Rancangan asal hendak menghadiri bersama seorang 'adik' dr group eksklusif shaklee di bwh master ira. Tapi last minute beliau tak dapat datang atas sebab masalah kesihatan. So untuk menggantikan beliau, saya terpaksa tarik husband untuk join klinik ni... Hehehe..
Pendaftaran adalah percuma jika mendaftar lebih dari tiga orang. Kalau mendaftar sorang2, kena bayar RM50. Seorang lagi yang mendaftar dgn saya pun tak dapat datang. Mujur waktu tu ada seorang lelaki yg sama nasib dgn kami. Kawan dia pun tak dpt datang last2 minute.. So kitorang pun daftar lah sekali. Turns out diorang tak check pun pendaftaran yang dah dibuat sebelum ni thru online... Kalau macam tu gayanya walk-in pun boleh... ;)
Sharing points dari Klinik Usahawan Dr.Azizan Osman (DAO)
1. Kenapa berniaga?
- kerana Rasulullah S.A.W berniaga
2. Apa sahaja produk yang bagus, kalau orang tak tahu, kita akan pakai sendiri. Cth: kalau kita ada karipap yang sedap, tapi orang tak tahu tentang karipap tu. Akhirnya kita yg akan makan karipap tu. Sebab tu MARKETING penting.
3. Niat kena jelas. Berniaga kerana nak jadi kaya, tak akan berjaya. Niat untuk bantu orang lain insyaAllah berjaya.
4. Kena tahu apa yang kita mahu. i.e MATLAMAT YG JELAS
5. Berniaga tak susah jika kita ada ilmu dan sistem.
6. Hadis - Sebaik2 manusia adalah manusia yg memberi manfaat kpd org lain.
7. Jangan mimpi nak bina perniagaan yang bagus kalau keinginan tak cukup tinggi.
8. Benda no.1 yg mengubah kehidupan DAO: MENTOR
9. DAO pernah berjumpa dgn 3 orang jutawan melayu untuk bertanya bagaimana mereka menjadi kaya dengan harapan untuk belajar daripada mereka. Malangnya, ketiga2 mereka tidak mengendahkannya. Last2 beliau berjumpa dengan seorang jutawan cina, yang sudi berkongsi tips kejayaan beliau. Antara tips yang dikongsikan ==> Cari MENTOR.
Anak2 orang cina disuruh bekerja dahulu di bidang yang ingin diceburi sebelum buka perniagaan sendiri. Bekerja sekurang-kurangnya 10 tahun dan mesti komited mengikut exactly apa yang mentor ajar.
10. Kenapa bisnes? --> peluang utk dapat duit yg banyak
11. Ilmu & experience - tak perlu buang masa, ikut sahaja mentor
12. Apa yang kita mahu capai?
--> kewangan yg lebih baik
--> masa yang lebih banyak
--> masa dengan orang tersayang
13. Tiga kategori bisnes:
a) Start-up
- baru bermula
- jualan bwh RM500,000 setahun
b) Growth
- bisnes lebih 3 thn
- jualan lebih RM500,000 setahun
c) Expansion
- bisnes lebih 5 thn
- jualan lebih 10 juta setahun
- ready to expand
14. Mana lebih baik, untung 10 sen atau untung RM1?
==> lebih baik untung 10 sen drp ramaii pembeli drp untung RM1 drp 5 org pembeli je
15. 10 perkara yg bezakan usahawan berjaya dan tak berjaya
#1 - Berani bertindak walaupun ada risiko
#2 - Berani bertindak walaupun ada ketakutan (takut rugi, takut silap, takut org kutuk)
#3 - Sanggup komited belajar daripada kejayaan orang lain
#4 - Melihat matlamat lebih penting/besar daripada cabaran/masalah untuk capai matlamat tersebut
#5 - Gunakan apa yang ada untuk cipta kejayaan & kekayaan
(Cth: guna RM60 utk jadikan RM600)
#6 - Tak kisah untuk susah hari ini, senang kemudian
#7 - Suka dikelilingi oleh orang lain yang berjaya. Pilih komuniti kita
#8 - Sentiasa fikir dan lakukan apa yang buat mereka lebih berjaya hari ini
#9 - Bertindak segera/ pantas. Kepantasan adalah kunci bisnes
#10 - Bukan bergantung kepada berapa tinggi pendidikan seseorang
(Top 10 millionaires: 7 daripadanya tidak sekolah tinggi)
Sekian dulu yang dapat saya kongsikan... mungkin ada point-point yang saya terlepas pandang.... maafkan saya. Apa-apa pun, saya sarankan sesiapa sahaja untuk datang ke Klinik Usahawan Dr. Azizan Osman ni. Tak kisahlah anda berniaga ke atau tak... sebab banyak ilmu yang dikongsikan yang mungkin akan memotivasikan kita untuk menjadi lebih baik daripada apa yang kita ada sekarang...