Tuesday, April 29, 2014

Pengalaman Masuk Lelong Hartanah


Sebenarnya entri ni dh long-overdue. Anyway nk masukkan jugak sbg panduan utk diri sendiri di masa hadapan.

Minggu lepas saya berpeluang masuk lelong hartanah bertempat di Shah's Village Resort, PJ. Sasaran saya dan suami ialah sebuah apartment di Sentul. Reserve price RM140,000. Kami dh survey market value, around RM320,000. So sangat3x murahhh kan.

Kami sampai sekitar pukul 2.30ptg. Lelongan start pukul 3.30ptg. Sempat beli mknn dan solat dulu sblm lelongan bermula. Oh sblm tu, daftar dulu. Serah bank draft dan salinan IC dan kami diberikan auction paddle.



Sblm 3.30 kami dh masuk dlm dewan. Ramai jugak, kira crowded jugak la dewan tu. 3 barisan kerusi di hadapan diperuntukkan utk bakal2 pembida. Kami lah tu ;) 

Tepat 3.30, lelongan bermula. Lelongan hari ni mengumpulkan beberapa syarikat pelelong. Maaf, dh x ingat dh nama2 syarikat tu. Ada je tulis dlm flyers. Malas nk refer.. Hehe

Hartanah yg kami target ni adalah lot 38. Tp xdelah tunggu smpai 37 unit dilelong... Antara no lot 1-37, x semua dilelong. Ada yg called-off, dan ada yg tiada pembida. 

Seronok tgk lot2 lain.. Ada yg dpt reserve price, wahh beruntung! Ada yg 3-8 bidder utk setiap lot.. So fight lah sikit.

Sementara nak tunggu lot kami dipanggil, dlm hati dok zikir Ya Wahab Ya Wahab (Maha Pemberi) ... Sambil doakan semoga Allah permudahkan sekiranya baik bagiku dan agamaku... Perlunya doa mcm ni, sbb utk rumah lelong, kita tak tau apa yg kita akan hadapi. Lagi2 rumah yg ada owner duduk.. Ntah susah atau senang utk kita minta owner keluar dr situ.. So the best thing is, leave it to Allah. Klu bukan rezekiku hari ini, ada hikmah di sebaliknya...

Sampaii je lot kami, no 38. "There are 21 bidders for this lot."

Whattt????! Ramaiiinyerrr :O

Nak terkedu pun ada, nak tergelak pun ada. Hahahh

Bid naik dari RM140k jadi 142, 144, 146... Then ada sorang hamba Allah ni upkan bid terus jadi RM250k. Ahahahh.. Ok dh cecah budget kami =_=

So kami tgk jela bidder2 lain fight... Final call dimenangi oleh seorang pakcik ni at RM290k (or RM295k). Tahniah pakcik! But its wayyy out of our budget. Rasa x berbaloi walau pun masih below market value. Takpe, insyaAllah ada rezeki lain yg lebih baik.... ^_*


2 comments:

  1. Syok juga ya camni ain. Next time sharelah lagi.

    ReplyDelete
  2. hehe... sblm ni dah pernah masuk jugak... cuma masa tu belum aktif berblogging... insyaAllah pasni akan share lagi...

    ReplyDelete