Wednesday, October 7, 2015

14 weeks and counting....

Hi! Saje nk cerita pengalaman mengandung kali ni. 
Masa trimester pertama, memang teruk jugak lah. Bukan morning sickness, tp all-day sickness. Loya setiap masa, lapar setiap 1 jam, cepat pening kepala lagi2 kalau stress. Bangun pagi mesti muntah. Pendek kata, buat apa pun tak kena. Selalu rasa macam zombie je. 

Masuk trimester kedua (lebih kurang minggu ke-12), alhamdulillah dah ok sikit. Bangun pagi tak la rasa nk muntah sangat kecuali kalau tak cukup rehat. Kekerapan lapar dah berkurangan kepada setiap 4 jam. Pening kepala pun dah kurang. Perut pun dah nampak at 14 weeks, which i think is quite early? I think its the existing baby fat combined kot... ;P 
But i get easily worried kalau takde loya sebabb thats one of the indication that i'm pregnant.. So bila sihat sangat, takde rasa nak muntah, risau la pulak... Ok ke baby aku ni?? So bila the next hour rasa loya balik, lega lah sikit :p 

Anyway, still a longgg way to go. Praying for a safe pregnancy... Aminn


Thursday, April 23, 2015

Malaysian Breastfeeding Peer Counselor Special Project Workshop

Alhamdulillah!

Dapat berita yang menggembirakan masa buka email tadi...

Saya diterima masuk ke Malaysian Breastfeeding Peer Counselor "Special Project" Workshop... Wowwee! Alhamdulillahh :)




Saya dah lama apply untuk jadi Malaysian Breastfeeding Peer Counselor... Pembimbing rakan susu ibu... Rasanya ada la dalam 2 tahun lepas kot... Then baru-baru ni diorang ada hantar email untuk tanyakan sama ada saya berminat untuk sertai workshop ni... Ehh of coz la saya berminat!

Dah lama dah teringin nak jadi pembimbing rakan susu ibu ni.. Teringin nak membantu lebih ramai ibu-ibu di luar sana untuk menyusukan anak dengan susu ibu sepenuhnya. Dah banyak kali jumpa kawan-kawan yang mengalami masalah untuk menyusukan baby mereka tapi saya tak tau macam mana nak bantu mereka betul-betul... InsyaAllah bila dah sertai workshop ni semoga mudah untuk saya bantu ibu-ibu yang mengalami masalah.... 

Alhamdulillah... Ya Allah permudahkanlah :)

Wednesday, April 1, 2015

Promosi Hebat Sempena GST!

Assalamualaikum & salam sejahtera semua... :)

Hari ni 1 April 2015 bermulanya perlaksanaan GST iaitu Goods & Services Tax di Malaysia. Tapi bukan GST tu yang saya nak cerita.

GST yang saya maksudkan ialah Get Shaklee Today!! Hehe...

So sempena kempen GST (Get Shaklee Today) yang bermula hari ini, saya nak kongsikan promosi-promosi hebat yang Shaklee tawarkan untuk bulan April...


Banyakkknyerr promo.....!

Kalau biasanya Shaklee hanya menawarkan sehingga 3 jenis produk sahaja, kali ni Shaklee berbesar hati menghadiahkan promo untuk 5 jenis produk...wow wee...

Secara ringkasnya... Fungsi setiap produk ialah seperti berikut....

Lecithin - pembersih salur darah, memecahkan lemak dan kolesterol, membakar lemak untuk pelangsingan badan, mencantikkan kulit, meningkatkan daya ingatan, menghalang tekanan darah tinggi, memperbaiki prostat lelaki dan juga meringankan sembelit.

GLA Complex - memperbaiki simptom PMS, mencantikkan kulit dan rambut, meningkatkan sistem imun

DTX Complex - membantu detoksifikasi serta memperbaiki penyakit hati

Cinch Shake - pelangsingan badan secara sihat

Vitalea for Children - multivitamin untuk kanak-kanak sihat dan aktif

Untuk maklumat lanjut, hubungi saya di 017-2595820

Untuk sebarang pertanyaan dan pembelian, atau berminat untuk menjalankan bisnes Shaklee, hubungi saya:

Ain Farahati Maarof
Your Shaklee Independent Distributor


PM saya di Facebook : www.facebook.com/ainfarahati
Like FB Page saya: Jom Sihat Vita Shop






Tuesday, March 31, 2015

Birthday Gift from Grand Nanny

Tiba-tiba dapat call dari Poslaju Malaysia.

