Sunday, November 2, 2014

Klinik Usahawan Dr. Azizan Osman

Alhamdulillah hari ini saya diizinkan dan digerakkan olehNya untuk menghadiri Klinik Usahawan Dr. Azizan Osman bertempat di Berjaya Times Square.





Rancangan asal hendak menghadiri bersama seorang 'adik' dr group eksklusif shaklee di bwh master ira. Tapi last minute beliau tak dapat datang atas sebab masalah kesihatan. So untuk menggantikan beliau, saya terpaksa tarik husband untuk join klinik ni... Hehehe.. 

Pendaftaran adalah percuma jika mendaftar lebih dari tiga orang. Kalau mendaftar sorang2, kena bayar RM50. Seorang lagi yang mendaftar dgn saya pun tak dapat datang. Mujur waktu tu ada seorang lelaki yg sama nasib dgn kami. Kawan dia pun tak dpt datang last2 minute.. So kitorang pun daftar lah sekali. Turns out diorang tak check pun pendaftaran yang dah dibuat sebelum ni thru online... Kalau macam tu gayanya walk-in pun boleh... ;)

So kat sini saya nak share sedikit sebanyak ilmu yang dapat saya kutip sepanjang lebih kurang 4 jam dalam Klinik Usahawan Dr. Azizan Osman ni. Of course, tak sama kalau baca kat sini dengan mengalami sendiri suasana dan aura di dalam dewan. Kepada yang berkesempatan, memang saya suggest pergilah ke Klinik Usahawan Dr. Azizsn Osman. Bestttt....

Sharing points dari Klinik Usahawan Dr.Azizan Osman (DAO)

1. Kenapa berniaga?
- kerana Rasulullah S.A.W berniaga

2. Apa sahaja produk yang bagus, kalau orang tak tahu, kita akan pakai sendiri. Cth: kalau kita ada karipap yang sedap, tapi orang tak tahu tentang karipap tu. Akhirnya kita yg akan makan karipap tu. Sebab tu MARKETING penting. 

3. Niat kena jelas. Berniaga kerana nak jadi kaya, tak akan berjaya. Niat untuk bantu orang lain insyaAllah berjaya.

4. Kena tahu apa yang kita mahu. i.e MATLAMAT YG JELAS

5. Berniaga tak susah jika kita ada ilmu dan sistem.

6. Hadis - Sebaik2 manusia adalah manusia yg memberi manfaat kpd org lain. 

7. Jangan mimpi nak bina perniagaan yang bagus kalau keinginan tak cukup tinggi. 

8. Benda no.1 yg mengubah kehidupan DAO: MENTOR

9. DAO pernah berjumpa dgn 3 orang jutawan melayu untuk bertanya bagaimana mereka menjadi kaya dengan harapan untuk belajar daripada mereka. Malangnya, ketiga2 mereka tidak mengendahkannya. Last2 beliau berjumpa dengan seorang jutawan cina, yang sudi berkongsi tips kejayaan beliau. Antara tips yang dikongsikan ==> Cari MENTOR. 

Anak2 orang cina disuruh bekerja dahulu di bidang yang ingin diceburi sebelum buka perniagaan sendiri. Bekerja sekurang-kurangnya 10 tahun dan mesti komited mengikut exactly apa yang mentor ajar.

10. Kenapa bisnes? --> peluang utk dapat duit yg banyak

11. Ilmu & experience - tak perlu buang masa, ikut sahaja mentor

12. Apa yang kita mahu capai?
--> kewangan yg lebih baik
--> masa yang lebih banyak
--> masa dengan orang tersayang

13. Tiga kategori bisnes:
a) Start-up
- baru bermula 
- jualan bwh RM500,000 setahun

b) Growth 
- bisnes lebih 3 thn
- jualan lebih RM500,000 setahun

c) Expansion
- bisnes lebih 5 thn
- jualan lebih 10 juta setahun
- ready to expand

14. Mana lebih baik, untung 10 sen atau untung RM1?
==> lebih baik untung 10 sen drp ramaii pembeli drp untung RM1 drp 5 org pembeli je 

15. 10 perkara yg bezakan usahawan berjaya dan tak berjaya
#1 - Berani bertindak walaupun ada risiko
#2 - Berani bertindak walaupun ada ketakutan (takut rugi, takut silap, takut org kutuk)
#3 - Sanggup komited belajar daripada kejayaan orang lain
#4 - Melihat matlamat lebih penting/besar daripada cabaran/masalah untuk capai matlamat tersebut
#5 - Gunakan apa yang ada untuk cipta kejayaan & kekayaan
(Cth: guna RM60 utk jadikan RM600)
#6 - Tak kisah untuk susah hari ini, senang kemudian
#7 - Suka dikelilingi oleh orang lain yang berjaya. Pilih komuniti kita
#8 - Sentiasa fikir dan lakukan apa yang buat mereka lebih berjaya hari ini
#9 - Bertindak segera/ pantas. Kepantasan adalah kunci bisnes
#10 - Bukan bergantung kepada berapa tinggi pendidikan seseorang
(Top 10 millionaires: 7 daripadanya tidak sekolah tinggi)

Sekian dulu yang dapat saya kongsikan... mungkin ada point-point yang saya terlepas pandang.... maafkan saya. Apa-apa pun, saya sarankan sesiapa sahaja untuk datang ke Klinik Usahawan Dr. Azizan Osman ni. Tak kisahlah anda berniaga ke atau tak... sebab banyak ilmu yang dikongsikan yang mungkin akan memotivasikan kita untuk menjadi lebih baik daripada apa yang kita ada sekarang...


Terbaikkk!! =)

Ain Farahati Maarof
Your Shaklee Independent Distributor


Email: ainfarahati@gmail.com
PM saya di Facebook : www.facebook.com/ainfarahati
Like FB Page saya: Jom Sihat Vita Shop



7 comments:

  1. Thanks for sharing tau kak Ain. Ira doakan akak berjaya dalam Shaklee. Sayang akak. Jom kak kita sama-sama:)

    ReplyDelete
  2. Thanks for the sharing kak ain. best sgt baca. rasa nak baca berkali2 je ni. print out ilmu ni. bsok bole baca lagi. hehe...

    ReplyDelete
  3. Thanks for sharing.good info..
    jemput ke blog

    ReplyDelete
  4. Tima kasih atas perkongsian ilmu ini...seronok sangat baca...in sha allah saya juga akan hadir ke kursus DAO

    ReplyDelete
  5. wah sharing good info ni. tahniah ain.

    ReplyDelete