Thursday, November 13, 2014

Jom ke Kelas Diabetes!

Alhamdulillah Rabu lepas saya berkesempatan untuk mengikuti Health and Wellness Talk Shaklee... topik bulan ini ~ Cegah dan Kawal Diabetes!

Memang saya teruja sangat bila tahu Shaklee akan anjurkan Health and Wellness dengan topik Diabetes ni.. Dari awal bulan dah tandakan dalam kalendar dan war-warkan pada kawan2... Untuk makluman semua, Health and Wellness Talk yang dianjurkan oleh Shaklee ni adalah percuma dan diadakan setiap bulan dengan topik-topik yang berbeza... Macam bulan lepas, topik nya ialah Kesihatan Keluarga dan Penyusuan Ibu. Sayangnya saya tak dapat hadir ke kelas bulan lepas sebab last minute baru dapat tahu... :(

Dan kelas ni dibuka untuk semua.. Kalau yang bukan Shaklee Independant Distributor pun boleh join tau. Lagi satu, yg bestnya, anak-anak pun boleh bawak.. Haaa itu la salah satu kelebihan Shaklee ni.. Tak kisah untuk bawa anak2 sebab mereka pun faham ramai juga di kalangan Shaklee Independent Distributor ni surirumah sepenuh masa atau nama glamernya WAHM (work-at-home-mom) :)

InsyaAllah lepas ni saya akan kongsikan ilmu-ilmu yang saya dapat daripada kelas tu... Memang best dan banyak benda yang saya pelajari pasal diabetes ni... 

Bagi yang teringin nak pergi ke Health and Wellness Talk ni, masih ada masa lagi... Sila rujuk jadual di bawah:


Btw hari ni (14hb) bonus Shaklee masuk.. Alhamdulillah... Bagi SID-SID yang mungkin membaca post ni, jangan lupa bahagikan sebahagian daripada bonus tu untuk golongan yang memerlukan.. InsyaAllah lebih berkat :)


Untuk sebarang pertanyaan atau pembelian, hubungi:

Ain Farahati Maarof
Your Shaklee Independent Distributor


PM saya di Facebook : www.facebook.com/ainfarahati
Like FB Page saya: Jom Sihat Vita Shop


Sunday, November 9, 2014

13 Manfaat Bawang Putih Yang Perlu Anda Ketahui



Jom kita godek2 ilmu tentang manfaat utama Garlic ni. Bukan semua orang tahu lagi ni..so kena war2kan.

#1 - Bawang putih dapat menurunkan tekanan darah

#2 - Menurunkan Trigliselda dan kolesterol LDL (kolestrol jahat)

#3 - Meningkatkan Fibrinolisis (proses dimana tubuh memecah gumpalan darah)

#4 - Dapat merangsang produksi oksida nitrat pada lapisan dinding pembuluh darah

#5 - Mencegah arteriosclerosis sehingga dapat mengurangi risiko penyakit jantung dan penyakit strok

#6 - Dapat mengurangi radikal bebas dalam darah. 
Detoksifikasi- Garlic mampu mengeluarkan raksa dari tubuh dengan pantas. Raksa, plumbum dan cadmium adalah logam toksik yang akan menaikkkan tekanan darah. Tambahan lagi, garlic mampu melindungi sel-sel darah dari kemusnahan dari logam dan menghalang kerosakan hati oleh bahan kimia.

#7 - Dapat mencegah kanser dan tumor

#8 - Dapat meningkatkan kekebalan tubuh. Bertindak sebagai antibiotik  yang selamat dan semulajadi. Ianya selamat untuk kegunaan jangka panjang untuk meningkatkan sistem imun tubuh, menghalang penyakit berjangkit seperti selsema, kulat, kuman, virus, dan yis candida.


#9 - Sebagai Antibakteria dan Antivirus.   


#10 - Dapat digunakan sebagai ubat asma, gangguan pernafasan, dan batuk

#11 - Dapat menghilangkan sakit gigi dengan membakar bawang putih yg sudah dipotong jd 2 bahagian dan dibakar pada api. Lalu tempekkan pd gigi yg sakit.

#12 - bawang putih juga boleh digunakan untuk meningkatkan kesuburan  

#13 - Mempertingkatkan Sistem Penghadaman – Formula uniknya mampu mempertingkatkan masalah berkaitan penghadaman seperti kembung perut, gastric, ketidakhadaman.




Apa keistimewaan Garlic Shaklee ye?