"Puan, poslaju puan ni dah 14 hari tak ambil. Hari ni last day untuk collect. Kalau tak ambil juga kami akan hantar balik ke pengirim."

Eh, otak terus ligat berfikir. Ada ke aku order apa2 online ni? Rasanya tak ada...

"Boleh saya tahu siapa pengirim?"

"Jap ye puan.... Pengirimnya Faizland Sdn Bhd"

Owhhh... Dari mamacery rupanya. "Ok2... Kejap lagi saya ambil."

Kebetulan memang cuti hari ni sebab faqihah demam. Bolehla pergi poslaju sekejap.


Rupa-rupanya kad besday dari mamacery plus hadiah pen jutawan dan fridge magnet jutawan... Hihi.. Terharu!!

Kalau yang belum tahu, mamacery ni la 'moyang' saya dalam Shaklee... Saya ni level ke-4 bawah dia... Pun dia masih sudi nak hantar kad... Sayang moyang! Hikhik... 

Mamacery ni memang menjadi inspirasi saya malah ramai orang untuk terus mengorak  langkah dalam Shaklee. Beliau merupakan seorang bekas jurutera Petronas yang kini seorang WAHM yang berpendapatan 6-angka (atau 7-angka?) melalui Shaklee. Beliau adalah pengasas group Jutawan Shaklee dan telah melahirkan ramai leader2 hebat dalam Shaklee... 

Thanks grand nanny for the unexpected gift... :-)




Untuk sebarang pertanyaan atau pembelian, atau berminat untuk menjalankan bisnes Shaklee, hubungi:

Ain Farahati Maarof
Your Shaklee Independent Distributor


PM saya di Facebook : www.facebook.com/ainfarahati
Like FB Page saya: Jom Sihat Vita Shop


Sunday, March 29, 2015

9 Tips Melatih Bayi Menggunakan Botol Susu



Assalamualaikum....

Saya nak berkongsi satu panduan yang saya dapat dari pn. Noor Azlina (www.mothersfirstchoice.com) tentang tips melatih bayi menggunakan botol susu. Semoga bermanfaat untuk semua ibu-ibu yang membaca :)
  1. Susu EBM:- Digalakkan memberi perahan susu ibu (EBM) kepada si bayi. Selain mengelakkan payudara membengkak, EBM terbukti mampu menenangkan bayi serta mengelakkannya dari terkejut akibat perubahan rasa susu. Mulakan memberi fresh / chilled ebm terlebih dahulu kerana biasanya jika mula dengan frozen ebm dikhuatiri anak akan menolak kerana rasa frozen ebm lain sedikit dari susu fresh dari ibu, setelah anak mula terima chilled ebm bolehla mula memberi frozen ebm pula.
  2. Bantuan orang ke-3:- Anda digalakkan meminta bantuan daripada orang ketiga. Biarkan si ayah atau pengasuh yang memperkenalkan botol susu kepada bayi. Logiknya, bayi akan lebih sukar untuk menerima botol jika dia merasa payudara ibunya ada berdekatan. Pastikan ibu tidak berada bersama semasa sesi 'bottle-training'.
  3. Pelbagaikan posisi penyusuan:-Bereksperimenlah dengan posisi penyusuan yang berbeza-beza. Seboleh-bolehnya bukan pada posisi ibu menyusukan bayi. Cara yang boleh dicuba ialah dengan menyusukan bayi mengadap ayah / penjaga (face-to-face).
  4. Uji kemahuan bayi:- Cuba letakkan puting botol di tepi mulut bayi, tunggu sehingga bayi buka mulut dan menghisap puting. Jika bayi tiada response atau menolak, maksudnya si bayi belum lapar atau masih kenyang.
  5. Susu pada malam hari:- Cuba susukan pada waktu malam, yakni ketika bayi anda lebih relaks. Bayi akan lebih tenang untuk menerima botol berbanding ketika dia dalam keadaan terlalu lapar.
  6. Peluk dan tenangkan bayi:- Cuba bercakap-cakap dengan bayi, mendodoi dan juga mengusap kepalanya agar bayi lebih relaks. Boleh juga dukung dan bawa bayi berjalan-jalan semasa cuba menyusukan. Tidak perlu jalan tergesa-gesa, cukup hanya berjalan perlahan-lahan bagi mengelakkan bayi muntah. Ia akan buat bayi anda selesa dan mengalih perhatiannya dari payudara ibu.
  7. Gunakan puting susu yang bersesuian:- Terdapat pelbagai jenis puting susu dipasaran, saya cadangkan pilihlah puting susu yang  menyerupai payudara ibu supaya bayi tidak keliru puting. Pastikan saiz lubang puting untuk newborn atau slow flow.
  8. Mula seawal 2-3 minggu sebelum bekerja:- Waktu terbaik untuk melatih anak menyusu menggunakan botol ialah 2-3 minggu sebelum mula bekerja.
  9. NEVER GIVE UP:- Jangan sesekali mengalah dengan anak, biasanya bila anak menangis ibu terus bagi anak menyusu direct sebab tak sampai hati tengok si bayi menangis..selagi anda mengalah selagi tu baby takkan berjaya utk menyusu dgn botol. Teruskan mencuba, bersabar dan berikan masa untuk bayi menyesuaikan diri dengan botol. Lama-kelamaan pasti bayi anda dapat menerima susu botol.
Selamat mencuba :)

