Tuesday, March 31, 2015

Birthday Gift from Grand Nanny

Tiba-tiba dapat call dari Poslaju Malaysia.

"Puan, poslaju puan ni dah 14 hari tak ambil. Hari ni last day untuk collect. Kalau tak ambil juga kami akan hantar balik ke pengirim."

Eh, otak terus ligat berfikir. Ada ke aku order apa2 online ni? Rasanya tak ada...

"Boleh saya tahu siapa pengirim?"

"Jap ye puan.... Pengirimnya Faizland Sdn Bhd"

Owhhh... Dari mamacery rupanya. "Ok2... Kejap lagi saya ambil."

Kebetulan memang cuti hari ni sebab faqihah demam. Bolehla pergi poslaju sekejap.


Rupa-rupanya kad besday dari mamacery plus hadiah pen jutawan dan fridge magnet jutawan... Hihi.. Terharu!!

Kalau yang belum tahu, mamacery ni la 'moyang' saya dalam Shaklee... Saya ni level ke-4 bawah dia... Pun dia masih sudi nak hantar kad... Sayang moyang! Hikhik... 

Mamacery ni memang menjadi inspirasi saya malah ramai orang untuk terus mengorak  langkah dalam Shaklee. Beliau merupakan seorang bekas jurutera Petronas yang kini seorang WAHM yang berpendapatan 6-angka (atau 7-angka?) melalui Shaklee. Beliau adalah pengasas group Jutawan Shaklee dan telah melahirkan ramai leader2 hebat dalam Shaklee... 

Thanks grand nanny for the unexpected gift... :-)




Untuk sebarang pertanyaan atau pembelian, atau berminat untuk menjalankan bisnes Shaklee, hubungi:

Ain Farahati Maarof
Your Shaklee Independent Distributor


PM saya di Facebook : www.facebook.com/ainfarahati
Like FB Page saya: Jom Sihat Vita Shop


Sunday, March 29, 2015

9 Tips Melatih Bayi Menggunakan Botol Susu



Assalamualaikum....

Saya nak berkongsi satu panduan yang saya dapat dari pn. Noor Azlina (www.mothersfirstchoice.com) tentang tips melatih bayi menggunakan botol susu. Semoga bermanfaat untuk semua ibu-ibu yang membaca :)
  1. Susu EBM:- Digalakkan memberi perahan susu ibu (EBM) kepada si bayi. Selain mengelakkan payudara membengkak, EBM terbukti mampu menenangkan bayi serta mengelakkannya dari terkejut akibat perubahan rasa susu. Mulakan memberi fresh / chilled ebm terlebih dahulu kerana biasanya jika mula dengan frozen ebm dikhuatiri anak akan menolak kerana rasa frozen ebm lain sedikit dari susu fresh dari ibu, setelah anak mula terima chilled ebm bolehla mula memberi frozen ebm pula.
  2. Bantuan orang ke-3:- Anda digalakkan meminta bantuan daripada orang ketiga. Biarkan si ayah atau pengasuh yang memperkenalkan botol susu kepada bayi. Logiknya, bayi akan lebih sukar untuk menerima botol jika dia merasa payudara ibunya ada berdekatan. Pastikan ibu tidak berada bersama semasa sesi 'bottle-training'.
  3. Pelbagaikan posisi penyusuan:-Bereksperimenlah dengan posisi penyusuan yang berbeza-beza. Seboleh-bolehnya bukan pada posisi ibu menyusukan bayi. Cara yang boleh dicuba ialah dengan menyusukan bayi mengadap ayah / penjaga (face-to-face).
  4. Uji kemahuan bayi:- Cuba letakkan puting botol di tepi mulut bayi, tunggu sehingga bayi buka mulut dan menghisap puting. Jika bayi tiada response atau menolak, maksudnya si bayi belum lapar atau masih kenyang.
  5. Susu pada malam hari:- Cuba susukan pada waktu malam, yakni ketika bayi anda lebih relaks. Bayi akan lebih tenang untuk menerima botol berbanding ketika dia dalam keadaan terlalu lapar.
  6. Peluk dan tenangkan bayi:- Cuba bercakap-cakap dengan bayi, mendodoi dan juga mengusap kepalanya agar bayi lebih relaks. Boleh juga dukung dan bawa bayi berjalan-jalan semasa cuba menyusukan. Tidak perlu jalan tergesa-gesa, cukup hanya berjalan perlahan-lahan bagi mengelakkan bayi muntah. Ia akan buat bayi anda selesa dan mengalih perhatiannya dari payudara ibu.
  7. Gunakan puting susu yang bersesuian:- Terdapat pelbagai jenis puting susu dipasaran, saya cadangkan pilihlah puting susu yang  menyerupai payudara ibu supaya bayi tidak keliru puting. Pastikan saiz lubang puting untuk newborn atau slow flow.
  8. Mula seawal 2-3 minggu sebelum bekerja:- Waktu terbaik untuk melatih anak menyusu menggunakan botol ialah 2-3 minggu sebelum mula bekerja.
  9. NEVER GIVE UP:- Jangan sesekali mengalah dengan anak, biasanya bila anak menangis ibu terus bagi anak menyusu direct sebab tak sampai hati tengok si bayi menangis..selagi anda mengalah selagi tu baby takkan berjaya utk menyusu dgn botol. Teruskan mencuba, bersabar dan berikan masa untuk bayi menyesuaikan diri dengan botol. Lama-kelamaan pasti bayi anda dapat menerima susu botol.
Selamat mencuba :)

