Baru-baru ini seorang kawan saya mengadu yang susu badannya kurang dan dia sedang berfikir2 untuk menampung keperluan susu anaknya dengan susu formula. Oh no no no! Bayinya baru berusia 3 bulan... Saya nasihatkan dia, kenalpasti dulu faktor2 yang mungkin menyebabkan susu menjadi kurang...
Jangan terperangkap dengan pemberian susu formula! |
Bayi di bawah umur 6 bulan memang tak perlu diberi minum selain susu ibu. Ya, termasuk air kosong! Susu ibu telah dicipta khas untuk keperluan bayi... air kosong tidak membekalkan nutrien yang diperlukan oleh bayi, hanya memenuhkan perutnya semata2... kesian kan? Dan bila perutnya dah diisi air kosong, perutnya dah penuh dan dia akan skip direct feeding... dan bila direct feeding berkurangan, badan ibu akan terima signal bahawa susu tidak diperlukan waktu itu dan supply akan berkurangan.... huhu
2. Keliru puting
Bayi yang telah diberi minum melalui botol mungkin akan 'terkeliru' dengan penggunaan puting tiruan... ada kemungkinan dia akan lebih suka minum dari puting botol yang lebih laju flow susunya... kalau ini terjadi, cepat2 tukar puting yang lebih mirip kepada puting semulajadi... tips dari saya, untuk bayi yang menyusu badan, gunakan puting newborn atau size 's' yang mana lubangnya lebih kecil. Ini kerana tekstur susu ibu lebih 'halus' dan lebih mudah melalui lubang puting berbanding susu formula. Jadi, jika kita gunakan lubang puting saiz yang lebih besar, susu ibu perahan akan melalui puting botol dengan lebih laju berbanding direct feeding. Lambat laun bayi akan menolak untuk direct feeding disebabkan dah 'seronok' dengan penggunaan botol yang lebih laju....
3. Pacifier
Pacifier biasanya digunakan untuk menenangkan bayi agar tidak menangis atau meragam. Tapi penggunaan pacifier ni akan mengganggu penyusuan badan dek kerana bayi telah ditenangkan walaupun dia lapar... Bagi saya, bila bayi menangis, eloklah disusukan daripada menggunakan pacifier... melainkan kita dah pastikan bayi betul2 dah kenyang.... ehm.. saya memang tak pernah gunakan pacifier... pernah try untuk 1st baby, tapi baby pun tak suka... so, memang tak guna lah sampai 4th baby ni pun...
4. Penyusuan berjadual
Penyusuan berjadual akan mengganggu kitaran semulajadi supply and demand. Kita perlu faham bahawa bayi menyusu berdasarkan supply & demand, dan tidak mengikut sela masa yang tertentu. Tempoh antara penyusuan akan berubah-ubah mengikut umur dan keperluan bayi. Susulah bayi bila dia minta... iaitu bila dia menangis!
5. Bayi suka tidur
Sesetengah bayi memang banyak tidur terutama pada hari-hari pertama selepas kelahiran. Malah ada yang sampai berminggu2 pun... contohnya macam bayi saya yg no.4, memang sleepy baby! Tiiidurrr je kerja dia.. sampaikan saya terpaksa kejut untuk galakkan dia menyusu. Kalau tak, mau 4 jam straight dia tidur T_T
Jika bayi anda jenis suka tidur, disarankan anda kejutkan dia untuk menyusu sekurang-kurangnya 2 jam sekali pada waktu siang, dan sekurng-kurangnya 4 jam sekali pada waktu malam. Tapi jika bayi ingin menyusu lebih kerap dari itu, all the better!
6. Tempoh penyusuan singkat
Pastikan bayi menyusu sehingga kenyang sebelum melepaskan breast daripada bayi. Biar sehingga dia melepaskannya sendiri. Tempoh penyusuan yang terganggu juga boleh mengurangkan susu ibu. Lagi satu, komposisi susu ibu berubah semasa penyusuan iaitu bermula dengan foremilk iaitu susu yang lebih cair dan kemudian perlahan-lahan berubah kepada hindmilk iaitu susu yang lebih lemak. Ini juga sebab kenapa kita perlu pastikan bayi menyusu dengan puas pada sebelah breast sebelum bertukar ke breast lagi satu.
7. Masalah Kesihatan Bayi
Masalah kesihatan seperti jaundice, togue tie dsb mungkin menjejaskan keupayaan bayi untuk menyusu dengan baik. Rujuk doktor sekiranya bayi mempunyai masalah2 kesihatan seperti ini.
8. Kesihatan Ibu
Kalau bayi tiada masalah seperti di atas, mungkin ibu boleh lihat kepada kesihatan ibu sendiri... Cukupkah nutrien dlm badan ibu? Ibu cukup rehat tak? Ibu yg menyusukan anak perlu memastikan badannya sentiasa sihat, tenang dan ceria... Kerana penghasilan susu ibu turut dipengaruhi oleh hormon prolactin yg terhasil bila ibu sihat dan bertenaga. Dan hormon prolactin ini pula adalah hormon yang merangsang penghasilan susu ibu.
Bagaimana untuk memastikan ibu mendapat nutrien yang mencukupi? Makanlah makanan seimbang yang mempunyai cukup protein, sayur-sayuran, karbohidrat, vitamin serta mineral yang cukup untuk keperluan ibu mengandung.
Bagi diri saya sendiri, saya amalkan Set Penyusuan Shaklee untuk memastikan badan saya sentiasa sihat dan cergas... lebih-lebih lagi selepas habis tempoh berpantang dan bila dah masuk kerja... tapi harus diingat, Set Penyusuan ini hanyalah suplemen untuk memastikan badan ibu sentiasa sihat dan cergas... prinsip supply & demand masih menjadi syarat wajib untuk memastikan penyusuan yang berjaya.
Happy Breastfeeding!
Ain Farahati Maarof
Your Shaklee Independent Distributor
Your Shaklee Independent Distributor
Email: ainfarahati@gmail.com
PM saya di Facebook : www.facebook.com/ainfarahati
Like FB Page saya: Jom Sihat Vita Shop
PM saya di Facebook : www.facebook.com/ainfarahati
Like FB Page saya: Jom Sihat Vita Shop
No comments:
Post a Comment