Showing posts with label shaklee. Show all posts
Showing posts with label shaklee. Show all posts

Tuesday, May 13, 2014

1st Get2Gather Ohsem Group - Jalan Menuju Puncak!

Assalamualaikum dan salam sejahtera....

Alhamdulillah... hari yang BEST sangat hari ni... satu, sebab hari ni public holiday! Dua, sebab hari ni adalah hari pertama Get2Gather kumpulan Ohsem, di bawah teraju Raihanah Ahmad. Tiga, dapat berjumpa dengan Master Cery, super granny saya dalam Shaklee. Serba sedikit tentang Master Cery, saya ada tulis dalam post ni.

Di samping dapat menambah ilmu pengetahuan, sesi Get2Gather ni dapat merapatkan ukhwah antara ahli group Ohsem yang sebelum ni bertemu dalam group whatsapp je.

Banyak perkongsian ilmu dan pengalaman berharga yang saya dapat hari ni...

Antaranya perkongsian dari Raihanah dan Master Cery tentang pengalaman mereka mula2 menjalankan bisnez Shaklee ni... the ups and down.... cara mulakan bisnes... kata-kata perangsang.... dan banyakk lagi

Antara yang menarik, perkongsian oleh Master Cery ialah macam mana Shaklee U.S pelik macam mana sales di bawah Master Cery boleh meningkat dengan banyakk sekali.... antara rahsianya... hmm hmm dah rahsia, tak boleh la share sini ek... hihiihi

Sesi perkongsian ilmu


Group Ohsem bersama Master Cery

Anak-anak pun coaching dengan Master Cery?

Berdiskusi macam mana nak naik rank dengan cepat

Dapat duit raya!

Freebies.... dapat free Mealshakes sbb dapat jawab kuiz..bestt!
Semoga ukhwah yang terjalin ni akan dapat diteruskan oleh Ohsem group.... aminn

Saturday, May 10, 2014

Moyangku Jutawan Shaklee

Assalamualaikum...

Hari tu masa pergi klinik bawa faiq check ear infection dia, belek2 majalah iSihat. Tiba2 terbelek satu page ni... Ehhh macam kenalll jerr...!



Rupa-rupanye satu page penuh pasal 'moyang' saya dalam Shaklee iaitu Presidential Master Shareeza atau lebih mesra dgn panggilan Mamacery atau Master Cery :)

Master Cery ni adalah penaung group Jutawan dan telah melahirkan ramai master yg hebat2...

Alhamdulillah saya 'terpilih' utk masuk member di bawah susur galur Jutawan... Semoga saya dapat mencapai kejayaan seperti Mamacery... Aminn

Friday, May 2, 2014

Kenapa Kena Makan Supplement?



Kenapa kena makan supplement? Makan makanan yg berkhasiat dan seimbang dah lah. Betul x?

Betullll... TAPI,

Sekiranya anda seorang yg sibuk, sering terkejar2 menyiapkan tugasan, kadang2 x sempat makan, kadang2 makann fast food je, ANDA KENA MAKAN SUPLEMEN

Sekiranya anda mengandung, berpantang atau menyusukan anak, ANDA KENA MAKAN SUPLEMEN

Sekiranya anda baru pulih dari pembedahan, ANDA KENA MAKAN SUPLEMEN

Sekiranya anda selalu stress, penat, letih akibat tekanan di tempat kerja, SUPLEMEN MUNGKIN DAPAT MEMBANTU

Sekiranya anda mempunyai masalah sakit sendi, alahan, resdung, jerawat, sering selesema, batuk, demam.... dan tak suka telan ubat doktor yang memang tak elok sangat pun sebab mengandungi dadah dan memberi kesan sampingan kepada badan... ELOKLAH ANDA MAKAN SUPLEMEN

Ada lagii??

Kadang-kadang kita dah pastikan kita mengambil makanan seimbang... ada buah, sayur, ikan, nasi.... basically LENGKAP lah setiap kali makan tu... TAPI!!

BUAH-BUAHAN dan SAYURAN mungkin tercemar dengan penggunaan racun perosak serta baja sintetik yang boleh membahayakan kesihatan

ZAT MAKANAN mudah hilang semasa proses pengangkutan, penyimpanan dan penyediaan (memasak).

