Thursday, February 19, 2015

Suplemen Untuk Kesihatan Sendi Shaklee

Assalamualaikum dan salam sejahtera....

Seperti yang dijanjikan, saya nak berkongsi tentang suplemen untuk Kesihatan Sendi Shaklee yang saya pelajari di Health and Wellness Talk pada hari Selasa lepas....

Firstly, jom kita kenali rupabentuk sendi yang sihat...

(image credit: google.com)

Komponen sendi terdiri daripada Tulang Rawan, Bendalir Sinovia, Tendon dan Ligamen. (untuk maklumat tentang fungsi setiap satu boleh rujuk gambar di atas ^_^)

Sendi yang tidak sihat pula terjadi apabila salah satu komponen tersebut tidak berfungsi, rosak atau berkurangan. Penyakit sendi juga dikenali dengan nama Arthritis. 

Arthritis pula terbahagi kepada beberapa jenis iaitu:
  • Osteoarthritis
  • Rheumatoid Arthritis
  • Gout
Osteoarthritis

(image credit: www.abc.net.au)
Osteoarthritis berlaku apabila tulang rawan merosot dan menyebabkan kesakitan akibat pergeseran tulang. Cuba tengok gambarajah tu... bila tulang rawan dah berkurangan, tulang akan bergesel dan lama-kelamaan akan pecah-pecah dan menjadi kasar.

Apa yang menyebabkan tulang rawan merosot?Antara sebabnya ialah penuaan sendi, kecederaan dan juga berat badan berlebihan.

Simptom-simptomnya: Sendi menjadi sakit dan berlaku kekakuan sendi.

Solusi: Glukosamin dipercayai dapat membantu penghasilan dan pembaikan tulang rawan.

Rheumatoid Arthritis
(image credit :www.ateevia.com)
Rheumatoid Arthritis pula terjadi akibat daripada serangan sistem imun ke atas synovium (selaput sendi). 

Simptom: Keradangan dan bengkak. Sekiranya tidak dirawat, penyakit ini boleh menjadi kronik dan menyebabkan sakit sendi, kaku, bengkak dan hilang fungsi untuk aktiviti harian. Lebih parah lagi, tulang rawan dan tulang di bahagian sendi akhirnya dimusnahkan atau bercantum. Cuba lihat gambarajah di bawah.... 

(image credit: umm.edu)
Kerosakan sendi disebabkan Rheumatoid Arthritis ni biasanya menyerang kedua-dua belah kiri dan kanan. Sendi yang biasanya diserang ialah bahagian jari tangan, jari kaki dan lutut. Jadi sekiranya anda mengalami kesakitan sendi di kedua-dua belah anggota badan terlibat, dinasihatkan cepat-cepatlah berjumpa doktor....

Solusi: Minyak ikan atau herba seperti Boswellia dipercayai dapat membantu penghidap Rheumatoid Arthritis.

Gout
(image credit: myhealth.alberta.ca)
Gout terjadi apabila asid urik berlebihan di dalam darah membentuk kristal yang berkumpul pada sendi. 

Simptom: Kesakitan, bengkak, kemerahan dan kehangatan pada sendi.

Punca gout: Badan kita menghasilkan asid urik apabila ia menguraikan Purin yang terkandung dalam makanan yang kita makan. Asid urik yang tinggi berlaku apabila keseluruhan tubuh menghasilkan asid urik yang terlampau banyak atau buah pinggang menyingkirkan asid urik dalam jumlah yang sedikit.

Bagaimana mengatasi Gout?

--> Hindarkan makanan yang tinggi Purin. 4 jenis makanan yang dikenalpasti mengandungi Purin yang tinggi:

  • Minuman bergas
  • Makanan Laut
  • Daging merah
  • Minuman Beralkohol
Siapakah berisiko menghidapi Gout?
  • Lelaki berumur 30 tahun ke atas
  • Wanita selepas putus haid
  • Berat badan berlebihan
  • Sejarah keluarga
Rawatan Untuk Sakit Sendi:

Suntikan dan Ubat-ubatan

Kesakitan sendi boleh dirawat melalui suntikan dan pengambilan ubat-ubatan. TAPI!! Rawatan seperti ini hanya melegakan kesakitan dan keradangan untuk sementara sahaja. Ubat-ubatan juga berisiko menyebabkan kerosakan kepada organ dalaman.

