Promotion Shaklee bulan ni memang dekat di hati saya. My favourite supplement from Shaklee - ESP! Kalau nak tahu, ESP ni lah penyebab saya jadi member Shaklee. Sebab nak dapatkan harga murah bagi produk yang memang hebat kesannya dan berkhasiat.
Saya mula-mula menggunakan ESP semasa saya hamil 7 bulan. Alhamdulillah, badan rasa lebih bertenaga dan tak letih. Saya pun sukakan rasanya, memang sedap... sampaikan tak sampai sebulan dah habis satu canister.
Sampai sekarang baby saya dah 7 bulan, saya memang amalkan minum ESP Shaklee. Cuma ada beberapa minggu lepas, stok ESP saya habis, dan saya terlalu busy sampaikan tak sempat nak order lagi.
Apa yang saya perasan, perbezaan sewaktu saya ambil ESP dan tak ambil, ialah susu saya lebih pekat semasa mengambil ESP.... sampaikan ada geng mengepam di ofis saya cakap "ehh jeles betul dgn susu akak...pekat jer!"
Elok ke susu pekat2 ni? hehe... yelah...bila susu pekat, baby cepat kenyang, dan kenyang lama.... menyusu pun puas.
Itu cerita saya dengan ESP.
ESP ni juga sesuai untuk orang-orang yang ingin berdiet. Boleh gantikan nasi lemak pagi2 dengan minum satu gelas ESP. InsyaAllah, memberi rasa kenyang yang lebih lama dan badan pun bertenaga. Kalau tak suka rasa soya semata2, boleh juga dicampurkan dengan minuman kegemaran seperti milo, horlicks, susu, jus, yogurt dsb. Bagi ibu menyusu, saya sarankan campuran ESP, susu, kurma dan kacang badam untuk membanyakkan susu badan.
Lagi satu khasiat ESP, boleh mencantikkan kulit muka. Yelah, seperti yang kita tahu, fungsi utama protein adalah untuk pembentukan otot dan sel-sel di dalam tubuh. Dan ESP Shaklee ni adalah makanan tambahan (protein) yang indeks glisemiknya rendah.
Cuba baca fakta ni:
Kajian American Journal of Clinical Nutrition terbitan Julai 2007 menunjukkan kaitan antara makanan yang rendah dengan indeks glisemik dan pembaikan masalah jerawat. Kajian mendapati dalam tempoh 12 minggu, jerawat berjaya dikurangkan dengan lebih baik di kalangan kumpulan peserta yang mengambil makanan dengan kandungan glisemik gula yang rendah berbanding kumpulan yang mengambil makanan yang tinggi dengan karbohidrat. Secara umumnya, selain makanan berkarbohidrat ringkas yang tinggi, pengambilan makanan tinggi lemak tepu, makanan berminyak dan bergoreng, bergula akan memberi impak yang lebih ketara kepada masalah jerawat.
Apa lagi kelebihan ESP Shaklee ni?
- Melindungi anda dari penyakit dengan mengekalkan sistem imunisasi dalam dalam badan anda
- Menurunkan dan mengawal paras kolestrol dalam darah.Ia menyokong kesihatan jantung dan mengelak dari risiko penyakit prostat.
- Sesuai untuk mereka yang mempunyai masalah berkaitan kesuburan. ESP Shaklee membantu dalam pembentukan tisu rahim serta sel ovum dan sel sperma menjadi sihat dan sempurna. Peluang untuk anda hamil adalah tinggi.
Semua orang boleh ambil ESP Shaklee?
ESP Shaklee boleh dinikmati oleh siapa sahaja yang impikan kecantikan, kesihatan dan kekal bertenaga. Walaubagaimanapun individu yang mempunyai masalah buah pinggang, kesukaran untuk memproses protein adalah tidak digalakkan untuk mengambil ESP Shaklee. Bayi yang berumur kurang dari satu tahun juga tidak sesuai untuk mengambil ESP Shaklee ini.
Apa kandungan ESP Shaklee?
Thiamin Atau Vitamin B1
- Memberikan tenaga kepada badan
- Menjaga dan melindungi saraf dari mengalami kerosakan
- Menambakan keceriaan pada diri anda
- Menguatkan daya ingatan
- Keselesaan dalam mendapat tidur yang lena
Iron
- Membekalkan zat besi yang mencukupi untuk mengelakkan anemia
- Membekalkan oksigen ke darah dan otot
Niacin
- Menurunkan paras kolestrol dalam darah
- Kulit menjadi sihat
- Membantu dalam sistem penghadaman.Penghadaman yang baik membolehkan zat makanan yang masuk ke dalam perut diproses dengan sempurna.
Riboflovin
- Sel kulit yang mati akan dibaiki dan diganti dengan yang baru dan pasti kulit anda bertambah lembut dan cantik
- Migrain adalah sakit kepada akibat dari tekanan atau aktiviti harian yang membebankan anda. ESP Shaklee membantu anda mengurangkan risiko mendapat migrain.
Kalsium
- Kalsium adalah penting untuk gigi dan juga tulang agar menjadi kuat dan sihat.
- Kalsium juga dapat menurunkan tekanan darah tinggi yang dihadapi oleh anda.
Vitamin B6
- Membantu mereka yang mengalami masalah insomnia.
- Mengurangkan masalah morning sickness yang kerap terjadi kepada wanita hamil.
Khasiat Thiamin, Iron, Niacin, Riboflovin, Kalsium & Vitamin B6 dalam serbuk ESP Shaklee
AWAS!!
ESP tidak boleh dicampur dengan air panas,minuman berkafein dan berkarbonat. Ini kerana minuman panas akan mengurangkan nutrisi yang adalah dalam ESP ini.
Untuk lebih mudah melarutkannya, gunakan shaker untuk membancuhnya. Just shake shake shake!!
Contoh Shaker
Dan lagi satu....
Jangan mengambil ESP Shaklee lebih dari 3 sudu kerana akan membebankan ginjal anda.
Mahal ke ESP Shaklee ni?
Sempena hari jadi saya yang jatuh bulan Mac ni, Shaklee menawarkan harga hebat untuk produk kesayangan saya ni... eh, tetiba... hehe
Harga biasa RM150, tetapi untuk bulan ini sahaja, sempena promo Bulan MAC 2014, Shaklee menawarkan promosi BUY 6 GET 1 FREE!! Berbaloi2... boleh buat stok untuk setahun!
Nak lagi jimat, daftarlah sebagai ahli dan nikmati harga ahli! Berbaloi-baloiii....
Ingin mencuba ESP Shaklee?
Jom order!
Ingin mencari supplemen yang sesuai untuk diri anda atau keluarga? Atau ingin menjana pendapatan 4-5 angka sebulan hanya dari rumah?
PM/SMS/Watsapp 0172595820 (Ain)
* This product is not intended to diagnose, treat, cure or prevent any diseases.
* Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos, merawat, mengubati, atau mencegah sebarang penyakit.
Best dengar celoteh ain. Tahniah ain. Jemput singgah www.vitamincerdik.blogspot.com
ReplyDeleteThanks anah! :)
ReplyDelete