PENGAMBILAN PIL PENAHAN SAKIT, UBAT-UBATAN DAN ANTIBIOTIK  boleh mengganggu penyerapan zat makanan ke dalam badan anda

Amalan diet yang TINGGI KAFEIN, LEMAK, KOLESTEROL, GULA DAN GARAM dapat mengurangkan simpanan zat makanan dalam tubuh

Makanan zaman sekarang banyak dicampur dengan PEWARNA, PERASA dan PENGAWET.... contoh sos, air sirap, air kotak, makanan dalam tin, keropok...dsb...tak percaya cuba check semua label makanan yang and beli....

Tahukah anda....

97% rakyat Malaysia tidak mengambil makanan seimbang. Masalah ini bermula seawal waktu sarapan.

1. Adakah anda minum 3 gelas susu rendah lemak setiap hari?
2. Adakah anda makan serat  (fibre) setiap hari?
3. Adakah anda makan ikan sekurang-kurangnya 2 kali dalam seminggu?
4. Adakah anda makan 4 hidangan sayuran hijau/kuning/merah setiap hari?
5. Adakah anda makan 2 hidangan buah-buahan setiap hari?
6. Adakah anda mengawal pengambilan makanan yang manis dan berlemak?
7. Adakah anda mengekalkan berat badan yang ideal tanpa berdiet?

So... buat lah langkah terbaik untuk diri anda... siapa lagi nak jaga badan kita kalau bukan diri kita sendiri.... LOVE YOURSELF and PEOPLE AROUND YOU! :)

017-2595820
Ain
Your Shaklee Independent Distributor

Wednesday, April 30, 2014

Saya Anti-MLM!



Yup. Ini bukan gimik semata-mata. Memang saya anti-MLM, SUATU KETIKA DAHULU. Sebut je MLM, memang saya tolak awal2. Sebab saya memang tak reti nak carik2 orang ni. Eh, memang MLM ni kena carik downline kan? Nama pun MULTI-LEVEL MARKETING. So memang kenala carik downline berlevel2 untuk berjaya. 

Lagi satu yang saya tak suka dgn MLM ni, mest kena hadir meeting/seminar malam2...kacau weekend dsb. Saya memang jenis tak suka keluar rumah especially malam2. Dari zaman anak dara sampai laa sekarang ni. Sekarang lebih2 lagi la, sebab ada anak kecik2. Sape pulak nak jaga anak kalau kena attend benda2 camtu kan??

So... macam mana pulak saya boleh terjebak dalam MLM Shaklee ni??

Owhh... ada ke yang tak tau lagi.. Shaklee ni memang MLM! Ye, memang dalam Shaklee ada sistem upline downline nih... kalau downline buat sales, upline akan dapat komisyen dsb. 

Ok... sebenarnya saya jadi ahli Shaklee bukan sebab nak berkecimpung dalam arena MLM nya. Saya daftar jadi ahli dulu sebab nak beli produk Shaklee dengan harga ahli, which is around 20% penjimatan daripada kalau beli harga retail. Takde niat pun nak berbisnes2 nih... lagi pun daftar ahli RM75 je seumur hidup. Pastu dapat membeli belah keperluan vitamin saya dengan 20% penjimatan. Best kan??

OK, back to cerita MLM tadi... sebenarnya MLM ni ada yang Patuh Syariah dan MLM tidak patuh syariah. Agak2 Shaklee yang mana satu ye? 

Jom kita baca kriteria MLM Patuh Syariah sebagaimana yang digariskan oleh Ustaz Dr. Zaharuddin Abd Rahman. Link asal di sini. 
*Ulasan berkenaan Shaklee kredit to Master Zahirah.

1. Harga tinggi dari biasa
Produk Shaklee ditawarkan dengan harga yang sangat berpatutan. Contoh paling asas.
Multivitamin Shaklee ditawarkan dengan harga RM81 untuk 120biji iaitu RM0.70
sebiji. Malah, harga ahli adalah lebih rendah. Refer post saya berkenaan harga produk Shaklee di sini.

2. Terdapat juga syarikat MLM yang melakukan manipulasi dalam menjual produknya,
atau memaksa pembeli untuk menggunakan produknya atau yang dijual adalah barang
haram.

Tiada barangan haram dalam Shaklee. Semuanya mendapat pengiktirafan halal. Tiada
paksaan pembelian atau penggunaan.