Pembedahan

Pembedahan melibatkan kos yang tinggi dan walaupun telah dirawat, pergerakan tetap terhad. Yelah...mana nak sama tulang besi dan semulajadi kan?? Selain itu, besi bertindakbalas terhadap perbezaan suhu...besi mengembang dan mengecut mengikut perubahan suhu... sebab itulah bila cuaca terlalu panas atau terlalu sejuk, pesakit akan merasa sakit pada bahagian sendi tersebut.... owhh tak dapat nak bayangkan.... :(

Suplemen Untuk Kesihatan Sendi Shaklee

4 Suplemen Utama untuk Sendi Yang Sihat:

  • Vivix - mengandungi resveratol & polifenol yang berfungsi sebagai antioksida dan mempunyai khasiat anti-penuaan. Jangan salah faham bila disebut anti-penuaan. Bila bercakap tentang anti-penuaan, biasanya orang akan kaitkan dengan kulit cantik tak berkedut, rambut tak beruban dll... bukan bukan bukan... anti-penuaan yang dimaksudkan sebenarnya ialah penuaan yang berlaku secara sihat... tiada penyakit kronik.... tapi kulit cantik tak berkedut tu bonus lah kalau dapat =D
  • Advanced Joint Health Tablet - Mengandungi ekstrak herba Boswellia, ekstrak jagung, Vitamin C serta mineral zink, kuprum dan manganese. Ramuan yang dirumus secara saintifik ini terbukti secara klinikal dapat menggalakkan mobiliti, meningkatkan fleksibiliti, meningkatkan fungsi sendi dan menyokong kesihatan sendi untuk jangkamasa panjang. Ekstrak jagung mengandungi glukosamin yang berfungsi mengekalkan struktur tulang rawan.
  • OmegaGuard - mengandungi minyak ikan dan Omega 3. Kajian menunjukkan pengambilan Omega 3 bersama-sama glukosamin mampu mengurangkan keradangan dengan lebih baik berbanding mengambil glukosamin sahaja. OmegaGuard juga bertindak sebagai cecair pelincir kerana asid lemak Omega 3 larut dalam tisu rawan.Ia juga membantu mencegah kemusnahan enzim yang membentuk tisu rawan.
  • Ostematrix - Sumber kalsium bagi menghalang Osteoporosis (tulang rapuh) serta mengelakkan kekakuan sendi.Ostematrix bukan sekadar kalsium, tetapi mengandungi formula unik iaitu kombinasi kalsium, magnesium, fosforus dan vitamin D serta mineral zink, kuprum, manganese dan boron.
Ok... itu sahaja yang dapat saya kongsikan buat masa ni... kalau ada apa-apa pertanyaan jangan segan-segan call/sms/whatsapp/telegram sahaja nombor saya 017-2595820 atau email pun boleh... :D

Serius, saya risau giler selepas dapat tahu tentang penyakit arthritis ni... sebelum ni biasa dengar je... tak tau detail tentang penyakit tersebut. Bila dah tau ni, nauzubillah... jauhkanlah daripada penyakit-penyakit kronik macam tu.... umur pun dh 30-series ni... hmm... baiklah ambil langkah berjaga-jaga dan pastikan badan kita menerima cukup nutrien untuk kesihatan dan penuaan tubuh yang sihat. InsyaAllah... cuba untuk istiqamah dalam pengambilan suplemen bagi menampung kekurangan dalam pemakanan harian..... 


Untuk sebarang pertanyaan atau pembelian, hubungi:

Ain Farahati Maarof
Your Shaklee Independent Distributor


PM saya di Facebook : www.facebook.com/ainfarahati
Like FB Page saya: Jom Sihat Vita Shop




No comments:

Post a Comment