Wednesday, March 18, 2015

Tips dan Pengalaman Potty Train Anak

Assalamualaikum dan salam sejahtera...

Terbaca satu sharing tentang potty training anak... So terasa nak share jugak pengalaman saya potty train anak-anak saya... 1st sekali saya nak bagitau yang saya memang tidak pakar dalam potty training anak.. Sekadar nak berkongsi pengalaman... :)



Anak 1st, bebas diapers umur 4 tahun. Mula2 cuba jugak praktikkan tips2 potty training yang boleh didapati dengan banyak melalui pakcik google. Tapi tak jalan. Bukan salah anak, tapi mak yang tiada kerajinan dan kesabaran. Haha... Tak rajin nak mencuci baju dan lantai sekiranya berlaku kebocoran..
Last-last, dia potty trained sendiri... Awal2 hanya bebas diapers waktu siang, then beransur-ansur ke waktu malam....umur 4 tahun sebenarnya dah lewat kot nak potty trained... Tapi mama pasrah....

Anak kedua, perempuan. Cepat sikit bebas diapers... Umur 2 tahun lebih dah pandai buka pampers sendiri.. Kalau kita pakaikan pun dia akan bukak.. Mencecah umur 3 tahun dah bebas diapers. Semua atas inisiatif dia sendiri (sebab mama dah tak kuasa.. Hehe) Sama macam abang, mula2 siang dulu kemudian beransur-ansur waktu malam juga.

Anak ketiga ni yang paaling susah. Sampai dah nak masuk tadika umur 5 tahun pun masih tak boleh lekang dengan pampers. Tapi dia pakai masa nak buang air besar je lah. Kalau tak pakaikan dia akan mogok tak buang air Seriusss... T_T Dah risau dah sebab tadika memang tak bagi pakai pampers. Tapi tiba-tiba satu hari a miracle happened. Hari 1st nak pergi tadika dia cakap,

"Mama, faiq dah tak nak pakai pampers dah sebab faiq dah 5 tahun"

Hahaha.. Adoii penat jek mama dok risau2... Alhamdulillah... Bebas diapers juga akhirnya... XD

Ok kat sini saya nak share tips.. Untuk anak yang dah pandai cakap dan faham apa kita cakap, bagi deadline kat dia. Contoh macam kes anak saya, boleh cakap dekat dia, masuk sekolah je dah tak boleh pakai pampers. Atau bila dah birthday ke... Tapi kena cakap and remind dia selalu. So bila tiba hari tu, insyaAllah dia dah set azam untuk taknak pakai pampers.

So kesimpulannya di sini, jangan risau sangat ye ibu-ibu yang masih belum berjaya potty train anak. Sampai masanya, akan tiba juga waktu tu... Cuma cepat atau lambat je. 

P/s: anak ke-4, baru berumur 1 setengah tahun. Masih belum potty train... Huhu

Untuk sebarang pertanyaan, boleh hubungi:

Ain Farahati Maarof
Your Shaklee Independent Distributor


PM saya di Facebook : www.facebook.com/ainfarahati
Like FB Page saya: Jom Sihat Vita Shop

No comments:

Post a Comment