======================================================================

Suplemen dapat membantu ibu untuk menjadi lebih sihat dan bertenaga 

Untuk sebarang pertanyaan atau pembelian, hubungi:

Ain Farahati Maarof
Your Shaklee Independent Distributor


PM saya di Facebook : www.facebook.com/ainfarahati
Like FB Page saya: Jom Sihat Vita Shop

Monday, March 23, 2015

Perth, See You In November!

Alhamdulillah... Impian sejak lama kini hampir menjadi kenyataan. 

Berjaya booking tiket tambang murah ke Perth untuk RM450++ seorang pergi-balik! Kos tambang untuk kami satu family hanya Rm2700++... Murah ke murah? :D





Yeayy!!

Lebih best lagi, mak abah dan family abang pun ikut sekali. So this will be one big family trip! Yealah keluarga kami 6 orang, keluarga abang 6 orang campur mak abah total 14 orang semua sekali :)))

One big happy family going to Perth :)




Wednesday, March 18, 2015

Tips dan Pengalaman Potty Train Anak

Assalamualaikum dan salam sejahtera...

Terbaca satu sharing tentang potty training anak... So terasa nak share jugak pengalaman saya potty train anak-anak saya... 1st sekali saya nak bagitau yang saya memang tidak pakar dalam potty training anak.. Sekadar nak berkongsi pengalaman... :)



Anak 1st, bebas diapers umur 4 tahun. Mula2 cuba jugak praktikkan tips2 potty training yang boleh didapati dengan banyak melalui pakcik google. Tapi tak jalan. Bukan salah anak, tapi mak yang tiada kerajinan dan kesabaran. Haha... Tak rajin nak mencuci baju dan lantai sekiranya berlaku kebocoran..
Last-last, dia potty trained sendiri... Awal2 hanya bebas diapers waktu siang, then beransur-ansur ke waktu malam....umur 4 tahun sebenarnya dah lewat kot nak potty trained... Tapi mama pasrah....

Anak kedua, perempuan. Cepat sikit bebas diapers... Umur 2 tahun lebih dah pandai buka pampers sendiri.. Kalau kita pakaikan pun dia akan bukak.. Mencecah umur 3 tahun dah bebas diapers. Semua atas inisiatif dia sendiri (sebab mama dah tak kuasa.. Hehe) Sama macam abang, mula2 siang dulu kemudian beransur-ansur waktu malam juga.

Anak ketiga ni yang paaling susah. Sampai dah nak masuk tadika umur 5 tahun pun masih tak boleh lekang dengan pampers. Tapi dia pakai masa nak buang air besar je lah. Kalau tak pakaikan dia akan mogok tak buang air Seriusss... T_T Dah risau dah sebab tadika memang tak bagi pakai pampers. Tapi tiba-tiba satu hari a miracle happened. Hari 1st nak pergi tadika dia cakap,

"Mama, faiq dah tak nak pakai pampers dah sebab faiq dah 5 tahun"

Hahaha.. Adoii penat jek mama dok risau2... Alhamdulillah... Bebas diapers juga akhirnya... XD

Ok kat sini saya nak share tips.. Untuk anak yang dah pandai cakap dan faham apa kita cakap, bagi deadline kat dia. Contoh macam kes anak saya, boleh cakap dekat dia, masuk sekolah je dah tak boleh pakai pampers. Atau bila dah birthday ke... Tapi kena cakap and remind dia selalu. So bila tiba hari tu, insyaAllah dia dah set azam untuk taknak pakai pampers.

