Alhamdulillah bertemu kembali setelah sebulan lebih menyepi... ;)
Ramadhan telah berlalu, cuti raya pun dah tamat... dan ramai ibu2 telah pulang berkerja... termasuk saya :)
Bagi ibu menyusukan anak macam saya, it's back to the old routine... pumping waktu bekerja untuk membekalkan susu kepada anak yang ditinggalkan di pengasuh atau taska.
Seminggu lebih bercuti, memang terasa perbezaannya. Seminggu lebih baby sentiasa ada bersama, hanya direct feeding dan tak perlu pump... memang best. Bila dah masuk ofis balik, terasa kemalasan melanda... huhuhu... oklah, maybe it's just Monday Blues...
Alhamdulillah, hasil pumping macam biasa... insyaAllah cukup untuk bekalan esok hari... Semenjak dua menjak ni, terbaca sharing daripada seorang rakan di facebook. Katanya... suplemen TIDAK membantu memperbanyakkan susu... hanya supply dan demand sahaja yang perlu dititikberatkan untuk membanyakkan susu badan.... hmmm.... betul ke?
Betul atau tak betul, saya tak tahu jawapannya... tapi apa yang saya boleh share adalah daripada pengalaman saya sendiri... ya betul, asas penghasilan susu adalah daripada konsep supply and demand. Maksudnya, susu ibu terhasil apabila badan ibu menerima signal bahawa bayi memerlukan susu. Iaitu breast perlu dikosongkan dengan kerap sama ada melalui direct feeding atau pumping. Lebih kerap breast dikosongkan, lebih banyak susu ibu terhasil.
Ini adalah konsep asas. Setiap ibu menyusu harus tahu dan patuh kepada konsep asas ini. TAPI... ada tapinya...
Bagi ibu yang sibuk bekerja (macam saya) kadang kala tidak dapat memenuhi konsep supply and demand tersebut mengikut waktu yang sepatutnya... macam saya, kadang kala terlepas waktu untuk pumping disebabkan mesyuarat yang berlarutan, atau pun terpaksa bertugas di luar, dan tiada tempat atau kesempatan untuk pump... suplemen membantu saya dalam dua cara...
Pertama, suplemen membantu membekalkan tenaga, agar tubuh kekal cergas walaupun seharian mengerjakan tugasan. Dan bila badan cergas, penghasilan susu tidak akan terjejas.... insyaAllah
Kedua, sesetengah suplemen bertindak sebagai GALACTAGOGUE... tahukah anda apa itu GALACTAGOGUE?
GALACTAGOGUE adalah bahan yang dapat membantu meningkatkan penghasilan susu. Terdapat galactagogue sintetik dan juga semulajadi. Antara GALACTAGOGUE semulajadi yang biasa saya amalkan adalah fenugreek (halba), oat dan alfalfa. Bagi saya, memang saya dapat rasakan perbezaan antara apabila saya mengambil galactagogue dan tidak mengambil galactagogue... Pertama kali saya mencuba alfalfa, lewat je pump, my breast will leak! Sebelum tu, tak pernah jadi macam tu....
Contoh Galactagogue sintetik pula adalah seperti Domperidone dan Metoclopramide yang bertindak untuk membantu tubuh menghasilkan hormon prolaktin, iaitu hormon yang penting untuk pengeluaran susu. Saya belum pernah mengambil galactagogue sintetik... biasanya galactagogue sintetik diambil atas saranan doktor berdasarkan keadaan tertentu contohnya ibu yang mempunyai anak dengan tongue tie atau ibu yang mengambil anak angkat dan ingin menyusukan anak angkatnya sendiri. Of course for me, natural is always the best...
Ada juga pendapat yang mengatakan 'it's all in the mind'.... maksudnya, keyakinan ibu ke atas bahan tersebut yang menyebabkan hormon yang menghasilkan susu berkerja lebih keras, dan bukan disebabkan faktor bahan itu sendiri.... Wallahualam....
Bagi saya, saya akan terus mengamalkan pemakanan suplemen... sebab saya telah merasai manfaatnya. InsyaAllah....
Ain Farahati Maarof
Your Shaklee Independent Distributor
Your Shaklee Independent Distributor
Email: ainfarahati@gmail.com
PM saya di Facebook : www.facebook.com/ainfarahati
FB Page: Jom Sihat Vita Shop
PM saya di Facebook : www.facebook.com/ainfarahati
FB Page: Jom Sihat Vita Shop
No comments:
Post a Comment