======================================================================

Suplemen dapat membantu ibu untuk menjadi lebih sihat dan bertenaga 

Untuk sebarang pertanyaan atau pembelian, hubungi:

Ain Farahati Maarof
Your Shaklee Independent Distributor


PM saya di Facebook : www.facebook.com/ainfarahati
Like FB Page saya: Jom Sihat Vita Shop

Monday, March 23, 2015

Perth, See You In November!

Alhamdulillah... Impian sejak lama kini hampir menjadi kenyataan. 

Berjaya booking tiket tambang murah ke Perth untuk RM450++ seorang pergi-balik! Kos tambang untuk kami satu family hanya Rm2700++... Murah ke murah? :D





Yeayy!!

Lebih best lagi, mak abah dan family abang pun ikut sekali. So this will be one big family trip! Yealah keluarga kami 6 orang, keluarga abang 6 orang campur mak abah total 14 orang semua sekali :)))

One big happy family going to Perth :)




Wednesday, March 18, 2015

Tips dan Pengalaman Potty Train Anak

Assalamualaikum dan salam sejahtera...

Terbaca satu sharing tentang potty training anak... So terasa nak share jugak pengalaman saya potty train anak-anak saya... 1st sekali saya nak bagitau yang saya memang tidak pakar dalam potty training anak.. Sekadar nak berkongsi pengalaman... :)



Anak 1st, bebas diapers umur 4 tahun. Mula2 cuba jugak praktikkan tips2 potty training yang boleh didapati dengan banyak melalui pakcik google. Tapi tak jalan. Bukan salah anak, tapi mak yang tiada kerajinan dan kesabaran. Haha... Tak rajin nak mencuci baju dan lantai sekiranya berlaku kebocoran..
Last-last, dia potty trained sendiri... Awal2 hanya bebas diapers waktu siang, then beransur-ansur ke waktu malam....umur 4 tahun sebenarnya dah lewat kot nak potty trained... Tapi mama pasrah....

Anak kedua, perempuan. Cepat sikit bebas diapers... Umur 2 tahun lebih dah pandai buka pampers sendiri.. Kalau kita pakaikan pun dia akan bukak.. Mencecah umur 3 tahun dah bebas diapers. Semua atas inisiatif dia sendiri (sebab mama dah tak kuasa.. Hehe) Sama macam abang, mula2 siang dulu kemudian beransur-ansur waktu malam juga.

