Wednesday, October 7, 2015

14 weeks and counting....

Hi! Saje nk cerita pengalaman mengandung kali ni. 
Masa trimester pertama, memang teruk jugak lah. Bukan morning sickness, tp all-day sickness. Loya setiap masa, lapar setiap 1 jam, cepat pening kepala lagi2 kalau stress. Bangun pagi mesti muntah. Pendek kata, buat apa pun tak kena. Selalu rasa macam zombie je. 

Masuk trimester kedua (lebih kurang minggu ke-12), alhamdulillah dah ok sikit. Bangun pagi tak la rasa nk muntah sangat kecuali kalau tak cukup rehat. Kekerapan lapar dah berkurangan kepada setiap 4 jam. Pening kepala pun dah kurang. Perut pun dah nampak at 14 weeks, which i think is quite early? I think its the existing baby fat combined kot... ;P 
But i get easily worried kalau takde loya sebabb thats one of the indication that i'm pregnant.. So bila sihat sangat, takde rasa nak muntah, risau la pulak... Ok ke baby aku ni?? So bila the next hour rasa loya balik, lega lah sikit :p 

Anyway, still a longgg way to go. Praying for a safe pregnancy... Aminn


Thursday, April 23, 2015

Malaysian Breastfeeding Peer Counselor Special Project Workshop

Alhamdulillah!

Dapat berita yang menggembirakan masa buka email tadi...

Saya diterima masuk ke Malaysian Breastfeeding Peer Counselor "Special Project" Workshop... Wowwee! Alhamdulillahh :)




Saya dah lama apply untuk jadi Malaysian Breastfeeding Peer Counselor... Pembimbing rakan susu ibu... Rasanya ada la dalam 2 tahun lepas kot... Then baru-baru ni diorang ada hantar email untuk tanyakan sama ada saya berminat untuk sertai workshop ni... Ehh of coz la saya berminat!

Dah lama dah teringin nak jadi pembimbing rakan susu ibu ni.. Teringin nak membantu lebih ramai ibu-ibu di luar sana untuk menyusukan anak dengan susu ibu sepenuhnya. Dah banyak kali jumpa kawan-kawan yang mengalami masalah untuk menyusukan baby mereka tapi saya tak tau macam mana nak bantu mereka betul-betul... InsyaAllah bila dah sertai workshop ni semoga mudah untuk saya bantu ibu-ibu yang mengalami masalah.... 

Alhamdulillah... Ya Allah permudahkanlah :)

Wednesday, April 1, 2015

Promosi Hebat Sempena GST!

Assalamualaikum & salam sejahtera semua... :)

Hari ni 1 April 2015 bermulanya perlaksanaan GST iaitu Goods & Services Tax di Malaysia. Tapi bukan GST tu yang saya nak cerita.

GST yang saya maksudkan ialah Get Shaklee Today!! Hehe...

So sempena kempen GST (Get Shaklee Today) yang bermula hari ini, saya nak kongsikan promosi-promosi hebat yang Shaklee tawarkan untuk bulan April...


Banyakkknyerr promo.....!

Kalau biasanya Shaklee hanya menawarkan sehingga 3 jenis produk sahaja, kali ni Shaklee berbesar hati menghadiahkan promo untuk 5 jenis produk...wow wee...

Secara ringkasnya... Fungsi setiap produk ialah seperti berikut....

Lecithin - pembersih salur darah, memecahkan lemak dan kolesterol, membakar lemak untuk pelangsingan badan, mencantikkan kulit, meningkatkan daya ingatan, menghalang tekanan darah tinggi, memperbaiki prostat lelaki dan juga meringankan sembelit.

GLA Complex - memperbaiki simptom PMS, mencantikkan kulit dan rambut, meningkatkan sistem imun

DTX Complex - membantu detoksifikasi serta memperbaiki penyakit hati

Cinch Shake - pelangsingan badan secara sihat

Vitalea for Children - multivitamin untuk kanak-kanak sihat dan aktif

Untuk maklumat lanjut, hubungi saya di 017-2595820

Untuk sebarang pertanyaan dan pembelian, atau berminat untuk menjalankan bisnes Shaklee, hubungi saya:

Ain Farahati Maarof
Your Shaklee Independent Distributor


PM saya di Facebook : www.facebook.com/ainfarahati
Like FB Page saya: Jom Sihat Vita Shop






Tuesday, March 31, 2015

Birthday Gift from Grand Nanny

Tiba-tiba dapat call dari Poslaju Malaysia.

"Puan, poslaju puan ni dah 14 hari tak ambil. Hari ni last day untuk collect. Kalau tak ambil juga kami akan hantar balik ke pengirim."

Eh, otak terus ligat berfikir. Ada ke aku order apa2 online ni? Rasanya tak ada...

"Boleh saya tahu siapa pengirim?"

"Jap ye puan.... Pengirimnya Faizland Sdn Bhd"

Owhhh... Dari mamacery rupanya. "Ok2... Kejap lagi saya ambil."

Kebetulan memang cuti hari ni sebab faqihah demam. Bolehla pergi poslaju sekejap.


