Showing posts with label My Shaklee Journey. Show all posts
Showing posts with label My Shaklee Journey. Show all posts

Friday, October 17, 2014

Corat Coret Shaklee Biz

Bismillahirrahmanirrahim...

Alhamdulillah.. Minggu yg sibuk. Dalam kesibukan sempat juga lah menguruskan perihal biz Shaklee ni... antaranya:

1. Dah activate domain name www.anugerahterindah.net :)


Senang sikit la nak taip lepas ni.. Tak payah ada dash (-) lagi dh... Nk bgtau kat org pun senang :)

Saya beli domain ni dari webhost cynet.com. Agak pening kepala jugak nak pilih nk beli kat mana... Banyakkkk sangat website yg menjual domain name ni. Last2 pilih cynet sbb ada good review dekat salah satu forum yg saya baca... Sebenarnya dah daftar lebih kurang 2 minggu yg lepas... Tapi baru semalam dapat activate. Ingatkan susahh la sangat. Tu yang bertangguh tu. Rupa-rupanya senang bangat deh... ;) Follow je instruction yang blogger.com bagi...

2. Dah order flyers, business card dan pre-ink stamp Shaklee




Saya order dengan rekaneka.com. Servis mantap, cepat dan efisien. Design diorang pun cantik! Untuk flyers, rekaneka.com dah dapatkan pengesahan daripada pihak Shaklee. Jadi, edarlah tanpa was-was! :)

3. Dah dapatkan buku Jutawan MLM, edisi khas kumpulan Shaklee Jutawan. 

Susunan oleh Razzi Armansur. Semoga dapat memberikan inspirasi untuk saya berjaya dalam Shaklee.



4. Dah ambil sijil Bengkel Nutrisi Shaklee yang saya hadiri bulan Ogos lepas 

I'm now a Certified Shaklee Independent Distributor! :)


What's next? Ohh lepas ni nak cari designer untuk design header blog ni pulak.. Siapa ada kenal designer yg bagus2, boleh la rekemen ye! ;)

Btw, promosi Oktober Shaklee 'ESP Buy 6 Free 1' dan 'Mealshakes Buy 3 Free 1' masih berjalan ye! Mari-mari order sebelum terlambat! ^^





Ain Farahati Maarof
Your Shaklee Independent Distributor


Email: ainfarahati@gmail.com
PM saya di Facebook : www.facebook.com/ainfarahati
Like FB Page saya: Jom Sihat Vita Shop



Sunday, April 13, 2014

Coaching di Hotel Marriot Putrajaya

Alhamdulillah...

Hari ni berpeluang jumpa dengan mak shaklee, nenek shaklee serta anak shaklee sekali di Hotel Marriot Putrajaya. Sesi coaching dari Master Nur Zahirah dan juga Raihanah dilakukan secara santai je di lobi hotel. Besttt sgt dpt jumpa dgn ira.. Bukan senang nk jumpa ni.. Yela.. Dia duk jauh nun di kerteh.. Kebetulan ira memang ada urusan di kl so kami pun ambilla kesempatan utk korek segala ilmu drp dia... And ira ni very humble.. Tak lokek ilmu... Bykk sgt tips yg dia share dgn kami... Memang sgt2 membantu...

Klu nk tau bonus master ira ni dh cecah 6 angka tau.. Tak percaya? Tak percaya xpe... ;D

Mak shaklee saya Anah pula bonus shaklee dia konsisten 4-angka setiap bulan... Oklah kan, side income bln2.. +  gaji.. Blh la tampung kos hidup yg makin meninggi nii...

            
   Sesi menurunkan ilmu oleh Master Ira

Susur galur 4 generasi ^_^

Besstt!!!

Berminat untuk sertai kami? 

Ain Farahati Maarof
Shaklee Independent Distributor

Sunday, March 30, 2014

Family Day Legasi Anugerah Terindah di Puteri Beach Resort, Port Dickson

Alhamdulillah... 28-30 Mac 2014 telah berlangsung Family Day Legasi Anugerah Terindah bertempat di Puteri Beach Resort, Port Dickson.




Banyak benda yang saya belajar daripada event ni...  terutama perkongsian daripada Master-master yang dah berjaya.... insyaAllah, akan dicuba sehabis baik mempraktikkan apa yang telah dikongsikan oleh mereka yang telah berjaya...

Terdapat juga perkongsian ilmu daripada Tuan Zuhairi Nopiah... penulis buku The Law of Universal Attraction



Dan peluang bersua muka dengan Master Nur Zahirah, 'nenek' shaklee ku... ;) Orangnya kecil molek jer tapi bersemangat waja :)


With Master Nur Zahirah and Masters-to-be Raihanah Ahmad & Kak Noriah

Semoga berjumpa lagi.... :)


Wednesday, February 19, 2014

Vision Board - Part 2

Bismillahirrahmanirrahim....

Tadaaa!! Dah siap pun Vision Board yang saya janjikan pada Anah tempoh hari. Ni pun gara2 Anah msg dekat Whatsapp yang dia nak tgk Vision Board saya sebelum pukul 12 tgh mlm ni jugak. Dan saya ni bukanlah jenis orang yang suka hampakan permintaan orang lain.... heee.... so saya usahakan juga dan Alhamdulillah, inilah hasilnya:

My Vision Board

Sblm start buat saya google2 jugak la contoh2 Vision Board yg orang lain dah buat.... google2 terjumpa la dalam website Oprah.com 'Vision Board Creator' ni:

Senang kerja gue.... ;D

Ok tak tau lagi feedback dari Anah sbb masa forward kat dia tadi pun dah pukul 11.50mlm... mesti dah tidur ni... 
Anyway, i welcome any comments!