Anak ketiga ni yang paaling susah. Sampai dah nak masuk tadika umur 5 tahun pun masih tak boleh lekang dengan pampers. Tapi dia pakai masa nak buang air besar je lah. Kalau tak pakaikan dia akan mogok tak buang air Seriusss... T_T Dah risau dah sebab tadika memang tak bagi pakai pampers. Tapi tiba-tiba satu hari a miracle happened. Hari 1st nak pergi tadika dia cakap,

"Mama, faiq dah tak nak pakai pampers dah sebab faiq dah 5 tahun"

Hahaha.. Adoii penat jek mama dok risau2... Alhamdulillah... Bebas diapers juga akhirnya... XD

Ok kat sini saya nak share tips.. Untuk anak yang dah pandai cakap dan faham apa kita cakap, bagi deadline kat dia. Contoh macam kes anak saya, boleh cakap dekat dia, masuk sekolah je dah tak boleh pakai pampers. Atau bila dah birthday ke... Tapi kena cakap and remind dia selalu. So bila tiba hari tu, insyaAllah dia dah set azam untuk taknak pakai pampers.

So kesimpulannya di sini, jangan risau sangat ye ibu-ibu yang masih belum berjaya potty train anak. Sampai masanya, akan tiba juga waktu tu... Cuma cepat atau lambat je. 

P/s: anak ke-4, baru berumur 1 setengah tahun. Masih belum potty train... Huhu

Untuk sebarang pertanyaan, boleh hubungi:

Ain Farahati Maarof
Your Shaklee Independent Distributor


PM saya di Facebook : www.facebook.com/ainfarahati
Like FB Page saya: Jom Sihat Vita Shop

Monday, March 16, 2015

Shaklee ESP Boleh Rawat Resdung?

Anda ada masalah resdung? Dah cuba berbagai2 cara nak hilangkan resdung tu tapi tak berkesan? Mungkin ESP (Energizing Soy Protein) dari Shaklee boleh membantu... 

Teruja saya membaca testimoni daripada Puan Norazreen Alias ni...  katanya dalam 2 minggu je, resdung dah berkurangan dan dapat tambahan bonus lagi! Bonus apa tu? Kulit kusam bertambah cerah dan jerawat pun berkurangan... memang terbaik lah efek protein dalam ESP Shaklee ni....

Jom kita baca testimoni Pn Norazreen.....




Woww... jika anda nak rasa efek yang sama, jangan segan2... apa kata cuba try ESP yang ternyata sedap ni... :)
Untuk sebarang pertanyaan atau pembelian, hubungi:

Ain Farahati Maarof
Your Shaklee Independent Distributor


PM saya di Facebook : www.facebook.com/ainfarahati
Like FB Page saya: Jom Sihat Vita Shop


Saturday, March 14, 2015

Pengalaman Menggunakan Set Nutriwhite Shaklee

Tahukah anda Shaklee juga mengeluarkan produk penjagaan kulit muka luaran seperti pencuci muka, toner, krim muka dan make up remover?

Haa.. Kalau tak tahu meh saya perkenalkan...

Set Nutriwhite Shaklee

Saya mula menggunakan set Nutriwhite Shaklee sejak lebih kurang 5 bulan lalu. Tapi saya tak beli satu set sekaligus.. Sebab sebelum ni pakai brand lain, so tunggu habis dulu baru beli Nutriwhite... 

Produk pertama yang saya guna adalah Nutriwhite Deep Foaming Cleanser. Bestt!! Sebabnya, Nutriwhite Deep Foaming Cleanser ni tak mengeringkan kulit muka dan yang saya perasan memang whitehead dan blackhead berkurangan walaupun tak pakai scrub. Sebelum ni kalau pakai cleanser brand lain, kena guna juga scrub untuk menghilangkan whitehead dan blackhead tapi dengan Nutriwhite Deep Foaming Cleanser ni tak perlu... Best ke best? 

Faktor lain kenapa saya suka sangat set Nutriwhite ni sebab ia diperbuat daripada bahan-bahan semulajadi atau lebih tepat lagi 16 ramuan botani antaranya bearberry, kacang soya, Strawberry Begonia, Peony, Mulberry, Rosemary, aloe vera, rumpai laut dan alga hijau. Ia juga mengandungi patent-pending whiten-16 yang membantu mengurangkan penampilan melanin sedia ada... Hasilnya kulit lebih putih, cerah dan bercahaya!    