3. Produk MLM ini mestilah dibeli dengan tujuan yang sebenarnya (seperti produk yang
benar-benar bermanfaat dan dibangunkan dengan serius seperti ubat-ubatan berkualiti,
unik dan lainnya). 

Produk Shaklee dikenali lebih 60tahun sangat berkualiti berasaskan penyelidikan. Sains
Shaklee menjamin produknya SELAMAT, BERKESAN dan MESRA ALAM. Baca
selanjutnya di sini

4. Produknya bukan emas dan perak yang boleh dijual beli secara tangguh.
Tiada penjualan emas dan perak dalam Shaklee.

5. Komisyen yang diberikan kepada ahli untuk setiap penjual dan ahli bawahannya
mestilah jelas. Tiada komisyen tanpa usaha, ini bermakna orang atas hanya berhak
mendapat komisyen dari ahli bawahan yang dibantunya sahaja.

Ya. Ini berlaku secara adil dalam Shaklee. Tanpa usaha, anda tidak mendapat hasil.
Jangan harapkan kuantiti anak, tetapi juga perlu menitikberatkan kualiti :) 

6. Keuntungan dan komisyen bukan berdasarkan ‘kepala' atau ahli yang ditaja, tetapi
adalah berdasarkan nilai produk yang berjaya di jualnya. Ini diperlukan bagi
membuktikan ia menumpukan kepada perniagaan penjualan produk dan perkhidmatan
dan bukannya permainan wang (money game).

Tiada apa komisen atau bonus yang diberikan sekiranya ahli yang ditaja tidak membuat
pembelian. Dia hanya bergelar ahli / downline kita sahaja, tanpa apa-apa hasil yang
didapati selagi tiada belian dibuat

7. Setiap ‘upline' atau orang di sebelah atas mestilah menaruh usaha atas jualan orang
bawahannya, seperti mengadakan perjumpaan taklimat, motivasi dan teknik berkempen secara terancang seperti sebuah syarikat yang pelbagai ahlinya. Ia perlu bagi melayakkannya menerima komisyen itu dari sudut Shariah, jika tidak adalah
dibimbangi ia akan terjerumus kepada keraguan ‘syubhah'. Ini kerana konsep niaga
dalam Islam tidak membenarkan suatu keuntungan dari sesuatu perniagaan yang
diperolehi tanpa usaha. Justeru, sedikit usaha perlu dicurahkan bagi menjadi sebab
haknya ke atas komisyen. Perlu diingat, kebanyakan ahli di kaki yang 10 ke bawah,
mungkin tidak mengenalinya lantaran ia dilantik oleh orang bawahannya yang
kesembilan. Jika tidak, apakah haknya untuk mendapat komisyen yang demikian
berangkai dan begitu jauh ?

Dalam Shaklee, leadership bonus hanya layak sehingga ke level 6, tidak lebih dari itu.
Coaching, motivasi, pengisian atau apa-apa bentuk bimbingan bagi kumpulan kami
adalah 24/7 melalui FB group. Mudah & praktikal 


9. Tidak menggunakan skim piramid iaitu skim siapa masuk dulu akan untung
selamanya.Manakala hak mereka yang masuk kemudian akan berkurangan. Justeru,
plan pemasaran mestilah memberikan hak kepada semua, malah orang bawahan
mampu mendapat keuntungan lebih dari orang atasannya, apabila ia mampu menjual
dengan lebih hebat.

"Siapa kerja lebih, dia dapat lebih" Ini adalah sistem dalam Shaklee. Ianya terbukti
apabila terdapat downline yang naik pangkat lebih cepat dari upline dan ada juga
downline yang menjana pendapatan lebih besar dari upline. Menjadi upline TIDAK
menjamin seseorang itu sentiasa kaya, sentiasa untung.

10. Mempersembahkan sistem komisyen dan bonus yang telus dan boleh difahami dan
dipantau oleh ahli dengan jelas. Ia bagi mengelakkan segala jenis penipuan.

