Saturday, August 30, 2014

Kenapa Perlu Makan Suplemen?

Assalamualaikum... nak share info yang saya dapat semasa Bengkel Nutrisi Shaklee yang lalu..

Tahukah Anda?

1 daripada 3 kematian di Malaysia disebabkan penyakit jantung.
1 daripada 7 rakyat Malaysia menghidapi barah.
1 daripada 5 rakyat Malaysia menghidapi kencing manis (diabetis) --> nisbah ini adalah peningkatan daripada tahun lepas iaitu 1 daripada 7.

Jenis kanser utama dihidapi lelaki adalah kanser kolon dan kanser paru-paru.
Jenis kanser utama dihidapi wanita adalah kanser payudara dan kanser kolon.

Kenapa kanser kolon yang tertinggi dihadapi oleh lelaki dan wanita? Antara sebab utama ialah kurangnya pengambilan sayur-sayuran dalam diet harian. Cuba check menu harian kita.... cukup tak sayur-sayuran yang kita ambil? hmmm....

Berikut pula 5 sebab UTAMA yang mengganggu kesihatan kita:

#1 - Pencemaran
Lihat sajalah sekeliling kita... sekejap2 jerebu.. dah pergi, datang balik....

#2 - Makanan kurang berkhasiat
Buat anda yang tiap2 hari masak di rumah, TAHNIAH saya ucapkan.... anda tak perlukan suplemen. Eh, betul ke? Cuba check bahan mentah yang kita gunakan untuk masak. Adakah bebas daripada bahan kimia? Non-GMO kah? Ikan yang kita beli kat pasar tu... adakah tiada pengawet? Ayam yang kita beli tu.. adakah tidak disuntik hormon? hmmm.....

#3- Gaya hidup tidak sihat
Jika anda bersenam sekurang-kurangnya 3 kali seminggu, TAHNIAH... mungkin anda tak perlukan suplemen. Tapi jika anda macam saya..uhuk2... yang bersenam 3 kali setahun (erkksss) besar kemungkinan anda perlukan suplemen :D Apatah lagi jika anda seorang yang selalu stress.... kurang tidur akibat banyak kerja dsb.... memang patut ambil suplemen untuk pastikan nutrien dalam badan mencukupi.

#4 - Pengambilan ubat berlebihan
Dengan udara dan persekitaran yang tidak sihat zaman sekarang ni, memang mudah untuk kita dijangkiti penyakit. Jalan pintasnya, kita akan ambil ubat untuk kelegaan segera... ada juga yang terpaksa amalkan ubat-ubatan setelah disahkan menghidapi penyakit-penyakit merbahaya seperti darah tinggi, diabetis dsb. Ubat-ubatan yang diamalkan secara berterusan akan meningkatkan beban kepada hati kita, yang ditugaskan untuk menyahtoksik dadah dalam saluran darah kita. Ubat-ubatan ini juga akan menjejaskan sel badan kita... yelah, bila bendasing dah masuk dalam badan, memang terjejaslah pembentukan sel-sel badan... seterusnya memberi kesan sampingan kepada badan kita...

#5 Penuaan Sel-sel Badan
Tahukah anda? Dalam 3 bulan setiap sel kita akan diganti baru akibat proses penuaan sel. Lebih cepat sel-sel kita menjadi tua, lebih cepat sel-sel baru akan dihasilkan. Kesannya? Kita akan lebih cepat kelihatan tua! Antara faktor yang mempercepatkan penuaan sel adalah stress serta nutrien yang tak mencukupi dalam badan. Sebab itulah ada sesetengah orang yang kelihatan lebih tua daripada umurnya... agak2 kita ni macam mana?

Jom tengok video di bawah ni dan jawab soalan ni: Anda pilih yang mana?


Saya? Tentulah yang sebelah kiri. Sebab tu saya mengamalkan pengambilan suplemen Shaklee bagi menampung kekurangan-kekurangan zat yang saya tahu memang tak mencukupi dalam diet harian saya. Kenapa Shaklee? Kerana saya yakin dengan keberkesanan produk Shaklee yang selamat, berkesan dan semulajadi! Anda pula bagaimana?


