Tuesday, April 22, 2014

Kumpul Stok Susu dengan Teknik Power Pumping


Alhamdulillah.. Siang tadi selamat deliver set menyusu kpd customer di SMK Pandan Jaya. Customer saya ni baby dia dah masuk 5 bulan...dan makin kuat menyusu. Dulu 3oz skrg dh minum 4oz. Jadi dia pun risaulah... Husband dh suruh top-up dgn susu formula.. Oh no no no!

Sempat juga saya cerita tentang teknik power pumping untuk bantu dia kumpul stok... 

Ok, teknik POWER PUMPING ni bertujuan untuk meningkatkan penghasilan susu ibu. Biasanya mungkin apabila stok dah menyusut, mungkin disebabkan baby mengalami growth spurt yang menyebabkan baby minum lebih banyak drp biasa atau sebab2 lain. 

Cara-caranya:

1. Pilih 1 jam pada setiap hari (siang atau malam) cth 6am setiap pagi atau 9pm setiap malam.

2. Pump mengikut tempoh berikut:

a) Pump 20 minit, rehat 10 minit
b) Pump 10 minit, rehat 10 minit. 
c) Pump 10 minit, tamat.

3. Ini memberi 40 minit masa pumping utk tempoh 60 minit.

4. Ambil sejam sahaja setiap hari. Waktu2 lain, pump macam biasa.

Ada yang dapat lihat hasil 3 hari selepas melakukan teknik power pumping. Ada yang 7 hari. Kalau dah buat, tapi belum nampak hasilnya, jangan putus asa. Setiap individu berlainan.
Rahsianya : PERSEVERENCE! (Istiqamah)

TIPS 

-- kalau weekdays x sempat, boleh buat weekend.
-- tidur yang cukup juga penting untuk penghasilan susu ibu. Jangan tak cukup tidur! 
-- ambil minuman atau makanan penggalak susu (galactagogues) contohnya Alfalfa (click here for more info) atau fenugreek
-- minum air yang banyakk (sangat penting!!)
-- blh tambah teknik urutan (breast massage) semasa pumping
-- jgn putus asa jika susu yang diperah semasa power pumping ni sikit sahaja atau xde langsung. Terusskan je. The point is, stimulasi drp pumping tu.. The milk will come later, insyaAllah

Sekian.. Semoga ibu2 di luar sana (dan saya sendiri) istiqamah dalam menyusukan anak2 dengan susu ibu. 

“Para ibu HENDAKLAH menyusukan  anak-anaknya selama DUA TAHUN PENUH, iaitu bagi yang ingin MENYEMPURNAKAN  penyusuan itu”  
– Surah Al-Baqarah, Ayat 233
Ingin mencari suplemen set penyusuan, call/SMS/Whatsapp 017-2595820 (Ain)

Jika anda rasa entri ini bermanfaat, please share :) TQ!

No comments:

Post a Comment