Showing posts with label Mealshake. Show all posts
Showing posts with label Mealshake. Show all posts

Thursday, October 9, 2014

Promo Oktober 2014 - ESP & Mealshakes!

Assalamualaikum & salam sejahtera...

Dah 10hb. baru nak buat entry pasal Promo bulan ni? Biasa lah bila dah perasan busy.... =_=

Anyway, seperti biasa setiap bulan Shaklee akan buat promosi untuk salah satu produk Shaklee... dan biasanya promosinya adalah Beli 6 Percuma 1... Bermakna kita akan dapat 7 unit produk dengan harga 6 unit sahaja! Bergantung kepada harga barangan tersebut, boleh jimat sehingga ratusan ringgit! Ini tak campur lagi dengan faedah bagi pembelian RM800 ke atas, terus dapat keahlian percuma bernilai RM65! Berbaloi ke berbaloi-baloi?? :D

Ok, itu promosi yang biasa... Beli 6 Percuma 1. Khas untuk bulan Sep-Okt 2014, ada promosi LUAR BIASA! Yang mana sebelum ni Shaklee belum pernah buat lagi... iaitu Beli 3, Percuma 1! Bermakna, kita dapat 4 unit produk dengan harga 3 unit sahaja :) Bestttt kan??

So, saya nak war-warkan lah dekat sini siapa yang belum tahu lagi, PROMOSI OKTOBER 2014 ialah ESP Beli 6 Percuma 1 dan Mealshakes Beli 3 Percuma 1! Weee...... kedua-duanya adalah produk kegemaran saya.... dan juga kegemaran ramaiiii orang di luar sana yang dah mencuba produk Shaklee.... kenapa ye?

Sebab... banyak betul khasiat dan manfaat yang kita boleh dapat dan RASAI bila mencuba produk-produk ni... antaranya, dengan pengambilan ESP:

#1 - badan lebih bertenaga..sesuai untuk semua orang yang inginkan tenaga segera....
#2 - rasa kenyang lebih lama...jadi sesuai untuk orang2 yang ingin mengawal berat badan....
#3 - milkbooster bagi ibu-ibu yang menyusukan anak...
#4 - menjadikan kulit lebih berseri dan anjal.... protein dalam ESP membantu memperbaiki sel dan tisu yang rosak... juga memudarkan kesan parut...
#5 - dan banyak lagi manfaat yang saya kongsikan DI SINI (click here)




Bagi Mealshakes pula, sesuai untuk anak-anak yang sedang membesar.... saya memang beri anak saya mealshakes untuk bantu tingkatkan imuniti badannya.... pengalaman anak saya mengamalkan Mealshakes ada saya kongsikan DI SINI (click here)

Untuk ketahui lebih lanjut tentang Mealshakes, boleh baca DI SINI (click here)



Bagi setiap pembelian Set Promosi Mealshakes juga, 10% daripada hasil jualan akan didermakan kepada rumah anak-anak kurang berkemampuan.... jom sihat sambil menderma!


Klik 'Share' jika anda rasa entry ini bermanfaat... Sharing is caring! :)


Ain Farahati Maarof
Your Shaklee Independent Distributor


Email: ainfarahati@gmail.com
PM saya di Facebook : www.facebook.com/ainfarahati
Like FB Page saya: Jom Sihat Vita Shop


Tuesday, October 7, 2014

Testimoni Mealshake Untuk Anak Asthma

Assalamualaikum & happy wednesday!

Hari ni saya nak share testimoni yang saya terima dalam group whatsapp.... kesan mealshake untuk anak asthma:

======================================
Testimoni Mealshakes Untuk Anak Asthma #1
======================================

My twin lahir prem 35w...sejak dari umur 2 bln twin slalu ada masalah asma dan selalu berulang alik ke hospital..boleh di katakan setiap bulan pasti akan masuk wad sebab jangkitan paru2 dan kekurangan oksigen...twin pernah di masukkan tiup pernafasan kerana asma yg teruk dan oksigen turun sehingga tinggal 70 dan terpaksa di tempatkan di NICU....twin umur 5 bulan doktor terpaksa start inheler kerana asma yg agak teruk...walaupun ada inheler setiap bulan pasti akan masuk wad jugak...bila twin dh umur setahun saya start bagi meal shakes...sebulan kemudian saya tambah dgn vita c chew...saya konsisten dgn 2 jenis vita ni selama 3 bulan...alhamdulillah sekarang umur twin dah 1y 10m dah bebas dari inheler...doktor dah stop inheler untuk twin...sekarang walaupun cuaca sejuk atau hujan asma dan jarang menyerang twin lagi...dah 5 bulan twin tak ke hospital sebab asma...saya rasa gembira dan bersyukur sangat2...