Ain Farahati Maarof
Your Shaklee Independent Distributor

Email: ainfarahati@gmail.com
PM saya di Facebook : www.facebook.com/ainfarahati
Like FB Page saya: Jom Sihat Vita Shop

Thursday, August 28, 2014

Jauhi STRESS untuk Susu Meriah

Hari ni saya EL... anak dara saya ni demam.... Biasanye kalau demam saya akan bagi Nutriferon...tapi stok kat rumah dah habis dan yang lebih teruk lagi, stok kat Shaklee pun dah habis! Waaaaa :((

Nak tak nak, kena bagi dia telan panadol jugak.... nak dibiarkan, risau pulak takut makin teruk....

Ok, saya bukan nak cerita pasal Nutriferon. Tapi kalau berminat nak tahu boleh click SINI. :)

Walau pun saya cuti hari ni, saya tetap hantar baby Faqihah ke rumah pengasuh... sebab nak siapkan beberapa kerja tertangguh kat rumah ni... kalau ada baby karang memang jangan harap lah nak siap... asyik melayan dia jer. Ehh kejam ke ibu mcm ni? hehehe...

So bila dah hantar baby, tetaplah kena mengepam walaupun di rumah. Yang menariknya, saya nak share kat sini... jumlah susu yang dipam lebih banyak daripada bila saya mengepam di ofis. Padahal waktu dan tempoh mengepam sama je....



So, konklusinya, saya rasa.. disebabkan tiada STRESS waktu bercuti ni. Yelah, kalau di ofis, kan banyak kerja, deadline dsb untuk disiapkan...terkejar2... so bila dah cuti ni boleh la lupakan seketika masalah2 tu.... nak buat macam mana... dah terpaksa cuti, kan ;)

Kesimpulannya, ibu-ibu yang menyusukan anak... JAUHI STRESS... agak2 nak stress tu, bawak2 tenangkan diri.... sebab kalau stress, hormon oksitosin dan prolktin akan kurang dirembes dan menyebabkan susu kurang dihasilkan.... antara cara untuk kurangkan stress, boleh istighfar, zikir, ingat baby waktu nak mengepam... dan kalau tak hilang jugak stress tu, boleh ambil cuti macam saya... hehehe (ok, saya cuti sbb anak demam ye, bukan sebab stress...walau pun memang kadang2 tu agak stress jugak lah )

Bagaimana hormon prolaktin dan oksitosin merangsang penghasilan susu ibu :D
Sekian dulu... kata nak siapkan kerja tadi, kan. hehe


Ain Farahati Maarof
Your Shaklee Independent Distributor

Email: ainfarahati@gmail.com
PM saya di Facebook : www.facebook.com/ainfarahati
Like FB Page saya: Jom Sihat Vita Shop


Wednesday, August 27, 2014

Kenapa Susu Saya Kurang?



Baru-baru ini seorang kawan saya mengadu yang susu badannya kurang dan dia sedang berfikir2 untuk menampung keperluan susu anaknya dengan susu formula. Oh no no no! Bayinya baru berusia 3 bulan... Saya nasihatkan dia, kenalpasti dulu faktor2 yang mungkin menyebabkan susu menjadi kurang...

Jangan terperangkap dengan pemberian susu formula!
1. Bayi diberi minum susu formula, jus atau air
Bayi di bawah umur 6 bulan memang tak perlu diberi minum selain susu ibu. Ya, termasuk air kosong! Susu ibu telah dicipta khas untuk keperluan bayi... air kosong tidak membekalkan nutrien yang diperlukan oleh bayi, hanya memenuhkan perutnya semata2... kesian kan? Dan bila perutnya dah diisi air kosong, perutnya dah penuh dan dia akan skip direct feeding... dan bila direct feeding berkurangan, badan ibu akan terima signal bahawa susu tidak diperlukan waktu itu dan supply akan berkurangan.... huhu

