Nak kongsi pengalaman memberi makan solid food kpd my babies.
Anak pertama: Furqan, now aged 9.
Masa ni takde apa2 pengalaman lagi. So bila baby masuk 6 bulan je, terus excited beli instant cereal yang dijual di pasaran. Macam-macam perisa ada! Plain, buah-buahan, sayur-sayuran, ayam, ikan bilis.... semua tu saya try bagi baby. Tapi baby tak berapa kuat makan sgt... saya ingatkan, memang dia ni jenis baby yg cerewet bila bab makan....
Anak ke-2: Faiqah, now 6.
Masa ni dah ada maid. So bila baby masuk 6 bulan, maid ni la yang buatkan bubur untuk dia. Baby dah ada org jaga kat rumah, dh senang sikit hidup... tak la terkejar-kejar sgt nak gi ofis... so maid start masakkan baby bubur nasi plain je dulu... than pelan2 introduce ikan bilis, ayam dan sayur-sayuran. Maid saya ni dah ada pengalaman jaga anak sendiri 2 orang. Baby makan banyak! Then ada org bagitau saya baby memang prefer plain rice porridge drp commercial cereals yang byk jual kat kedai tu. I was like, REALLY?? Wished i knew that from earlier on... Turns out Faiqah grew up enjoying eating... Tak byk masalah untuk bagi dia makan...
Anak ke-3: Faiq, now 4.
Masa ni kembali kpd tiada maid. Maid dh cabut lari masa Faiqah umur 1 1/2 thn. Tapi dh ada pengalaman bagi makan 2 org baby. Since my last experience with faiqah, i’ve determined to give my baby home cooked porridge and no commercial cereals AT ALL. Cuma masalah saya waktu tu, ialah mencari masa untuk masak bubur baby ni hari2... yelah, kita kan kerja, pergi awal, balik lewat... mana ada masa sgt nk masak bubur baby hari2... so masa ni saya rajin2 kan diri but research kat buku2, internet. Dari situ saya belajar bahawa kita blh buat kiub kecik2 (macam ais tu), simpan dalam freezer. Then bila nk guna, cairkan dan kemudian panaskan. Memang membantu! So saya akan buat bubur weekend je...and buat stok utk seminggu terus....
Anak ke-4: Faqihah, now 8 months.
Dah baby no.4 ni, senang sikit... dah byk pengalaman ;) Saya memang bagi bubur nasi masak sendiri je.. tak pandang langsung instant cereal yg jual kat kedai tu. Sebab cereal yg jual kat kedai tu bukan bagus pun, ada perisa, gula, garam... yg sebenarnya tak bagus pun utk anak kita. Alhamdulillah anak saya ni suka makan... asal buat je, habis.. :)
Meh tgk cara-cara buat bubur anak untuk ibu super sibuk... heheee
1. Mula2 masak je bubur nasi mcm biasa...saya buat 2 genggam beras.. ikut la nk buat brp.. tp klu 2 genggam tu agak2 cukup la utk stok seminggu.
2. Then agak2 nasi dh nk menjadi bubur, masukkan ikan bilis atau ayam dan sayur yang keras2 macam carrot dan labu.
Masukkan carrot + ikan bilis
3. Lepas ikan bilis atau ayam dah masak, baru saya masukkan sayur jenis lembut macam bayam atau brokoli. Sebab sayur hijau ni tak boleh lama2 sgt masak, nanti zat dia hilang.
Siap dimasak
5. Masukkan dalam blender dan blend. Skrg ni saya masih blend sampai smooth sebab anak blm tumbuh gigi. Kalau anak dah ada gigi, boleh blend kasar sikit. Apa2 pun tgk baby jugak. Hari tu saya try blend kasar tp baby tak nak makan. Ditolak2nya. So saya buat yg smooth je dulu.
Siap blend
6. Masukkan bubur ke dalam bekas kecil. Tutup. Siap! Masukkan dalam freezer. Dua bekas untuk kegunaan esok hari saya akan letak dalam fridge je. Sbb klu sehari masih tahan.
Simpan dlm freezer
Siap untuk bagi pengasuh
Ni la rupa bubur beku
Panaskan menggunakan food warmer - senang sbb blh tinggalkan je xyah kacau2... cuma ambil masa sket lah dlm 30-40 mins kalau bubur beku.
Bubur nasi + ayam + bayam merah
Bubur nasi + ikan bilis + labu
Bubur nasi + ikan bilis + bayam hijau
Bubur nasi + kurma
Tips tambahan:
#1 - Tak perlu tambah gula atau garam dalam makanan bayi. Sbb buah pinggang dia x cukup matang lg utk proses gula dan garam. Jgn risau... baby tak kisah pun klu tawar selagi kita x introduce gula dan garam mahupun bhn perasa.
#2 - Lepas panaskan, check dulu bubur td jgn panas sgt sblm bagi baby
Sekian, selamat mencuba! :)
No comments:
Post a Comment