Jika anda ibu yang sedang hamil, TAHNIAH!!! saya ucapkan... Alhamdulillah syukur kepada Ilahi kerana dikurniakan rezeki daripadaNya....
Kebiasaan bagi ibu2 yang sedang hamil, pastinya tercari2 Set Berpantang yang terbaik untuk diamalkan selepas bersalin nanti... Memang banyakkk sangat pilihan yang ada di pasaran kan?
Kali ni saya nak share pengalaman saya berpantang... mungkin boleh dijadikan panduan untuk ibu-ibu di luar sana...
1st Baby...
Baby pertama saya, saya lahirkan di Scotland. Waktu tu saya sedang sambung belajar di sana. Memandangkan ni baby pertama, of course lah tiada pengalaman whatsoever dalam berpantang2 ni... alhamdulillah, dalam sebulan sebelum due date, mak datang untuk temankan dan bantu apa yang patut anak perempuan sorang dia ni... hehe
Dari segi set berpantang, memang harapkan pada mak lah untuk bawak... kita memang tak tau apa masa tu. So mak belikan Set Bersalin Mustika Ratu. Dalam tu ada 7-8 herba.. ada yang perlu ditelan, ada yang disapu. Dah tak ingat sangat tapi macam nilah rupa dia:
gambar ihsan Google
Pengalaman saya menggunakan Jamu Mustika Ratu ni... saya tak habis makan. My fault sebab saya ni memang susah sikit nak consistent makan pil2 ni. Selalu lupa. Dan kadang2 sebab malas :P
So by the end of confinement period, ada lagi baki separuh pil yang saya tak habiskan. Huhu...
2nd baby
Kali ni berpantang di bumi Malaysia... masa usia kandungan 7 bulan, survey2 jugak set bersalin terbaik. Masa tu kalau tak silap saya, antara yang popular ialah Set Nona Roguy. Teringin jugak nak try set NR, tapi bila tengok harganya, huhuhu terus tak jadi beli... tak ingat berapa tapi beratus2 jugak la. Lagipun mengenangkan set Mustika Ratu yang saya tak habis makan tu, takut pulak kalau dah beli mahal2 tapi tak habis... kan membazir namanya.... so last2 beli jugak Set Mustika Ratu... sebab? tu yang paling murah... tak sampai seratus pun... ;)
Dan kes yang sama pun berulang...tak habis makan jugak :P
3rd baby
Dah serik dah nak beli set yg sama macam sebelum ni. So survey2 set lain...last2 beli Set Bersalin HPA.
Set ni lebih kurang juga dengan Set Bersalin Mustika Ratu. Ada untuk telan, ada untuk sapu. Dan ada juga akar kayu untuk rebusan mandian. Ada juga teh kalau tak silap...
Set Bersalin HPA ni pun saya tak guna sampai habis... last2 terbiar camtu je.
Yer... ingatkan dah anak ketiga dapatlah mendisplinkan diri makan jamu dengan konsisten.. tapi tak jalan jugak T_T
4th baby
Anak ke-4 saya dilahirkan pada 17 Julai 2013. Sekarang berumur 10+ bulan. Kali ni saya tak beli apa2 Set Bersalin dah.. serik! hehe... bukan apa, dah tau dah, kemungkinan besar tak akan habisnyer... huhu
Tapi... bukanla saya tak ambil apa2 suplemen untuk sihatkan kembali badan selepas bersalin. Kali ni saya amalkan suplemen dan vitamin Shaklee. Yang bestnyer, vitamin shaklee ni sesuai dimakan sebelum bersalin, selepas bersalin dan sesuai juga diteruskan sampai bila2... ye! That's why saya kata BEST... sebab saya tak akan membazir... kalau saya tak konsisten ambil vitamin sewaktu berpantang pun, saya masih boleh teruskan sehingga bila2.. nak best lagi, husband saya pun boleh makan!
Oh yer.. macam mana saya boleh pilih Shaklee pula sebagai Set Berpantang saya kali ni? Sebenarnya saya dah amalkan vitamin Shaklee semasa hamil bagi menggantikan vitamin yang klinik bagi. Kelebihan set vitamin Shaklee, set vitamin yang sama juga boleh diteruskan untuk sewaktu berpantang dan selepas habis berpantang. Memang tak ada masalah pembaziran di situ!
Set Berpantang Shaklee yang saya amalkan:
Macam mana pula pengalaman mengamalkan Set Berpantang Shaklee? Nantikan post saya seterusnya... ;)
Puan Ain
Your Shaklee Independent Distributor
017-2595820 (Call/SMS/Whatsapp)
[ainfarahati@gmail.com]
Macam2 yg akak dah amalkan hingga ank ke 5 ni... Produk Amway, Mustika Ratu dan Jamu Selapan. Semua dah cuba tapi macam Ain lah tak pernah habis mkn sbb pelupa. Nak2 lg kalo pil2 mmg tak lalu jadinya. hihi... Now just amalkan Harum malam je ^__^
ReplyDeletepsss... tlg buang robot text ya supaya mudah nk komen. Dlm blog akak ada tutorial cara buang catcha word/word verification. Lgpun kita bukan robot kiki...
Ohh... Saya tak tau pun pasal robot text tu... Ok2 nnt saya remove.. Thanks ye kak ieta! (Eh suka2 je panggil kak.. Ntah2 saya yg lg tua? ^_*)
Delete