Garlic Shaklee ni dibuat dari bawang putih jenis premium, bebas dari racun perosak dan ditanam secara organic di California , USA di waktu musim panas. Ia dihasilkan secara eksklusif pada suhu bilik tanpa haba untuk memastikan pengekalan 100% Alicin aktif (tidak semua tablet garlic yang dijual di pasaran mengandungi Allicin aktif). 

Mengandungi spearmint untuk mempertingkatkan system penghadaman dan fungsi  jantung.

Dwi teknologi digunakan untuk mengawal bau bawang putih di dalam tablet Garlic Shaklee. Kajian menunjukkan perisa herbanya terhasil dari kombinasi 2 ekstrak herba (Rosemary and spearmint). Ianya mengandungi pelbagai vitamin E untuk meningkatkan sebatian aktif garlic dan keberkesanannya di dalam tubuh kita. 

Setiap 2 tablet Garlic Shaklee mengekalkan 1000mg ekstrak garlic tulen yang menyamai dengan 2 ulas garlic segar. Allisin adalah sebatian yang berasal daripada bawang putih dan berfungsi untuk banyak tindakan yang berfaedah.  Allisin tidak terdapat di dalam bawang putih biasa sebaliknya ia dihasilkan apabila bawang putih tersebut dipotong halus atau dihancurkan.  

Bawang putih secara tradisinya digunakan untuk melegakan batuk, selsema dan membantu peredaran darah yang baik. Setiap tablet Garlic Shaklee mengandungi 500mg bawang putih. Tiada perasa tiruan, pemanis, pewarna atau bahan pengawet tambahan.

Untuk mendapatkan manfaat bawang putih dengan cara yang mudah dan berkesan, jom order Garlic Shaklee sekarang!

Untuk sebarang pertanyaan atau pembelian, hubungi:

Ain Farahati Maarof
Your Shaklee Independent Distributor


Email: ainfarahati@gmail.com
PM saya di Facebook : www.facebook.com/ainfarahati
Like FB Page saya: Jom Sihat Vita Shop


Friday, November 7, 2014

Malaysia International Islamic Book Expo 2014

Assalamualaikum..

Ke mana anda hari ni?

Kalau anda peminat buku wajiblah pergi ke Ekspo Buku Islam Antarabangsa 2014 (Malaysia International Islamic Book Expo 2014) yang sedang berlangsung di Auditorium Cempaka Sari, Kompleks Perbadanan Putrajaya, Presint 3, Putrajaya.

Selain daripada tu, ada juga jualan seni khat dan macam-macam lagi.. Tak sempat round habis pun semalam. Niat asal nak pergi bank je sebenarnya... Tengok-tengok ada ekspo buku lah pulak... Mujurla waktu rehat hari jumaat panjang.. Dapat la pilih-pilih beberapa buah buku untuk dibeli... Bestt!





Sorry lah tak ambil banyak gambar.. Sibuk pilih buku! ^_^

Ok ye.. Ekspo buku ni berlangsung sehingga 9 November sahaja... Jangan ketinggalan!


Wednesday, November 5, 2014

Anak Bebas Asthma Dengan Omega Guard

Assalamualaikum & salam sejahtera...

Seronok sangat baca testimoni ibu2 yang telah berjaya merawat penyakit asthma anaknya dengan memberikan Omega Guard secara konsisten. Tak sabar nak kongsikan pengalaman2 ibu2 ni kepada semua.. Sebab saya kenal ramaii ibu2 di luar sana yang mempunyai masalah anak asthma... Siapa tahu anak mereka dapat bebas drp asthma dengan pengambilan konsisten Omega Guard... Sebagai ibu, mesti nak tengok anak sihat tanpa pergantungan kepada ubat-ubatan kan? 

Bagaimana Omega Guard membantu merawat penyakit asthma??


Sebab ia kaya dengan Omega-3 yang bersifat anti-radang (inflamasi).
Inflamasi ialah tindakbalas imuniti badan terhadap infeksi dan jangkitan kuman. Untuk pesakit asthma ni, memang imuniti rendah... Jadi sesuai sangatlah beri Omega Guard supaya dapat menghalang jangkitan kuman daripada menyerang dan seterusnya menjadi trigger kepada asthma ni....

Berikut testimoni2 yang dikongsikan oleh ibu2 yang sangat gembira kerana anak mereka telah bebas asthma....