Buku manual pemasaran dan etika perniagaan dibekalkan bersama starter kit. Setiap yang
tertakluk adalah tetap. Jika terdapat tawaran baru yang ditawarkan untuk tempoh
tertentu (6 bulan contohnya), pamplet dan surat pekeliling akan dikeluarkan & majlis
penjelasan mengenai insentif berkenaan akan diadakan oleh pihak Shaklee

11. Menstruktur plan pemasaran di antara ahli dan orang bawahannya secara
musyarakah iaitu perkongsian untung dan rugi berdasarkan modal masing-masing
dengan nisbah pembahagian keuntungan yang ditetapkan di peringkat awal lagi

Ya. Nisbah perkongsian dan keuntungan dijelaskan dalam manual perniagaan secara
jelas.






Thursday, April 17, 2014

Shaklee vs Vitamin Jenama Lain : Shaklee Mahal?

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua....

Teringat waktu sebelum saya mengamalkan suplemen Shaklee...

Saya memang biasa ambil vitamin. Dulu-dulu semasa saya belum mengenali Shaklee, saya akan beli vitamin sama ada di farmasi atau pun supermarket2 besar macam Tesco, Carrefour dll.

Imagine... saya boleh duduk lama2 kat ruang vitamin dan belek satu2 brand vitamin yang saya nak beli... yelah banyakk sangat pilihan jenama vitamin di luar sana kan. Dan saya memang tak stick kepada mana-mana brand. Kadang2 saya akan beli yang ada promosi.. sama ada diskaun atau pun buy 1 get 1 free. Basically, saya akan tengok harga yang termurah di antara vitamin yang mempunyai kadar nutrien yang sama. Sebab tu saya boleh duduk berjam2 kat farmasi untuk compare antara jenama berlainan dan baca satu2 fakta nutrisi kat belakang botol tu.

Pernah jugak saya survey jenama Shaklee sebelum ni, tapi TAK JADI BELI sebab susah nak bandingkan harga dan fakta nutrisi dia disebabkan Shaklee takde dijual di farmasi2 atau di kedai2. Dan saya rasa harga dia macam agak mahal la jugak... contohnya Vitamin C Shaklee berharga RM92.50 dan banyakk lagi vitamin lain yang lebih murah.. ada yang berharga dalam RM20++ je...

Tapi sekarang ni bila saya dah kenal Shaklee, rupa2nya harga dia taklaaa mahal sangat pun. Lebih kurang je dengan harga vitamin lain... cuma bezanya pada dos dan bilangan tablet dalam satu botol.

Saya ambil contoh Vitamin C tadi ye...

SUSTAINED RELEASED VITA-C PLUS SHAKLEE

Harga runcit = RM92.50 (180 biji/botol)
Penggunaan selama 6 bulan
Satu hari = RM92/180 = 51 sen

Hanya 51 sen untuk memberi khasiat Vitamin C bersamaan dengan tujuh setengah biji oren!

Kita tengok pulak vitamin dari jenama lain...

VITAMIN BLACKMORES 

Harga Runcit (after less) = RM27.20 (30 biji/botol)
Penggunaan selama 1 bulan
Satu hari = RM27/30 = 90 sen

Haaaa.... so siapa lebih murah??

Tempoh penggunaan bagi vitamin2 Shaklee

Kalau nak compare dari segi kualiti, saya rasa equivalent... sebab vitamin Balckmores pun popular (cuba google, ramai juga pengguna jenama ni) Cuma saya tak pasti sama ada dia vitamin semulajadi macam Shaklee atau pun vitamin sintetik... bab tu, maybe saya akan research kemudian ye....

But anyway, vitamin Shaklee memang vitamin semulajadi yang berasaskan sumber yang tulen dan bebas dari bahan pengawet, tiruan, pemanis, pewarna dan perisa. Tak ada ragu2 lagi dah... Always safe, always works and always green!

Oh lagi satu.... kalau beli vitamin jenama lain dapat bonus tak?? Beli Shaklee dapat! That's another reason why u should change to Shaklee ;)

So kepada pengamal2 vitamin di luar sana, masih ragu2 untuk bertukar kepada Shaklee?

017-2595820
Ain
Your Shaklee Independent Distributor

Sunday, April 13, 2014

Coaching di Hotel Marriot Putrajaya

Alhamdulillah...