======================================
Testimoni Mealshake untuk Anak Asthma #2 :
======================================

" ank saya pon same ade asma sekarang umur 2 tahun 7 bulan
Strt dr umur beberapa bulan hari tu die mmg kne neb kdg sebulan sekali yang tahun 2014 nie memang 2 minggu sekali n masuk wad ditambah lgie dgn eczema...kne jumpe pakar 2 bulan sekali tapi sejak tengah tahun ari tue sy bg mealshakes kesan pertama yang sy tgk die jarang selesema kalau kwn2x die selesema pon alhamdulillah die tak dijgkiti,bila demam or selesema die cpat baik means x berpanjangn kemudian tgk pertambahn berat , selera makan die lambat tgk makann makan jee suke n sekarang dh hmpir 2 buln xde serangn asma eczema masih lagi ade tapi takpe sy bukan nk die minum.mealshakes trus baik yang sy pasti sy bagi yang terbaik utk ank sy

Satu lagi berat ank sy 12.5 kg tue dh lame dr umur setahun lebih lagi smpai doc pon pernh ckp berat die tak naik takut pertumbuhan die terbantut. healer pakai 2 jenis biru n oren tapi dah lame sy x bg 

mule 2x ari tue je gune oren kene bg 2x sehari pg petang rase ralat sgt nk bg sebb dh terangan die tulis drug kt kertas walupon sy tahu utk rawatan tp auni bdk2x

Syukur sekarang kesihatan die makin baik :)

=======================================

Terima kasih sis nieza dan sis mardhiah untuk testimoni.... saya share ye :)

Untuk ibu-ibu yang mempunyai masalah sama yang sama macam sis nieza dan sis mardhiah... boleh cuba Mealshake untuk membantu tingkatkan kesihatan anak anda.... boleh hubungi saya untuk sebarang pertanyaan ye...

***************************************************
Promo Buy 3 Free 1 sehingga 31 Oktober 2014!
Sementara stok masih ada!
***************************************************




Ain Farahati Maarof
Your Shaklee Independent Distributor


Email: ainfarahati@gmail.com
PM saya di Facebook : www.facebook.com/ainfarahati
Like FB Page saya: Jom Sihat Vita Shop

Saturday, September 20, 2014

5 Sebab Saya Memilih Shaklee Mealshakes untuk Keluarga Saya

Assalamualaikum & happy sunday morning!


Dah makan? Dah minum? I hope u all have a wonderful day ahead... :)

Sarapan saya pagi ni dimulakan dengan segelas ESP + Mealshakes. Mmm.. Sedapp sangat ok.. Lemak & berkrim... Wangi pulak tu... ESP ni perisa vanilla.. Dan Mealshake pulak perisa French Vanilla... Apa bezanya? Bau mealshake ni lebih wangi... Mmm memang tak cukup secawan kalau nak diikutkan... 

Memang rasa dia lemak berkrim... Tapi jangan risau, both ESP & Mealshake mempunyai indeks glisemik yang rendah. 

Ok, nak share kenapa saya pilih Shaklee Mealshakes sebagai makanan tambahan keluarga saya... 

5 Sebab Saya Memilih Shaklee Mealshakes:

#1 >> 19 vitamin & mineral yang diperlukan
Untuk anak2 saya campurkan 1 sudu kecil Shaklee Mealshakes ke dalam susu atau minuman kegemaran mereka... InsyaAllah dengan khasiat 19 vitamin & mineral yang terkandung dalam Shaklee Mealshakes, saya yakin mereka dapat khasiat secukupnya untuk tumbesaran tubuh badan dan minda mereka! Alhamdulillah, sejak amalkan Shaklee Mealshakes kesihatan mereka lebih baik, jarang selesema dan demam.

#2 >> Sumber protein tinggi dengan 9 amino asid perlu
Sumber protein dalam Shaklee Mealshakes memastikan pertumbuhan yang sihat untuk anak-anak yang sedang membesar.