So kesimpulannya di sini, jangan risau sangat ye ibu-ibu yang masih belum berjaya potty train anak. Sampai masanya, akan tiba juga waktu tu... Cuma cepat atau lambat je. 

P/s: anak ke-4, baru berumur 1 setengah tahun. Masih belum potty train... Huhu

Untuk sebarang pertanyaan, boleh hubungi:

Ain Farahati Maarof
Your Shaklee Independent Distributor


PM saya di Facebook : www.facebook.com/ainfarahati
Like FB Page saya: Jom Sihat Vita Shop

Monday, March 16, 2015

Shaklee ESP Boleh Rawat Resdung?

Anda ada masalah resdung? Dah cuba berbagai2 cara nak hilangkan resdung tu tapi tak berkesan? Mungkin ESP (Energizing Soy Protein) dari Shaklee boleh membantu... 

Teruja saya membaca testimoni daripada Puan Norazreen Alias ni...  katanya dalam 2 minggu je, resdung dah berkurangan dan dapat tambahan bonus lagi! Bonus apa tu? Kulit kusam bertambah cerah dan jerawat pun berkurangan... memang terbaik lah efek protein dalam ESP Shaklee ni....

Jom kita baca testimoni Pn Norazreen.....




Woww... jika anda nak rasa efek yang sama, jangan segan2... apa kata cuba try ESP yang ternyata sedap ni... :)
Untuk sebarang pertanyaan atau pembelian, hubungi:

Ain Farahati Maarof
Your Shaklee Independent Distributor


PM saya di Facebook : www.facebook.com/ainfarahati
Like FB Page saya: Jom Sihat Vita Shop


Saturday, March 14, 2015

Pengalaman Menggunakan Set Nutriwhite Shaklee

Tahukah anda Shaklee juga mengeluarkan produk penjagaan kulit muka luaran seperti pencuci muka, toner, krim muka dan make up remover?

Haa.. Kalau tak tahu meh saya perkenalkan...

Set Nutriwhite Shaklee

Saya mula menggunakan set Nutriwhite Shaklee sejak lebih kurang 5 bulan lalu. Tapi saya tak beli satu set sekaligus.. Sebab sebelum ni pakai brand lain, so tunggu habis dulu baru beli Nutriwhite... 

Produk pertama yang saya guna adalah Nutriwhite Deep Foaming Cleanser. Bestt!! Sebabnya, Nutriwhite Deep Foaming Cleanser ni tak mengeringkan kulit muka dan yang saya perasan memang whitehead dan blackhead berkurangan walaupun tak pakai scrub. Sebelum ni kalau pakai cleanser brand lain, kena guna juga scrub untuk menghilangkan whitehead dan blackhead tapi dengan Nutriwhite Deep Foaming Cleanser ni tak perlu... Best ke best? 

Faktor lain kenapa saya suka sangat set Nutriwhite ni sebab ia diperbuat daripada bahan-bahan semulajadi atau lebih tepat lagi 16 ramuan botani antaranya bearberry, kacang soya, Strawberry Begonia, Peony, Mulberry, Rosemary, aloe vera, rumpai laut dan alga hijau. Ia juga mengandungi patent-pending whiten-16 yang membantu mengurangkan penampilan melanin sedia ada... Hasilnya kulit lebih putih, cerah dan bercahaya!    

Oh, lagi satu, berdasarkan pengalaman rakan-rakan yang dah lama menggunakan Nutriwhite Deep Foaming Cleanser ni, satu tiub bolah tahan sampai setahun malah ada yang sampai hampir 2 tahun! Unbelievable kan... Tapi saya percaya sebab saya dah pakai 5 bulan tapi isinya masih banyak... Mana taknya, sekali guna cuma picitkan sikit je dah berbuih banyak... So memang berbaloi2 dengan harganya =))

Bubuh sikit jer camni.... :)

Selepas puas hati dengan cleanser Nutriwhite, saya mencuba pula Ultimate Protection Whitening Lotion dan Overnight Renewal Whitening Cream. Satu losyen muka untuk siang dan satu krim muka untuk malam.    