Hari ni berpeluang jumpa dengan mak shaklee, nenek shaklee serta anak shaklee sekali di Hotel Marriot Putrajaya. Sesi coaching dari Master Nur Zahirah dan juga Raihanah dilakukan secara santai je di lobi hotel. Besttt sgt dpt jumpa dgn ira.. Bukan senang nk jumpa ni.. Yela.. Dia duk jauh nun di kerteh.. Kebetulan ira memang ada urusan di kl so kami pun ambilla kesempatan utk korek segala ilmu drp dia... And ira ni very humble.. Tak lokek ilmu... Bykk sgt tips yg dia share dgn kami... Memang sgt2 membantu...

Klu nk tau bonus master ira ni dh cecah 6 angka tau.. Tak percaya? Tak percaya xpe... ;D

Mak shaklee saya Anah pula bonus shaklee dia konsisten 4-angka setiap bulan... Oklah kan, side income bln2.. +  gaji.. Blh la tampung kos hidup yg makin meninggi nii...

            
   Sesi menurunkan ilmu oleh Master Ira

Susur galur 4 generasi ^_^

Besstt!!!

Berminat untuk sertai kami? 

Ain Farahati Maarof
Shaklee Independent Distributor

Thursday, April 3, 2014

Jana Pendapatan bersama Shaklee

Untuk yg tercari2 pendapatan sampingan bg menampung kos sara hidup yg makin meningkat. This might be for you.

Kenapa SHAKLEE?

Kelebihan bisnes Shaklee berbanding bisnes MLM lain:

- tak perlu simpan stok. Produk blh order online dan shaklee pos direct kpd customer. Tak perlu dahulukan duit sendiri dan tak perlu risau stok tak habis

- byrn keahlian sekali seumur hidup RM65 + RM10 (pos) bg semenanjung msia / Rm65 + RM20 (pos) bg sabah, sarawak & labuan. Sekiranya beli produk sekali, kadar pos dh cover utk produk juga.

- tiada komitmen utk kumpul point setiap bulan. Keahlian kekal aktif selagi ada pembelian sekurang2nya sekali dlm setahun.

- Rendah risiko (or almost none!)
Modal utk memulakan perniagaan Shaklee hanyalah RM65 sahaja! (tambah RM10 bg semenanjung atau RM20 bg sabah/sarawak/labuan utk kos pos)

- Proven Record
Ramai yg telah berjaya menjana 4,5 malah 6 angka melalui bisnes ini. Itu pendapatan bulanan ye kawan2, bukan tahunan! Tak percaya?
Tak percaya x apa, buat ajerr!

- Tidak mengira latar blkg, sesiapa pun blh berjaya asalkan ada usaha. Saya telah bertemu dgn leader2 yg asalnya jurutera, suri rumah, jururawat dsb yg telah mencapai 5-6 angka sebulan.

TAK PANDAI JUAL BARANG?

Jangan risau. Sebaik shj mendaftar, anda akan diserap ke dlm group kami di mana leader2 yg telah berjaya akan membantu anda melalui sesi coaching. Coaching dijalankn secara whatsapp, facebook, dan juga face to face bergantung kpd keselesaan anda. Asalkan anda duplicate apa yg mentor anda buat, insyaAllah berjaya.

Jom sertai kami... hubungi saya di 017-2595820 (Call/SMS/Whatsapp) atau email ke ainfarahati@gmail.com atau add facebook saya 'Ain Farahati Maarof'.

Sunday, March 30, 2014

Family Day Legasi Anugerah Terindah di Puteri Beach Resort, Port Dickson

Alhamdulillah... 28-30 Mac 2014 telah berlangsung Family Day Legasi Anugerah Terindah bertempat di Puteri Beach Resort, Port Dickson.




Banyak benda yang saya belajar daripada event ni...  terutama perkongsian daripada Master-master yang dah berjaya.... insyaAllah, akan dicuba sehabis baik mempraktikkan apa yang telah dikongsikan oleh mereka yang telah berjaya...

Terdapat juga perkongsian ilmu daripada Tuan Zuhairi Nopiah... penulis buku The Law of Universal Attraction



Dan peluang bersua muka dengan Master Nur Zahirah, 'nenek' shaklee ku... ;) Orangnya kecil molek jer tapi bersemangat waja :)


With Master Nur Zahirah and Masters-to-be Raihanah Ahmad & Kak Noriah

Semoga berjumpa lagi.... :)


Thursday, March 27, 2014

Family Day Legasi Anugerah Terindah, Here We Come!