#3 >> Sumber terbaik untuk serat
Serat dalam Shaklee Mealshakes membantu sistem pencernaan yang baik untuk anak-anak dan kami sekeluarga... Tiada masalah sembelit! Tang ni saya perasan untuk anak yg berumur 4 tahun... Sejak amalkan Shaklee Mealshakes, dia dah mudah 'membuang'... Kalau tak, kesiann sangat tengok dia terpaksa meneran... Huhu

#4 >> Kaya dengan kalsium
Kalsium penting untuk pertumbuhan gigi dan tulang yang kuat dan sihat. Terutamanya untuk anak2 yang sedang membesar.. Saya tak perlu risau dengan kadar pengambilan kalsium mereka.

#5 >> Indeks glisemik yang rendah
Makanan yang mempunyai Indeks Glisemik Rendah bermakna ia sesuai juga diambil oleh pesakit diabetes dan juga mereka2 yang sedang berdiet! Apa maksud indeks glisemik rendah? Makanan yang mempunyai indeks glisemik yang rendah akan dicerna dan diserap perlahan-lahan oleh tubuh dan seterusnya peningkatan glukosa dan insulan juga akan terjadi secara perlahan-lahan.... Selamat untuk pesakit diabetes dan juga mampu membuatkan kita rasa kenyang lebih lama!

Ok, sekian sharing untuk pagi ni... Kalau anda juga berminat untuk mencuba Shaklee Mealshakes, boleh hubungi saya.. Tawaran Buy 3 Free 1 masih dibuka! Cepat2... Sebelum tawaran ditutup! 

Have a happy Sunday!



Ain Farahati Maarof
Your Shaklee Independent Distributor


Email: ainfarahati@gmail.com
PM saya di Facebook : www.facebook.com/ainfarahati
Like FB Page saya: Jom Sihat Vita Shop

Tuesday, May 6, 2014

Faiq dan Ear Infection

Assalamualaikum....

Semalam pergi klinik bawa faiq check telinga dia... ear infection dia datang balik. Faiq ni memang mudah kena ear infection. Dan memang recurring. Tak boleh biar dia selsema sikit, mesti kena... lagi satu, tak boleh mandi kolam... kalau air masuk dalam telinga, pun boleh kena ear infection jugak... tapi kadang2 bagi juga dia mandi kolam.. sebab kalau tak bagi langsung, sian pulak kat dua org budak lagi tu... so bagi jugak mandi... cuma doa banyak2 supaya tak kena....

Bezanya ear infection dia kali ni, dia takde mengadu sakit. Biasanya dia akan mengadu sakit dulu..pastu 1-2 hari lepas tu akan nampak telinga dia dah penuh dengan fluid... macam nanah bercampur ear wax.... and biasanya doktor akan bagi ubat titik dan antibiotik.

Kali ni, check semalam, doktor kata tak serius... dah nak kering dah pun. So doktor just bagi ubat selsema jer. Alhamdulillah... risau sangat bila anak kena ear infection ni.... yelah, salah satu panca indera kan...

Mungkin disebabkan sejak bagi dia minum Mealshakes Sahklee, imuniti dia bertambah kuat... saya kata mungkin ye... tapi itu asbab je... yang menyembuhkan tentunya Allah s.w.t....

Benda baik kita share... tak rugi apa pun... Nak tahu lebih lanjut tentang Mealshakes, insyaAllah saya sambung dalam next entry... sebab azan dah berkumandang... apa2 pun solat dulu! :)

Friday, May 2, 2014

Cadangan Set Kanak-kanak



FUNGSI-FUNGSI NYA :




MEALSHAKE 
  • Mengekalkan kesihatan keseluruhan
  • memberikan 19 Vitamin dan mineral penting sebagai asas nutrien untuk kanak-kanak yang sedang membesar dan remaja untuk kekal sihat dan kuat
  • Menyokong system imun 
  • sumber pemakanan serat dan protein terbaik
  • kaya dengan sumber kalsium
  • Glisemik indeks yang rendah



CHEWABLE VITAMIN C
  • Membantu mencegah jangkitan dan selsema 
  • Membantu menjaga kesihatan tulang, gigi, gusi, mata, otot dan salur darah 



OMEGA GUARD

  • Penting untuk perkembangan fungsi otak 
  • Meningkatkan daya tumpuan dalam pelajaran 
  • Mencegah penyakit saluran darah

017-2595820
Ain
Your Shaklee Independent Distributor