dan anda frust, tertanya-tanya kenapa ni baby???
Kenapa ia terjadi?
Berikut adalah antara kemungkinan-kemungkinan kenapa terjadi macam tu:
- Baby tidak sihat
- Baby letih
- Baby tidak merasa lapar
- Baby kurang bertenaga
- Baby keliru puting
- Baby pernah mengalami ketidakselesaan sewaktu hari2 pertama penyusuan
- Baby kenyang disebabkan telah disusukan dengan susu formula, air kosong atau minuman lain
- Baby hendak tumbuh gigi
- Baby mempunyai thrush atau seriawan dalam mulut (sesetengah orang panggil ulcer mulut)
- Bau badan ibu berbeza daripada biasa (mungkin disebabkan oleh minyak wangi atau menggunakan nipple cream)
- Sesetengah ibu mengatakan bayi mereka enggan menyusu sehari sebelum ibu datang haid (mungkin menyebabkan perubahan rasa terhadap susu ibu)
Bagaimana mengatasinya?
Kadang kala ibu hanya perlu BERSABAR. Hentikan dulu untuk seketika. Selesakan bayi terlebih dahulu. Mungkin dia panas dan tak selesa. Check lampin. Kalau basah, tukarkan. Dukung bayi, seboleh-bolehnya skin-to-skin, supaya bayi dapat disusukan terus bila dia menunjukkan keinginan untuk menyusu, dan supaya bayi belajar untuk selesa dengan breast ibu.
Jika bayi keliru puting (apabila bayi disusukan susu perahan melalui botol, normally selepas ibu kembali bekerja, atau sebab2 lain), cuba tukar puting botol. Pilih puting yang imitate nipple ibu supaya bayi tidak merasa perbezaan yang ketara antara penyusuan botol dan direct feeding. Atau cara lain, beri bayi susu melalui sudu atau cawan kecil apabila bayi perlu diberi susu perahan.
Bagi bayi yang lebih besar, mungkin bayi merasa kenyang yang lebih lama apabila telah mula mengambil solid food. Tunggu sehingga baby betul2 lapar barulah disusukan.
Pengalaman saya
Faiq (anak ke-3) pernah enggan menyusu sewaktu berumur lebih kurang 6-7 bulan. Sebabnya? Saya tukarkan puting dia dari saiz S kepada saiz M. Perbezaan puting saiz S dan saiz M ialah lubang puting saiz M lebih besar. Jadi susu keluar lebih laju. Saya tukarkan puting tersebut sebab mengikut panduan, saiz S untuk newborn sehingga 6 bulan. Saiz M untuk 6-12 bulan. Masa tu saya beli puting jenama Medela.Balik dari kerja, bila baby lapar memang saya bagi direct feeding. Tapi baby tak mau. Puas saya cuba susukan dia tapi dia tetap meronta2 macam frustrated dan tak puas.
So saya tanya kawan saya yang supply puting tu (she's a medela product supplier - u can reach her at http://www.mybreastpumpshop.com) and dia bagitau yes probably because of the size of puting botol tu. Rupa-rupanya untuk bayi yang menyusu dengan perahan susu ibu, tak perlu ikut saiz tu! Sebabnya, susu ibu lebih halus dan bila tukar ke saiz M, susu keluar lebih laju berbanding direct feeding. Bila baby dah biasa dengan kelajuan susu daripada botol, tu yang dia dah tak nak breast. Bukan saya nak kata direct feeding ni lambat keluar susu, tak... but compared dengan penyusuan botol menggunakan puting saiz M, yes the baby can tell the difference.....
So apa yang saya buat ialah saya tukar balik ke puting botol saiz S..... and guess what, all is back to normal! huhuhu... memang pengajaran untuk saya.. jangan suka2 tukar puting susu selagi baby takde masalah dengan puting tu....
Semoga bermanfaat.... happy breastfeeding!
Saya mengamalkan suplemen Set Penyusuan Shaklee untuk kesihatan optimum ibu. Maklumat lanjut, click di sini.
Untuk sebarang pertanyaan atau pembelian suplemen kesihatan Shaklee, atau ingin menjana pendapatan 4-5 angka sebulan hanya dari rumah?
Call/SMS/Whatsapp) 017-2595820 (Ain) atau email ainfarahati@gmail.com
Call/SMS/Whatsapp) 017-2595820 (Ain) atau email ainfarahati@gmail.com
No comments:
Post a Comment