Seronok kan bila anak2 tak perlu bergantung lagi kepada nebulizer dan ubat-ubatan (read: dadah). Yang bestnye, selain daripada tu Omega Guard juga mempengaruhi ketajaman otak dan alertness dalam kelas... Woah.. Memang terbaiklah Omega Guard! Dan anda tak perlu ragu-ragu lagi dengan keselamatan produk Shaklee kerana menjadi jaminan Shaklee bahawa produk Shaklee sentiasa selamat, sentiasa berkesan dan sentiasa mesra alam! That's why i love Shaklee so much... Percayalah, selepas mengenali produk Shaklee, anda takkan berpaling lagi... Cewahh..  :D

Anda juga mungkin berminat dengan artikel ini: 
http://www.anugerahterindah.net/2014/10/testimoni-mealshake-untuk-anak-asthma.html?m=0

Nak order produk Shaklee? Hubungi:

Ain Farahati Maarof
Your Shaklee Independent Distributor

Call/SMS/Whatsapp: 017-2595820 
Email: ainfarahati@gmail.com
PM saya di Facebook : www.facebook.com/ainfarahati
Like FB Page saya: Jom Sihat Vita Shop

Monday, November 3, 2014

Tips Mudah Melegakan Selesema

Assalamualaikum & selamat pagi!

Ya Allah Kau kurniakanlah kesihatan yg baik kepada orang yang sedang membaca blog ni... Aminnn :D



Ada tak di antara anda yang sedang atau sering mengalami selesema? Ni ada tips mudah untuk melegakan selesema.. Boleh cuba :)

Cara-caranya:

1. Didihkan air kemudian tuang dalam besen.

2. Masukkan sejemput serbuk teh atau serbuk kopi. 

3. Letak dua titis minyak geliga.

4. Selimutkan seluruh badan dan besen dengan gebar (selimut).

5. Tunggu hingga 5 minit.

6. Bernafaslah seperti biasa. Badan akan berpeluh-peluh seterusnya melegakan selesema =D

Haa.. Senang, kan? Saya belum pernah cuba cara ni.. Tapi nampak senang dan menggunakan bahan2 yg sedia ada di rumah kita. Cuma minyak geliga je lah saya takde simpan di rumah..

Opss.. Ada lagi satu cara yang bagi saya lebihh senang dan mudah untuk melegakan selesema. Siapa yang biasa dengan produk Shaklee mesti tau cara ni... Nak tau tak? 

Ok lah memandangkan sharing is caring, saya kongsikanlah.. Saya amalkan vitamin C dan Omega Guard bila dilanda selesema. Sebenarnya memang amalkan hari2.. Cuma bila selesema, saya akan tambah dos.

Vitamin c: biasanya ambil 1 biji sehari. Kalu selesema, tambah dos kepada 2 biji sehari, 1 biji diselangkan 5 jam. Jangan ambil dua biji sekaligus, sebab vitamin yg terlebih tu tak akan diserap dan akan dibuang begitu sahaja.

Omega Guard: ambil 3 biji sekali makan. Omega Guard ni melancarkan peredaran darah. So badan akan rasa panas selepas pengambilan... InsyaAllah selesema pun hilang :)

Banyak lagi manfaat vitamin C dan Omega Guard Shaklee ni.. Tapi yang lain2 tu saya kongsikan kemudian ye... 

Semoga bermanfaat!

Kongsikan jika anda rasa entry ini bermanfaat. Sharing is caring! :)

Nak order produk Shaklee? Hubungi:

Ain Farahati Maarof
Your Shaklee Independent Distributor

Call/SMS/Whatsapp: 017-2595820 
Email: ainfarahati@gmail.com
PM saya di Facebook : www.facebook.com/ainfarahati
Like FB Page saya: Jom Sihat Vita Shop

Sunday, November 2, 2014

Klinik Usahawan Dr. Azizan Osman

Alhamdulillah hari ini saya diizinkan dan digerakkan olehNya untuk menghadiri Klinik Usahawan Dr. Azizan Osman bertempat di Berjaya Times Square.





Rancangan asal hendak menghadiri bersama seorang 'adik' dr group eksklusif shaklee di bwh master ira. Tapi last minute beliau tak dapat datang atas sebab masalah kesihatan. So untuk menggantikan beliau, saya terpaksa tarik husband untuk join klinik ni... Hehehe.. 

Pendaftaran adalah percuma jika mendaftar lebih dari tiga orang. Kalau mendaftar sorang2, kena bayar RM50. Seorang lagi yang mendaftar dgn saya pun tak dapat datang. Mujur waktu tu ada seorang lelaki yg sama nasib dgn kami. Kawan dia pun tak dpt datang last2 minute.. So kitorang pun daftar lah sekali. Turns out diorang tak check pun pendaftaran yang dah dibuat sebelum ni thru online... Kalau macam tu gayanya walk-in pun boleh... ;)

So kat sini saya nak share sedikit sebanyak ilmu yang dapat saya kutip sepanjang lebih kurang 4 jam dalam Klinik Usahawan Dr. Azizan Osman ni. Of course, tak sama kalau baca kat sini dengan mengalami sendiri suasana dan aura di dalam dewan. Kepada yang berkesempatan, memang saya suggest pergilah ke Klinik Usahawan Dr. Azizsn Osman. Bestttt....