2. Keliru puting
Bayi yang telah diberi minum melalui botol mungkin akan 'terkeliru' dengan penggunaan puting tiruan... ada kemungkinan dia akan lebih suka minum dari puting botol yang lebih laju flow susunya... kalau ini terjadi, cepat2 tukar puting yang lebih mirip kepada puting semulajadi... tips dari saya, untuk bayi yang menyusu badan, gunakan puting newborn atau size 's' yang mana lubangnya lebih kecil. Ini kerana tekstur susu ibu lebih 'halus' dan lebih mudah melalui lubang puting berbanding susu formula. Jadi, jika kita gunakan lubang puting saiz yang lebih besar, susu ibu perahan akan melalui puting botol dengan lebih laju berbanding direct feeding. Lambat laun bayi akan menolak untuk direct feeding disebabkan dah 'seronok' dengan penggunaan botol yang lebih laju....

3. Pacifier
Pacifier biasanya digunakan untuk menenangkan bayi agar tidak menangis atau meragam. Tapi penggunaan pacifier ni akan mengganggu penyusuan badan dek kerana bayi telah ditenangkan walaupun dia lapar... Bagi saya, bila bayi menangis, eloklah disusukan daripada menggunakan pacifier... melainkan kita dah pastikan bayi betul2 dah kenyang.... ehm.. saya memang tak pernah gunakan pacifier... pernah try untuk 1st baby, tapi baby pun tak suka... so, memang tak guna lah sampai 4th baby ni pun...

4. Penyusuan berjadual
Penyusuan berjadual akan mengganggu kitaran semulajadi supply and demand. Kita perlu faham bahawa bayi menyusu berdasarkan supply & demand, dan tidak mengikut sela masa yang tertentu. Tempoh antara penyusuan akan berubah-ubah mengikut umur dan keperluan bayi. Susulah bayi bila dia minta... iaitu bila dia menangis!

5. Bayi suka tidur
Sesetengah bayi memang banyak tidur terutama pada hari-hari pertama selepas kelahiran. Malah ada yang sampai berminggu2 pun... contohnya macam bayi saya yg no.4, memang sleepy baby! Tiiidurrr je kerja dia.. sampaikan saya terpaksa kejut untuk galakkan dia menyusu. Kalau tak, mau 4 jam straight dia tidur T_T
Jika bayi anda jenis suka tidur, disarankan anda kejutkan dia untuk menyusu sekurang-kurangnya 2 jam sekali pada waktu siang, dan sekurng-kurangnya 4 jam sekali pada waktu malam. Tapi jika bayi ingin menyusu lebih kerap dari itu, all the better!

6. Tempoh penyusuan singkat
Pastikan bayi menyusu sehingga kenyang sebelum melepaskan breast daripada bayi. Biar sehingga dia melepaskannya sendiri. Tempoh penyusuan yang terganggu juga boleh mengurangkan susu ibu. Lagi satu, komposisi susu ibu berubah semasa penyusuan iaitu bermula dengan foremilk iaitu susu yang lebih cair dan kemudian perlahan-lahan berubah kepada hindmilk iaitu susu yang lebih lemak. Ini juga sebab kenapa kita perlu pastikan bayi menyusu dengan puas pada sebelah breast sebelum bertukar ke breast lagi satu.

7. Masalah Kesihatan Bayi
Masalah kesihatan seperti jaundice, togue tie dsb mungkin menjejaskan keupayaan bayi untuk menyusu dengan baik. Rujuk doktor sekiranya bayi mempunyai masalah2 kesihatan seperti ini.

8. Kesihatan Ibu
Kalau bayi tiada masalah seperti di atas, mungkin ibu boleh lihat kepada kesihatan ibu sendiri... Cukupkah nutrien dlm badan ibu? Ibu cukup rehat tak? Ibu yg menyusukan anak perlu memastikan badannya sentiasa sihat, tenang dan ceria... Kerana penghasilan susu ibu turut dipengaruhi oleh hormon prolactin yg terhasil bila ibu sihat dan bertenaga. Dan hormon prolactin ini pula adalah hormon yang merangsang penghasilan susu ibu.
Bagaimana untuk memastikan ibu mendapat nutrien yang mencukupi? Makanlah makanan seimbang yang mempunyai cukup protein, sayur-sayuran, karbohidrat, vitamin serta mineral yang cukup untuk keperluan ibu mengandung.

