- BACA tentang Penyusuan Susu Ibu. Sekarang ni mudah sangat... banyak sangat bahan bacaan tentang penyusuan susu ibu sama ada daripada buku atau pun internet. Gi je kedai buku atau google je...
- JOIN FORUM atau SUPPORT GROUP (online/offline). Website yang saya rajin pergi masa awal2 menyusukan anak dulu ialah susuibu.com. Banyak info daripada cara2 menyusu, cara simpanan susu perahan, masalah bengkak susu dan segala macam masalah penyusuan boleh rujuk di situ. Kalau ada pertanyaan pun, boleh tanya di situ dan insyaAllah ada mommies yang boleh tolong jawabkan....
- HADIRI KELAS penyusuan susu ibu. Saya pernah hadir ke kelas yang dianjurkan oleh susuibu.com dan juga kelas percuma oleh Klinik Putrajaya Presint 9. Cuba tanya sama ada hospital/klinik terdekat dengan anda ada menyediakan kelas tersebut. Seeloknya kelas ni dihadiri semasa sedang hamil supaya ibu-ibu dapat buat persiapan yang sepatutnya...
- MULAKAN PENYUSUAN DALAM 1 JAM PERTAMA selepas melahirkan. Seeloknya ada skin-to-skin contact... so, sejurus selepas baby keluar je, terus bagi. Ikut pengalaman saya, ibu kena maklumkan kpd doktor/bidan awal2 supaya dia terus bagi baby kat ibu... kalau tak, nurse akan bawa baby untuk timbang, mandi, dan dipakaikan baju. Dah tak dapat skin-to-skin contact... (happened to me for my 4th baby... frust jugak sebab dapat baby dah siap dipakaikan baju T_T)
Sekian dulu yang saya dapat share untuk hari ni... have a wonderful breastfeeding journey :)
Ingin mendapatkan suplemen untuk penyusuan atau kesihatan keluarga?
Call/SMS/Whatsapp 0172595820
Ain Farahati Maarof
Shaklee Independent Distributor
Ingin mendapatkan suplemen untuk penyusuan atau kesihatan keluarga?
Call/SMS/Whatsapp 0172595820
Ain Farahati Maarof
Shaklee Independent Distributor
No comments:
Post a Comment