Alhamdulillah...tak terkata gembiranya saya sebab dapat jugak hadir ke Family Day Legasi Anugerah Terindah (FDLAT) yang akan diadakan bermula hari Jumaat sehingga hari Ahad...

Sebelum ni memang dok berkira-kira nak pergi, tapi asyik tak dapat green light je dari hubby... bila tanya, senyap jer atau pun 'tengokla dulu...'

Tapi saya pun faham... susah nak buat planning awal2 sangat sebab takut tiba2 dia kena gi outstation ke.. kan dah rugi....

Semalam masa tgh baca2 wassap sambil menguruskan anak yang demam, tetiba masuk satu message dari Master Zahirah... dia ckp ada kekosongan lagi sebab sorang terpaksa cancel... saya pun apalagi, cepat2 reply 'Nakk!!'

At the same time pressure hubby yang kat sebelah jer.. 'jomlaa2'... lgpun memang takde gi mana2 weekend ni... eh ada jugak plan lain tapi xpe, plan tu blh dibawa ke minggu depan... family day ni xblh... so dgn menggunakan kuasa veto... eh pujuk rayu... hubby pun bagi laa... ALHAMDULILLAH... syukur sgt2.... ^_^

Rupanya memang rezeki utk kami sekeluarga pergi... itulah, rezeki ni tak boleh dipaksa2 dan x boleh dijangka... klu xdapat apa yang kita nak, jgn sedih... rezeki tu Allah yang tentukan... kalau dah ditakdirkan rezeki tu milik kita, dengan izin Allah, akan dapat jugak... :)

Kenapa saya NAKK sangat pergi FDLAT ni? Sebab kat sini saya harap dapat dengar tips & sharing drp org2 yang dah berjaya dalam Shaklee ni... yang dah cecah income bulanan 4-5 angka drp Shaklee... nk dapatkan aura positive drp mereka2... at the same time, cuti skolah ni tak berkesempatan lagi bawa budak ke mana2... so sekali jalan lah.. lagipun tgk tentatif program, turut dimasukkan aktiviti utk budak2.... harap diorg pun seronok la jugak... xdela boring.. as some say, Shaklee is a family business... so family tak diketepikan... especially dlm group saya ni... training2 jugak.. family tak tinggal.. :)

So... FDLAT, here we come! 



Sunday, February 23, 2014

8 Tips Atasi Susu Merudum


Susu merudum!! Apa yang perlu dilakukan???

OK, 1stly, BAWAK BERTENANG...

Saya nak share langkah2 yang saya biasa dan pernah buat di kala saya menghadapi masalah susu merudum.

1. Seperti yg saya kata tadi, bawa bertenang.  Jangan stress. Sbb pengeluaran susu  dipengaruhi oleh hormon. Bila kita stress, penghasilan hormon akan terjejas dan seterusnya menjejaskan penghasilan susu.

2. Pastikan susu diperah setiap 2 jam.  Ok, plg lewat, 3 jam.  Jangan lebih dari itu. Sibuk di tempat kerja? Fikir. Mana lebih penting. Rezeki untuk anak atau kerja di ofis? U decide. Susu ibu adalah hak anak.  Tak perlu lama utk sesi setiap perahan. 10 minit cukup. Takkan x blh spend 10 mins utk anak? This is ur baby, ok.

3. Lepas setiap kali perahan dengan breastpump, sambung dengan perahan tgn utk menghabiskan baki susu dlm breast. Biasanya mmg akan ada sikit yg tertinggal. Ingat, every titisan counts, di saat susu merudum. Buat perkara yang sama juga selepas direct-feeding. Kumpul setiap titisan. Sikit2 lama2 jadi 4 oz :)

4. Minum air sekurang2nya 3 liter setiap hari. Termasuk air kosong, susu, soya, jus dsb. Pastikan minum air selepas perah susu. 

5. JANGAN ambil minuman berkafein seperti kopi dan teh. Walaupun teh. Bila pengeluaran susu dah kembali normal, baru boleh ambil. Sebabnya, kafein mengeringkan air dalam badan. 

6. Makan makanan yang boleh merangsang pengeluaran susu seperti kurma, lobak putih, kurma merah, air rebusan halba, kacang badam/ almond dsb. Minum minuman malt seperti horlicks dan barli.