Bagi diri saya sendiri, saya amalkan Set Penyusuan Shaklee untuk memastikan badan saya sentiasa sihat dan cergas... lebih-lebih lagi selepas habis tempoh berpantang dan bila dah masuk kerja... tapi harus diingat, Set Penyusuan ini hanyalah suplemen untuk memastikan badan ibu sentiasa sihat dan cergas... prinsip supply & demand masih menjadi syarat wajib untuk memastikan penyusuan yang berjaya.

Happy Breastfeeding!


Ain Farahati Maarof
Your Shaklee Independent Distributor

Email: ainfarahati@gmail.com
PM saya di Facebook : www.facebook.com/ainfarahati
Like FB Page saya: Jom Sihat Vita Shop

Sunday, August 24, 2014

Bengkel Nutrisi Shaklee 2014

Bismillahirrahmanirrahim...

Sabtu lepas saya berpeluang mengikuti Bengkel Nutrisi Shaklee yang telah diadakan di Berjaya Times Square. Ni kali pertama saya mengikuti Bengkel Nutrisi Shaklee nih....




Alhamdulillah, it was a great experience... banyak info baru yang saya pelajari khususnya tentang produk-produk nutrisi Shaklee.... selama ni tau juga tentang produk-produk Shaklee ni tapi belum kenal betul-betul lagi... jadi di Bengkel Nutrisi Shaklee ni kami diperkenalkan dengan lebih mendalam tentang produk nutrisi Shaklee, kandungan setiap produk serta manfaat dan kelebihan setiap produk.... sebanyak 25 produk kesemuanya. Banyak, kan?

Tiket untuk menyertai Bengkel Nutrisi Shaklee ni hanya RM40.00 sahaja... termasuk buffet makan tengah hari tu..! Murah ke murah? Memang berbaloi sebab dalam masa satu hari je, dapat kenal dengan semua produk nutrisi Shaklee... memang terbaik!

Yang menariknya, Shaklee juga sediakan free flow of minuman Energizing Soy Protein (ESP) dan Performance Drink di luar dewan untuk para peserta... so siapa yang tak pernah rasa lagi kedua-dua produk tu, boleh cuba waktu ni ^_^

Free ESP & Performance Drink untuk Peserta Bengkel
Selain daripada tu, kami juga dapat free sample of Vita-E Complex, Vitalea, Cinch Tea dan Shaklee Collagen Powder (yang ni dah siap bancuh dan disapu terus ke belakang tapak tangan untuk dirasai keberkesanannya).

Kami juga dipertontonkan video contoh  pembedahan2 yang terpaksa dilakukan sekiranya ada organ-organ badan yang telah rosak atau dijangkiti penyakit... antaranya seperti prostat cancer, cyst dan pembedahan jantung... fuh.. memang menginsafkan.. ngeriii.. moralnya, jagalah kesihatan kita... prevention is better than cure.

Di akhir bengkel, kami diberi ujian bertulis sebanyak 25 soalan... saya dapat 17/25... erksss... kena telan OmegaGuard banyak2 ni T_T

Ok... tak sabar nak kongsikan kebaikan suplemen-suplemen Shaklee yang baru saya pelajari... stay tuned!


Ain Farahati Maarof
Your Shaklee Independent Distributor

Email: ainfarahati@gmail.com
PM saya di Facebook : www.facebook.com/ainfarahati
Like FB Page saya: Jom Sihat Vita Shop

Testimoni Ayah Sendiri Menggunakan Vivix

Balik rumah parents minggu ni, abah cerita...

"Abah ambik Vivix tu OK lah... dah hilang angin dalam badan abah ni. Sakit kaki abah pun hilang. Kalau sebelum ambik Vivix tu selalu sakit kaki masa tahiyat akhir. Ni dah ok...."

