Saturday, February 22, 2014

Alfalfa Penambah Susu Ibu (Milk Booster)





If there's one supplement that i would recommend to all nursing mommies out there, it'll be ALFALFA.



Nak share pengalaman sewaktu saya menyusukan anak ke-4...

Anak ke-4 saya ni lahir pre-mature iaitu sewaktu usia kehamilan saya 35 minggu. Dan semasa pantang dia memang baaaanyaakkkk tidur.. sampaikan saya terpaksa kejutkan dia untuk menyusu. Kalau nak harap dia bangun sendiri tu memang tak menyusu la jawabnye sampai 4-5 jam....

So every 2-3 hours saya kena kejutkan dia. Kadang-kadang dah kejut pun still dia lelap lagi dan tak nak menyusu. Lagi satu, bila dia menyusu pun tak lama, kejap jek dia dah tertidur balik... T_T

Seperti yang kita tahu, susu ibu ni akan terhasil mengikut demand. Semakin banyak dan kerap baby menyusu, makin banyak susu akan terhasil. So bila anak saya yang kuat tidur ni kurang menyusu, milk production pun berkurangan lah....

Masa tu saya memang ambil set berpantang Shaklee tapi tanpa Alfalfa. Masa berpantang pun takde masalah untuk menyusukan baby sebab baby memang 24 jam dengan saya. Tapi time dah start buat stok yang saya sedar susu saya tak berapa banyak... Everytime pump dapat dalam 1-2 oz je... Masa tu risau jugak sebab takut stok tak cukup bila dah masuk kerja balik... So bila dah jadi keadaan macam tu, saya pun try lah ambil ALFALFA. Dan hasilnya ALHAMDULILLAH... memang menggembirakan! ^_^

Dari 1-2 oz, saya mula dapat 3-4 oz setiap kali pam. Oklah tu... sebab saya akan pam selepas saya menyusukan bayi. Biasanya baby saya akan menyusu sebelah je. Lepas tu dia sambung tidur balik... so saya akan pam sebelah lagi untuk buat stok.

Ok, tu cerita masa saya belum masuk bekerja. Bila dah start bekerja semula, biasalah, busy... kadang2 terlupa nak makan supplement. And saya perasan hari2 yang saya tak makan alfalfa, susu saya akan merudum... Bila makan je, up balik....

Untuk ibu-ibu yang mengalami masalah susu badan tak mencukupi, i strongly suggest u to try this milk booster. Of course, penerimaan setiap individu berbeza. Some may feel the effect, some may not. Tak salah mencuba...

Oh, lagi satu... perlu diingat, sebarang supplement adalah sebagai pembantu sahaja... prinsip asas penyusuan susu ibu iaitu SUPPLY vs DEMAND perlu diikuti... maksudnya ibu2 perlu menyusukan anak dengan kerap... pumping mengikut jadual... makanan perlu sihat dan seimbang... elakkan kafein (kafein mengeringkan air dalam badan)... lastly, berdoalah dan istiqamah... Saya doakan semua ibu-ibu yang membaca post ini dapat menyusukan anak sehingga sekurang-kurangnya 2 tahun... ^_^

Alfalfa Shaklee dijual dalam 2 saiz - Small (330 biji) dan Large (700 biji).




Untuk mencuba Alfalfa atau just nak tanya pun boleh ^_^, hubungi (Call/Whatsapp/SMS): 0172595820 (Ain)

Saya adalah Pengedar Sah Shaklee untuk kawasan Putrajaya, Cyberjaya & KL. Penghantaran secara pos ke seluruh Malaysia.


Disclaimer:
*This product is not intended to diagnose, treat, cure or prevent any diseases.
* Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos, merawat, mengubati, atau mencegah sebarang penyakit.

No comments:

Post a Comment