Rupa-rupanya kad besday dari mamacery plus hadiah pen jutawan dan fridge magnet jutawan... Hihi.. Terharu!!

Kalau yang belum tahu, mamacery ni la 'moyang' saya dalam Shaklee... Saya ni level ke-4 bawah dia... Pun dia masih sudi nak hantar kad... Sayang moyang! Hikhik... 

Mamacery ni memang menjadi inspirasi saya malah ramai orang untuk terus mengorak  langkah dalam Shaklee. Beliau merupakan seorang bekas jurutera Petronas yang kini seorang WAHM yang berpendapatan 6-angka (atau 7-angka?) melalui Shaklee. Beliau adalah pengasas group Jutawan Shaklee dan telah melahirkan ramai leader2 hebat dalam Shaklee... 

Thanks grand nanny for the unexpected gift... :-)




Untuk sebarang pertanyaan atau pembelian, atau berminat untuk menjalankan bisnes Shaklee, hubungi:

Ain Farahati Maarof
Your Shaklee Independent Distributor


PM saya di Facebook : www.facebook.com/ainfarahati
Like FB Page saya: Jom Sihat Vita Shop


Sunday, March 29, 2015

9 Tips Melatih Bayi Menggunakan Botol Susu



Assalamualaikum....

Saya nak berkongsi satu panduan yang saya dapat dari pn. Noor Azlina (www.mothersfirstchoice.com) tentang tips melatih bayi menggunakan botol susu. Semoga bermanfaat untuk semua ibu-ibu yang membaca :)
  1. Susu EBM:- Digalakkan memberi perahan susu ibu (EBM) kepada si bayi. Selain mengelakkan payudara membengkak, EBM terbukti mampu menenangkan bayi serta mengelakkannya dari terkejut akibat perubahan rasa susu. Mulakan memberi fresh / chilled ebm terlebih dahulu kerana biasanya jika mula dengan frozen ebm dikhuatiri anak akan menolak kerana rasa frozen ebm lain sedikit dari susu fresh dari ibu, setelah anak mula terima chilled ebm bolehla mula memberi frozen ebm pula.
  2. Bantuan orang ke-3:- Anda digalakkan meminta bantuan daripada orang ketiga. Biarkan si ayah atau pengasuh yang memperkenalkan botol susu kepada bayi. Logiknya, bayi akan lebih sukar untuk menerima botol jika dia merasa payudara ibunya ada berdekatan. Pastikan ibu tidak berada bersama semasa sesi 'bottle-training'.
  3. Pelbagaikan posisi penyusuan:-Bereksperimenlah dengan posisi penyusuan yang berbeza-beza. Seboleh-bolehnya bukan pada posisi ibu menyusukan bayi. Cara yang boleh dicuba ialah dengan menyusukan bayi mengadap ayah / penjaga (face-to-face).
  4. Uji kemahuan bayi:- Cuba letakkan puting botol di tepi mulut bayi, tunggu sehingga bayi buka mulut dan menghisap puting. Jika bayi tiada response atau menolak, maksudnya si bayi belum lapar atau masih kenyang.
  5. Susu pada malam hari:- Cuba susukan pada waktu malam, yakni ketika bayi anda lebih relaks. Bayi akan lebih tenang untuk menerima botol berbanding ketika dia dalam keadaan terlalu lapar.
  6. Peluk dan tenangkan bayi:- Cuba bercakap-cakap dengan bayi, mendodoi dan juga mengusap kepalanya agar bayi lebih relaks. Boleh juga dukung dan bawa bayi berjalan-jalan semasa cuba menyusukan. Tidak perlu jalan tergesa-gesa, cukup hanya berjalan perlahan-lahan bagi mengelakkan bayi muntah. Ia akan buat bayi anda selesa dan mengalih perhatiannya dari payudara ibu.
  7. Gunakan puting susu yang bersesuian:- Terdapat pelbagai jenis puting susu dipasaran, saya cadangkan pilihlah puting susu yang  menyerupai payudara ibu supaya bayi tidak keliru puting. Pastikan saiz lubang puting untuk newborn atau slow flow.
  8. Mula seawal 2-3 minggu sebelum bekerja:- Waktu terbaik untuk melatih anak menyusu menggunakan botol ialah 2-3 minggu sebelum mula bekerja.
  9. NEVER GIVE UP:- Jangan sesekali mengalah dengan anak, biasanya bila anak menangis ibu terus bagi anak menyusu direct sebab tak sampai hati tengok si bayi menangis..selagi anda mengalah selagi tu baby takkan berjaya utk menyusu dgn botol. Teruskan mencuba, bersabar dan berikan masa untuk bayi menyesuaikan diri dengan botol. Lama-kelamaan pasti bayi anda dapat menerima susu botol.
Selamat mencuba :)

======================================================================

Suplemen dapat membantu ibu untuk menjadi lebih sihat dan bertenaga 

Untuk sebarang pertanyaan atau pembelian, hubungi:

Ain Farahati Maarof
Your Shaklee Independent Distributor


PM saya di Facebook : www.facebook.com/ainfarahati
Like FB Page saya: Jom Sihat Vita Shop