Ohh... Alhamdulillah... senang hati dengar ada kesan positif atas asbab ambil Vivix tu... biasa dengar dan baca testimoni positif orang lain je pasal Vivix ni, hari ni dapat tau testimoni dari ayah sendiri... seronok!

Abah baru sebulan lebih menggunakan Vivix... asalnya saya reccommend vivix ni sebab abah ada masalah angin dalam badan... asyik nak sedawa jer... bukan 4-5 kali, lebih 10 kali jugak lah kalau sekali sedawa tu... dan kerap pulak tu.... kadang2 sampai sesak nafas... risau dibuatnyer... paling risau bila abah cerita masa tengah drive pun kadang-kadang jadi macam tu....

Kebetulan bulan lepas Julai 2014 promosi Vivix boleh dapat lebih murah dari biasa, so saya terus belikan satu botol Vivix khas untuk abah. Sebenarnya masa check doktor, doktor cakap abah ada masalah dalam perut... hmm hairan juga, sebab saya tau ayah saya ni jenis jaga pemakanan... takde makan processed food, rajin minum teh hijau, suka makan sayur dan buah dsb... patutnya takde problem ni... tapi mungkin disebabkan faktor usia....

Mula-mula ingat nak bagi abah try Peppermint-Ginger Plus... Peppermint-Ginger Plus ni memang suplemen untuk membantu merawat masalah perut... buang angin berlebihan dalam badan dan juga membantu merawat masalah usus.... macam sesuai je untuk masalah abah ni...

Tapi saya nak abah cuba Vivix yang bagi saya adalah suplemen TERBAIK dalam Shaklee... sebabnya banyak sangat saya baca testimoni tentang Vivix... yang saya rasa boleh bantu abah... sebab Vivix ni dia merawat sel-sel badan kita sehingga peringkat DNA!

Dan ternyata... Alhamdulillah... abah dah merasai kesan positif daripada Vivix... cek2 dalam peti ais, dah nak habis dah Vivix abah tu... maknanya memang abah amalkan secara konsisten :)

Oh abah pun ada cerita jugak... sebelum try Vivix tu abah ambil sejenis suplemen lain (bukan jenama Shaklee).... mula2 ambil, oklah masalah angin abah tu... tapi bila stop, dan start ambil balik, tak reda2... then abah try Vivix... dan Alhamdulillah, dah sebulan lebih ni, OK!

Oh, lagi satu,... yang menariknya, abah cakap, sakit kaki abah pun hilang bersama2 dengan masalah angin tu.... tak sangka... dapat bonus hasil pemakanan Vivix ^_^

Hmm nampaknya kena beli lagi satu botol ni.. sebab abah punya dah nak habis... bahagia bila parents kita sihat.... Alhamdulillah segala puji bagi-Mu ya Allah....


Nak tahu lebih lanjut tentang Vivix? Klik sini untuk Vivix FAQs



Ain Farahati Maarof
Your Shaklee Independent Distributor

Email: ainfarahati@gmail.com
PM saya di Facebook : www.facebook.com/ainfarahati
Like FB Page saya: Jom Sihat Vita Shop

Thursday, August 21, 2014

Herba Yang Tidak Digalakkan Bagi Ibu Yang Menyusukan Anak

Sumber : BabyCenter.com

Jom kita tengok herba-herba yang tidak digalakkan untuk diambil oleh ibu-ibu yang menyusukan anak:

HerbsWhat you should know
Chamomile (German), ginger, echinaceaOften taken as teas, these herbs may be safe for nursing moms in regular doses. Herbs in teas are concentrated. Drink all herbal teas with caution, especially when you don't know all the ingredients. (Stay away from goldenseal, which is often paired with echinacea. It can be toxic in moderate doses, and experts say newborns have developed brain damage after being exposed to it.)
Ground fenugreek, anise, borage, raspberry leaves, blessed thistle, dill, garlic, stinging nettles, fennel seeds, goat's rue, false unicorn root, vervain (also called verbena)Consult your doctor or a reputable herbalist before taking any of these herbs. Though they're often used as milk boosters, not all have been scientifically proven to be safe or effective. Fenugreek, which is in many herbal preparations for increasing milk supply, may not be safe for people with diabetes.
Feverfew
This herb is used to treat migraines. There are no known problems with taking it while breastfeeding, but the Natural Medicines Comprehensive Database (NMCD) says it's best to avoid it if you're breastfeeding because not enough is known about its safety.
St. John's wortThis herb is used to treat depression. In some studies of nursing infants whose mothers are taking the herb, levels have been undetectable in the infants' blood and no side effects have been noted. But the Natural Medicines Comprehensive Database reports that nursing infants of mothers who take St. John's wort may get listless or drowsy and experience colic. NMCD advises breastfeeding moms to avoid St. John's wort until more is known about its effects on nursing infants. St. John's wort can interact with many other drugs and can decrease the effectiveness of oral contraceptives.
Chaste tree berryWhile this herb has long been used to boost milk production, it is potentially unsafe. And some studies show that the herb decreases rather than increases lactation.
Aloe, anise, buckthorn bark and berry, blue cohosh, caraway oil, cascara sagrada bark, coltsfoot leaf, comfrey, germander, gordolobo yerba tea, Indian snakeroot, Jin Bu Huan, kava, margosa oil, mate tea, mistletoe, pennyroyal oil, peppermint oil, petasite, rhubarb root, sage, skullcap, uva ursiAvoid these herbs while nursing, advises Thomas Hale, professor of pediatrics at Texas Tech University and author of Medications and Mothers' Milk. Some interfere with lactation and some could be harmful to your baby.

Ok Mommies.... be careful what u eat... happy breastfeeding!

Ingin Cuba Set Penyusuan Shaklee yang selamat dan berkesan? Contact me:


Ain Farahati Maarof
Your Shaklee Independent Distributor

Email: ainfarahati@gmail.com
PM saya di Facebook : www.facebook.com/ainfarahati
Like FB Page saya: Jom Sihat Vita Shop

Perbezaan EPO dan Shaklee GLA Complex

Dalam post sebelum ni saya ada cerita tentang EPO (Evening Primrose Oil) dan Shaklee GLA Complex.

Jom kita tengok apa perbezaan antara EPO dan Shaklee GLA Complex.

#1 Shaklee GLA Complex adalah dari minyak biji pokok Borage yang mengandungi lebih dari 2 kali ganda GLA (Gamma Linolenik Acid) daripada EPO.

#2 Minyak Borage dalam Shaklee GLA Complex adalah 3 kali ganda lebih mudah diserap oleh badan (bioavailability) berbanding EPO.

#3 Shaklee GLA Complex adalah 3 kali ganda lebih berkesan daripada EPO.

#4 Shaklee GLA Complex mengandungi gabungan Minyak Borage, Minyak Bunga Matahari dan Vitamin E manakala kebanyakan EPO di pasaran hanya mengandungi Evening Primrose oil semata-mata. Kombinasi Shaklee GLA Complex ini adalah untuk meningkatkan keberkesanan dan kestabilannya.

#5 Kesegaran dan keberkesanan Shaklee GLA Complex terpelihara oleh ShakleeGuard, anti oksidan semulajadi yang dipatenkan.

Ini lah rupa bunga Borage. Juga dipanggil dengan nama Starflower 
Ini pula bunga Evening Primrose

Ok, dah tau kan perbezaan antara EPO dan Shaklee GLA Complex? Jangan pening-pening lagi... pilihlah yang terbaik!

Untuk mengetahui manfaat Shaklee GLA Complex, boleh klik sini.