7. Makan suplemen. Saya dah pernah cuba beberapa suplemen di pasaran. What works for me might not work for u  and vice versa. Bab ni kena try and test lah. Bagi saya suplemen alfalfa dan ESP Shaklee memang berkesan.  Itu jugalah yg membuatkan saya menjadi pengguna setia hingga skrg.

8. Doa dimurahkan rezeki, dan diberi kecukupan. Doa dengan yakin. Allah Maha Pemurah dan Maha Pengasihani.



Saya adalah pengguna dan pengedar suplemen Shaklee. COD di kawasan Putrajaya. Poslaju ke seluruh Malaysia. 

Hubungi saya untuk sharing tentang penyusuan dan set menyusu Shaklee: 017-2595820 (Call/Whatsapp/SMS)

Wednesday, February 19, 2014

Vision Board - Part 2

Bismillahirrahmanirrahim....

Tadaaa!! Dah siap pun Vision Board yang saya janjikan pada Anah tempoh hari. Ni pun gara2 Anah msg dekat Whatsapp yang dia nak tgk Vision Board saya sebelum pukul 12 tgh mlm ni jugak. Dan saya ni bukanlah jenis orang yang suka hampakan permintaan orang lain.... heee.... so saya usahakan juga dan Alhamdulillah, inilah hasilnya:

My Vision Board

Sblm start buat saya google2 jugak la contoh2 Vision Board yg orang lain dah buat.... google2 terjumpa la dalam website Oprah.com 'Vision Board Creator' ni:

Senang kerja gue.... ;D

Ok tak tau lagi feedback dari Anah sbb masa forward kat dia tadi pun dah pukul 11.50mlm... mesti dah tidur ni... 
Anyway, i welcome any comments!

Secara ringkasnya gambar2 dan text di dalam Vision Board ni menggambarkan impian dan matlamat yang ingin saya capai. Sebab untuk menjayakan sesuatu bisnes yang kita lakukan, kita perlu tetapkan tujuan kita melakukan bisnes tersebut. Quoting Anah, "Always ask: Why, What, How, When, Who and Where"

So this Vision Board is to answer the 'Why' question.

Bila dah ada matlamat, barulah semua yang kita laksanakan akan terarah untuk menjayakan matlamat tersebut.

Saturday, February 15, 2014

SHAKLEE

"Alhamdulillah hari ni sekali lagi dapat menuai bonus Shaklee Januari. Sekali lagi 4 angka :) :) :)" 

Begitulah message Whatsapp yang saya terima pada pagi semalam daripada upline saya Anah dalam Group Whatssapp Shaklee. Wowww... message itu lah yang membuat saya ingin tahu lebih lanjut lagi tentang bagaimana menjana pendapatan daripada produk Shaklee. 

Kebetulan memang saya akan berjumpa dengan Anah untuk mendapatkan Vitalea yang kehabisan. So semasa bertemu dengan Anah dia pun ceritalah serba sedikit tentang cara2 macam mana dia ber'bisnes' Shaklee. Katanya banyak customer datang daripada blog. Okeyyyy...... so i have to update my blog. Kesian dah berhabuk bersawang dah... T_T 

Lagi satu, setiap pagi kena buat RCA. Apa tu RCA?? 'RAHSIA CERMIN AJAIB'!! Wahhh.... ok, ni dia cara-caranya: 

Tulis atas kertas apa keinginan kita dalam kehidupan.. 
Contoh: 

  1. Aku seorang ibu yang penyabar, isteri yang solehah, anak yang taat, hamba Allah yang Tawaddu'.. 
  2. Aku akan buat sales 1500UV bulan ini. 
  3. Aku seorang yang positif. 
  4. Hari ni ada orang akan beli set menyusu Shaklee drp aku.
  5. and so on... 

Tampal kertas tu kat depan cermin dan BACA kertas tu setiap hari di HADAPAN cermin. SETIAP HARI ok! Lebih baik kalau setiap 2 kali sehari, pagi dan malam. Anah cakap, ada kawan dia buat RCA ni sampai 10 kali sehari! 

OK anak2 dah bangun.. kena tunaikan tanggungjawab sebagai seorang ibu pulak...InsyaAllah saya akan sambung entry ni... I MUST!! 

Bismillahirrahmanirrahimm.... ya Allah ya Tuhanku... permudahkanlah segala urusanku.... Aminn...