Oh, lagi satu, berdasarkan pengalaman rakan-rakan yang dah lama menggunakan Nutriwhite Deep Foaming Cleanser ni, satu tiub bolah tahan sampai setahun malah ada yang sampai hampir 2 tahun! Unbelievable kan... Tapi saya percaya sebab saya dah pakai 5 bulan tapi isinya masih banyak... Mana taknya, sekali guna cuma picitkan sikit je dah berbuih banyak... So memang berbaloi2 dengan harganya =))

Bubuh sikit jer camni.... :)

Selepas puas hati dengan cleanser Nutriwhite, saya mencuba pula Ultimate Protection Whitening Lotion dan Overnight Renewal Whitening Cream. Satu losyen muka untuk siang dan satu krim muka untuk malam.    

Nutriwhite Ultimate Protection Whitening Lotion ni tekstur dia ringan dan tak berminyak. So takdelah muka berminyak-minyak lepas pakai. Tapi dalam masa yang sama ia melembapkan kulit muka serta melindungi kulit daripada kesan cahaya matahari. Pati botani seperti Mulberry membantu mencegah kerosakan kulit serta membina daya tahan kulit.

Nutriwhite Overnight Renewal Whitening Cream pun best.. Kalau nak tahu, setiap kali pergi facial, beautician tu mesti akan tekankan penggunaan krim malam sebab katanya waktu malam lah sel-sel kita akan diperbaharui dan krim malam sangat penting supaya proses penggantian sel kulit akan lebih berkesan. Saya memang jatuh cinta dengan Nutriwhite Renewal Whitening Cream ni sebab bila bangun pagi je, kulit muka terasa mulus, halus, lebih cerah dan berseri je... I like!! Kandungan vitamin C dalam krim ni juga membantu mengurangkan tompok hitam di muka dan mencerahkan kulit...

Basically, saya memang puas hatilah dengan set Nutriwhite ni... Lepas ni nak cuba toner pulak.. Tapi tunggu toner yang saya pakai sekarang habis dulu... Pastu kita buat review lagi ye! =D

Untuk sebarang pertanyaan atau pembelian, hubungi:

Ain Farahati Maarof
Your Shaklee Independent Distributor


PM saya di Facebook : www.facebook.com/ainfarahati
Like FB Page saya: Jom Sihat Vita Shop

Wednesday, March 11, 2015

Alhamdulillah... A HAPPY Birthday

Alhamdulillah... A happy ending towards a happy 'birth'day... Ramai yg wish happiness... That's why i'm happy although age is increasing in number... Tq tq to all my lovely friends & family for the well wishes and du'a... May Allah bless u all.... 



Sempena besday yg baru berlalu... Nk promote vivix ANTI-PENUAAN... 



Memang serius takkan tua kalau makan vivix... Tak caya tengok gambar tulisan kat kek yang mak saya belikan ni... 


Nombor tu umur saya tahun lepas... Tahun ni masih umur yg sama!! Okla sebenarnya typo tu... Alahh gurau pun x boleh 

On a more serious note, wanita 35 thn ke atas lebih berisiko kepada pelbagai jenis masalah kesihatan... Osteoporosis, fibroid, kencing manis, darah tinggi, kanser.... Oh my and the list goes on... So my dear friends, take care of yourself.... Jaga pemakanan, amalkan cara hidup sihat, ambil suplemen untuk bantu tampung lompong2 nutrisi dalam badan... Boleh tanya saya kalau nk tahu suplemen yg sesuai untuk wanita ye... Stay healthy!

Untuk sebarang pertanyaan atau pembelian, hubungi:

Ain Farahati Maarof
Your Shaklee Independent Distributor


PM saya di Facebook : www.facebook.com/ainfarahati
Like FB Page saya: Jom Sihat Vita Shop