Ain Farahati Maarof
Your Shaklee Independent Distributor

Email: ainfarahati@gmail.com
PM saya di Facebook : www.facebook.com/ainfarahati
Like FB Page saya: Jom Sihat Vita Shop

Sunday, August 17, 2014

Cantik dan Sihat dengan GLA Complex Shaklee



Masa remaja dulu mak selalu nasihatkan saya supaya makan Evening Primrose Oil atau EPO. Katanya untuk kesihatan dan kulit cantik, memang elok ambil EPO ni. Saya ambil juga walaupun tak konsisten T_T

Eh? Jap.... saya ni nak cerita pasal EPO ke GLA ni....

ok2...sebenarnya ada kaitan antara EPO dan GLA... GLA atau kata panjangnya Gamma Linolenik Asid adalah salah satu bahan yang banyak terdapat dalam EPO. GLA adalah asid lemak Omega-6 yang penting untuk tumbesaran, namun tidak dapat dihasilkan oleh tubuh badan manusia dan perlu diambil dari makanan.

Shaklee TIDAK ADA mengeluarkan suplemen EPO, tapi sesuatu yang lebih baik daripada tu iaitu Shaklee GLA COMPLEX.




Apa kehebatan Shaklee GLA Complex ni?

Di sini saya kongsikan 5 KHASIAT Shaklee GLA Complex untuk tubuh badan kita:

#1- Shaklee GLA Complex Membantu Meningkatkan Kesuburan

Dalam erti kata lain, ia membantu wanita untuk hamil dengan cara membantu wanita menghasilkan cecair serviks yang subur dan berkualiti atau lebih dikenali sebagai 'egg white cervical mucus'. Cecair mukus yang subur ini membantu pergerakan sperma ke tiub fallopian seterusnya ke uterus di mana ovum menanti untuk disenyawakan. Selain itu, cecair mukus ini juga membantu sperma untuk hidup selama 5 hari di dalam tiub fallopio wanita. Ini sangat membantu untuk meningkatkan persenyawaan ketika ovulasi berlaku walaupun ketika itu suami dan isteri tidak bersama.

#2 - Mengurangkan PMS
Shaklee GLA Complex membantu melegakan kekejangan atau senggugut sewaktu PMS

#3 - Mencantikkan Kulit
Gabungan Vitamin E dalam Shaklee GLA Complex ini membantu menghasilkan kulit yang cantik, lembap dan berseri-seri.

#4 - Menggalakkan Kesihatan Jantung
Omega-6 di dalam Shaklee GLA Complex dapat membantu mengurangkan paras kolesterol yang tidak sihat di dalam badan. Lebih bagus diambil bersama Shaklee Omega Guard di mana gabungan kedua-dua ini dapat menstabilkan kesihatan jantung kita dan menstabilkan denyutan jantung.

#5 - Melambatkan Penuaan
Shaklee GLA Complex membantu membuatkan kita lebih muda dan melambatkan proses penuaan. Membantu menghasilkan hormon prostaglandin iaitu salah satu hormon yang dapat melambatkan proses penuaan. So, kalau nak awet muda, ambillah Shaklee GLA Complex!

Ok... ini pula sebab kenapa anda perlu membeli Shaklee GLA Complex SEKARANG... yes SEKARANGG... sebab bulan ni.. bulan OGOS 2014 ni adalah bulan PROMO Shaklee GLA Complex! Yess... dapatkan harga lebih murah melalui tawaran BELI 6 Percuma 1... yaa... beli 7 botol dengan harga 6 botol sahaja...  tawaran sah sehingga 31 Ogos 2014 ye....

Untuk mengetahui Perbezaan Antara EPO dan Shaklee GLA Complex, klik sini.

Ain Farahati Maarof
Your Shaklee Independent Distributor

Email: ainfarahati@gmail.com
PM saya di Facebook : www.facebook.com/ainfarahati
FB Page: Jom Sihat Vita Shop

Monday, August 4, 2014

Suplemen Membanyakkan Susu Ibu - Fakta atau Auta?

Bismillahirrahmanirrahim....

Alhamdulillah bertemu kembali setelah sebulan lebih menyepi... ;)
Ramadhan telah berlalu, cuti raya pun dah tamat... dan ramai ibu2 telah pulang berkerja... termasuk saya :)

Bagi ibu menyusukan anak macam saya, it's back to the old routine... pumping waktu bekerja untuk membekalkan susu kepada anak yang ditinggalkan di pengasuh atau taska.