Secara ringkasnya gambar2 dan text di dalam Vision Board ni menggambarkan impian dan matlamat yang ingin saya capai. Sebab untuk menjayakan sesuatu bisnes yang kita lakukan, kita perlu tetapkan tujuan kita melakukan bisnes tersebut. Quoting Anah, "Always ask: Why, What, How, When, Who and Where"

So this Vision Board is to answer the 'Why' question.

Bila dah ada matlamat, barulah semua yang kita laksanakan akan terarah untuk menjayakan matlamat tersebut.

Monday, February 17, 2014

Rabbi Yassir Wala Tu'Assir

Semalam sembang2 dgn hubby pasal biz shaklee.... at first i was sceptical jugak, minat ke hubby aku ni... takku sangka, rupa2nye dia pun baru lepas sembang2 dgn member ofis dia pasal shaklee jugak. Member ofis dia pun buat biz shaklee juga... dan dia kata why not kita pun buat jugak... sebagai multiple source of income kita... i was like, syukurrr alhamdulillah.... tak perlu saya nak convince teruk2 pun... hehehe... nampaknya Allah dah permudahkan jalan... so i guess i'm on the right track.. i can do this! 

Hmm... tadi sempat menjengah blog master nur zahirah... bagaimana dia bermula dlm shaklee ni... antaranya the 1st thing yang dia buat ialah get to know the products in Shaklee.... baru senang nak bercerita dengan orang. Orang pun akan confident dengan kita bcoz we're knowledgable about the product dan apa2 pertanyaan mereka kita boleh jawab dengan confident. InsyaAllah... that's what i plan to do... ya Allah permudahkanlah.



Sunday, February 16, 2014

Vision Board

Bismillahirrahmanirrahim....

Sambung cerita pasal personal coaching dgn Anah hari tu.

Dlm pertemuan ringkas dgn Anah byk juga info yg saya pelajari walaupun pertemuan tu berlaku dlm tempoh 20 minit jer.. Yelah, dh habis waktu lunch, kena la masuk ofis... Dlm buat side income jgn lupa kerja hakiki, nnt x berkat pendapatan.. Ingat, rezeki tu dr Allah (reminder to self)

Lagi tips yg Anah bagi, kena buat Vision Board... And dia nk tengok nanti. What? Homework?? Hehehe... Aduh part ni saya x dpt janji dgn Anah.. Sbb malu.. Erkss blh gitu?? Ok2... I'll try my best ok. Sebenarnya Vision Board ni saya dh pernah buat dulu masa Kursus Pelaburan Hartanah yg saya sertai dgn hubby dulu.. Siap present kat depan lagi. Tp x simpan dh Vision Board tu.. Gambar pun ntah ada amik ke tak... T_T

Tau tak Vision Board ni apa? Cer google... Hehehe

Contoh Vision Board (credit: google.com)

Basically Vision Board ni adalah satu carta yang menggambarkan apa impian yang kita ingin capai dalam tempoh yang ditetapkan. Contoh gambar di atas, pemilik meletakkan gambar2 impian yang dia nak capai pada tahun 2010. Antaranya: 1) Melancong ke India 2) Memenangi award 'Entrepreneur of the Year. 3) Spend more time with family. And so on.....

Dengan adanya Vision Board ni, insyaAllah akan memotivasikan kita dan menyuntik semangat untuk terus berusaha bagi memastikan semua impian yang telah kita tetapkan tu tercapai..... Oh, dan Vision Board ni perlu diletakkan di ruang yang kita akan nampak hari2.....ok?

Masuk dalam To-Do list: To Make My Own Vision Board ;)

Saturday, February 15, 2014

SHAKLEE

"Alhamdulillah hari ni sekali lagi dapat menuai bonus Shaklee Januari. Sekali lagi 4 angka :) :) :)" 

Begitulah message Whatsapp yang saya terima pada pagi semalam daripada upline saya Anah dalam Group Whatssapp Shaklee. Wowww... message itu lah yang membuat saya ingin tahu lebih lanjut lagi tentang bagaimana menjana pendapatan daripada produk Shaklee. 

Kebetulan memang saya akan berjumpa dengan Anah untuk mendapatkan Vitalea yang kehabisan. So semasa bertemu dengan Anah dia pun ceritalah serba sedikit tentang cara2 macam mana dia ber'bisnes' Shaklee. Katanya banyak customer datang daripada blog. Okeyyyy...... so i have to update my blog. Kesian dah berhabuk bersawang dah... T_T 

Lagi satu, setiap pagi kena buat RCA. Apa tu RCA?? 'RAHSIA CERMIN AJAIB'!! Wahhh.... ok, ni dia cara-caranya: 

Tulis atas kertas apa keinginan kita dalam kehidupan.. 
Contoh: 

  1. Aku seorang ibu yang penyabar, isteri yang solehah, anak yang taat, hamba Allah yang Tawaddu'.. 
  2. Aku akan buat sales 1500UV bulan ini. 
  3. Aku seorang yang positif. 
  4. Hari ni ada orang akan beli set menyusu Shaklee drp aku.
  5. and so on... 

Tampal kertas tu kat depan cermin dan BACA kertas tu setiap hari di HADAPAN cermin. SETIAP HARI ok! Lebih baik kalau setiap 2 kali sehari, pagi dan malam. Anah cakap, ada kawan dia buat RCA ni sampai 10 kali sehari! 

OK anak2 dah bangun.. kena tunaikan tanggungjawab sebagai seorang ibu pulak...InsyaAllah saya akan sambung entry ni... I MUST!! 

Bismillahirrahmanirrahimm.... ya Allah ya Tuhanku... permudahkanlah segala urusanku.... Aminn...