak, semua ingredients tu adalah makanan penggalak susu!
3. Halba
- direndam dalam air panas dan minum airnya. Kurang sedap tapi insyaAllah mujarab. Kalau kreatif, blh campur dengan bahan2 lain macam longan atau kurma merah.
4. Longan dan kurma merah
- direbus dan minum airnya. Sedap!
5. Lobak putih
- dibuat sup dan makan dengan nasi. Nak makan mcm tu pun boleh... Cuma pahitlah sikit..
6. Kacang almond
- makan sebagai snek
7. Air barli
Hmm... Setakat ni dulu yg saya dapat kongsikan.. Kalau ada lagi yang saya teringat, akan saya kongsikan dalam senarai ni yek....
Ibu-ibu menyusukan anak, disarankan mengambil sekurang-kurangnya salah satu makanan atau minuman di atas semasa sahur.... Selamat mencuba!
Shaklee Independent Distributor