Seminggu lebih bercuti, memang terasa perbezaannya. Seminggu lebih baby sentiasa ada bersama, hanya direct feeding dan tak perlu pump... memang best. Bila dah masuk ofis balik, terasa kemalasan melanda... huhuhu... oklah, maybe it's just Monday Blues...

Alhamdulillah, hasil pumping macam biasa... insyaAllah cukup untuk bekalan esok hari... Semenjak dua menjak ni, terbaca sharing daripada seorang rakan di facebook. Katanya... suplemen TIDAK membantu memperbanyakkan susu... hanya supply dan demand sahaja yang perlu dititikberatkan untuk membanyakkan susu badan.... hmmm.... betul ke?

Betul atau tak betul, saya tak tahu jawapannya... tapi apa yang saya boleh share adalah daripada pengalaman saya sendiri... ya betul, asas penghasilan susu adalah daripada konsep supply and demand. Maksudnya, susu ibu terhasil apabila badan ibu menerima signal bahawa bayi memerlukan susu. Iaitu breast perlu dikosongkan dengan kerap sama ada melalui direct feeding atau pumping. Lebih kerap breast dikosongkan, lebih banyak susu ibu terhasil.

Ini adalah konsep asas. Setiap ibu menyusu harus tahu dan patuh kepada konsep asas ini. TAPI... ada tapinya...

Bagi ibu yang sibuk bekerja (macam saya) kadang kala tidak dapat memenuhi konsep supply and demand tersebut mengikut waktu yang sepatutnya... macam saya, kadang kala terlepas waktu untuk pumping disebabkan mesyuarat yang berlarutan, atau pun terpaksa bertugas di luar, dan tiada tempat atau kesempatan untuk pump... suplemen membantu saya dalam dua cara...

Pertama, suplemen membantu membekalkan tenaga, agar tubuh kekal cergas walaupun seharian mengerjakan tugasan. Dan bila badan cergas, penghasilan susu tidak akan terjejas.... insyaAllah

Kedua, sesetengah suplemen bertindak sebagai GALACTAGOGUE... tahukah anda apa itu GALACTAGOGUE?

GALACTAGOGUE adalah bahan yang dapat membantu meningkatkan penghasilan susu. Terdapat galactagogue sintetik dan juga semulajadi. Antara GALACTAGOGUE semulajadi yang biasa saya amalkan adalah fenugreek (halba), oat dan alfalfa. Bagi saya, memang saya dapat rasakan perbezaan antara apabila saya mengambil galactagogue dan tidak mengambil galactagogue... Pertama kali saya mencuba alfalfa, lewat je pump, my breast will leak! Sebelum tu, tak pernah jadi macam tu....

Contoh Galactagogue sintetik pula adalah seperti Domperidone dan Metoclopramide yang bertindak untuk membantu tubuh menghasilkan hormon prolaktin, iaitu hormon yang penting untuk pengeluaran susu. Saya belum pernah mengambil galactagogue sintetik... biasanya galactagogue sintetik diambil atas saranan doktor berdasarkan keadaan tertentu contohnya ibu yang mempunyai anak dengan tongue tie atau ibu yang mengambil anak angkat dan ingin menyusukan anak angkatnya sendiri. Of course for me, natural is always the best...

Ada juga pendapat yang mengatakan 'it's all in the mind'.... maksudnya, keyakinan ibu ke atas bahan tersebut yang menyebabkan hormon yang menghasilkan susu berkerja lebih keras, dan bukan disebabkan faktor bahan itu sendiri.... Wallahualam....

Bagi saya, saya akan terus mengamalkan pemakanan suplemen... sebab saya telah merasai manfaatnya. InsyaAllah....


Ain Farahati Maarof
Your Shaklee Independent Distributor

Email: ainfarahati@gmail.com
PM saya di Facebook : www.facebook.com/ainfarahati
FB Page: Jom Sihat Vita Shop