Sharing points dari Klinik Usahawan Dr.Azizan Osman (DAO)

1. Kenapa berniaga?
- kerana Rasulullah S.A.W berniaga

2. Apa sahaja produk yang bagus, kalau orang tak tahu, kita akan pakai sendiri. Cth: kalau kita ada karipap yang sedap, tapi orang tak tahu tentang karipap tu. Akhirnya kita yg akan makan karipap tu. Sebab tu MARKETING penting. 

3. Niat kena jelas. Berniaga kerana nak jadi kaya, tak akan berjaya. Niat untuk bantu orang lain insyaAllah berjaya.

4. Kena tahu apa yang kita mahu. i.e MATLAMAT YG JELAS

5. Berniaga tak susah jika kita ada ilmu dan sistem.

6. Hadis - Sebaik2 manusia adalah manusia yg memberi manfaat kpd org lain. 

7. Jangan mimpi nak bina perniagaan yang bagus kalau keinginan tak cukup tinggi. 

8. Benda no.1 yg mengubah kehidupan DAO: MENTOR

9. DAO pernah berjumpa dgn 3 orang jutawan melayu untuk bertanya bagaimana mereka menjadi kaya dengan harapan untuk belajar daripada mereka. Malangnya, ketiga2 mereka tidak mengendahkannya. Last2 beliau berjumpa dengan seorang jutawan cina, yang sudi berkongsi tips kejayaan beliau. Antara tips yang dikongsikan ==> Cari MENTOR. 

Anak2 orang cina disuruh bekerja dahulu di bidang yang ingin diceburi sebelum buka perniagaan sendiri. Bekerja sekurang-kurangnya 10 tahun dan mesti komited mengikut exactly apa yang mentor ajar.

10. Kenapa bisnes? --> peluang utk dapat duit yg banyak

11. Ilmu & experience - tak perlu buang masa, ikut sahaja mentor

12. Apa yang kita mahu capai?
--> kewangan yg lebih baik
--> masa yang lebih banyak
--> masa dengan orang tersayang

13. Tiga kategori bisnes:
a) Start-up
- baru bermula 
- jualan bwh RM500,000 setahun

b) Growth 
- bisnes lebih 3 thn
- jualan lebih RM500,000 setahun

c) Expansion
- bisnes lebih 5 thn
- jualan lebih 10 juta setahun
- ready to expand

14. Mana lebih baik, untung 10 sen atau untung RM1?
==> lebih baik untung 10 sen drp ramaii pembeli drp untung RM1 drp 5 org pembeli je 

15. 10 perkara yg bezakan usahawan berjaya dan tak berjaya
#1 - Berani bertindak walaupun ada risiko
#2 - Berani bertindak walaupun ada ketakutan (takut rugi, takut silap, takut org kutuk)
#3 - Sanggup komited belajar daripada kejayaan orang lain
#4 - Melihat matlamat lebih penting/besar daripada cabaran/masalah untuk capai matlamat tersebut
#5 - Gunakan apa yang ada untuk cipta kejayaan & kekayaan
(Cth: guna RM60 utk jadikan RM600)
#6 - Tak kisah untuk susah hari ini, senang kemudian
#7 - Suka dikelilingi oleh orang lain yang berjaya. Pilih komuniti kita
#8 - Sentiasa fikir dan lakukan apa yang buat mereka lebih berjaya hari ini
#9 - Bertindak segera/ pantas. Kepantasan adalah kunci bisnes
#10 - Bukan bergantung kepada berapa tinggi pendidikan seseorang
(Top 10 millionaires: 7 daripadanya tidak sekolah tinggi)

Sekian dulu yang dapat saya kongsikan... mungkin ada point-point yang saya terlepas pandang.... maafkan saya. Apa-apa pun, saya sarankan sesiapa sahaja untuk datang ke Klinik Usahawan Dr. Azizan Osman ni. Tak kisahlah anda berniaga ke atau tak... sebab banyak ilmu yang dikongsikan yang mungkin akan memotivasikan kita untuk menjadi lebih baik daripada apa yang kita ada sekarang...


Terbaikkk!! =)

Ain Farahati Maarof
Your Shaklee Independent Distributor


Email: ainfarahati@gmail.com
PM saya di Facebook : www.facebook.com/ainfarahati
Like FB Page saya: Jom Sihat Vita Shop