Nutriwhite Ultimate Protection Whitening Lotion ni tekstur dia ringan dan tak berminyak. So takdelah muka berminyak-minyak lepas pakai. Tapi dalam masa yang sama ia melembapkan kulit muka serta melindungi kulit daripada kesan cahaya matahari. Pati botani seperti Mulberry membantu mencegah kerosakan kulit serta membina daya tahan kulit.

Nutriwhite Overnight Renewal Whitening Cream pun best.. Kalau nak tahu, setiap kali pergi facial, beautician tu mesti akan tekankan penggunaan krim malam sebab katanya waktu malam lah sel-sel kita akan diperbaharui dan krim malam sangat penting supaya proses penggantian sel kulit akan lebih berkesan. Saya memang jatuh cinta dengan Nutriwhite Renewal Whitening Cream ni sebab bila bangun pagi je, kulit muka terasa mulus, halus, lebih cerah dan berseri je... I like!! Kandungan vitamin C dalam krim ni juga membantu mengurangkan tompok hitam di muka dan mencerahkan kulit...

Basically, saya memang puas hatilah dengan set Nutriwhite ni... Lepas ni nak cuba toner pulak.. Tapi tunggu toner yang saya pakai sekarang habis dulu... Pastu kita buat review lagi ye! =D

Untuk sebarang pertanyaan atau pembelian, hubungi:

Ain Farahati Maarof
Your Shaklee Independent Distributor


PM saya di Facebook : www.facebook.com/ainfarahati
Like FB Page saya: Jom Sihat Vita Shop

Wednesday, March 11, 2015

Alhamdulillah... A HAPPY Birthday

Alhamdulillah... A happy ending towards a happy 'birth'day... Ramai yg wish happiness... That's why i'm happy although age is increasing in number... Tq tq to all my lovely friends & family for the well wishes and du'a... May Allah bless u all.... 



Sempena besday yg baru berlalu... Nk promote vivix ANTI-PENUAAN... 



Memang serius takkan tua kalau makan vivix... Tak caya tengok gambar tulisan kat kek yang mak saya belikan ni... 


Nombor tu umur saya tahun lepas... Tahun ni masih umur yg sama!! Okla sebenarnya typo tu... Alahh gurau pun x boleh 

On a more serious note, wanita 35 thn ke atas lebih berisiko kepada pelbagai jenis masalah kesihatan... Osteoporosis, fibroid, kencing manis, darah tinggi, kanser.... Oh my and the list goes on... So my dear friends, take care of yourself.... Jaga pemakanan, amalkan cara hidup sihat, ambil suplemen untuk bantu tampung lompong2 nutrisi dalam badan... Boleh tanya saya kalau nk tahu suplemen yg sesuai untuk wanita ye... Stay healthy!

Untuk sebarang pertanyaan atau pembelian, hubungi:

Ain Farahati Maarof
Your Shaklee Independent Distributor


PM saya di Facebook : www.facebook.com/ainfarahati
Like FB Page saya: Jom Sihat Vita Shop


Thursday, February 19, 2015

Tips Berdoa dengan Gelombang Delta

Saya terima perkongsian ini dari whatsapp... Untuk rujukan diri sendiri dan semua yang membaca... 

:::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::

Sedikit perkongsian dari radio IKIM, Macamana kita nk jadikan rutin kita seperti mkn,minum,Dan tidur sebagai sari ibadat,boleh mendapat pahala ketika makan,minum malah tidur sekalipun boleh mendatangkan pahala, Caranya dgn berniat, 'sesungguhnya aku makan,minum Dan tidur ini adalah utk menguatkan tubuh badan aku ini utk lebih kuat,sihat, supaya dpt lebih beribadah kepada mu ya Allah'
Satu ibadat

DOA:

Sebelum berdoa, pastikan diri kita berada pada gelombang Theta atau Delta (iaitu minda kita berada pada tahap tenang atau tenang yg mendalam.  

Utk mengubah gelombang minda kpd Theta atau Delta, salah satunya gunakan teknik pernafasan 248 iaitu tarik nafas (kadar 2 harakat), tahan nafas (kadar 4 harakat) dan lepas panjang2. Duduk pada posisi pengantin nak ditepung tawar dgn kedua2 tapak tangan menghadap atas. Pejam mata dan mulakan teknik pernafasan beberapa kali. 

Setelah itu seluruh minda kita akan berada pada tahap tenang. Dengan penuh emosi dan kesungguhan, mulakan doa dengan "Ya Allah, izinkan (doa kita)..... dan akhiri dengan "terima kasih, Allah".
 
Jika boleh, visualkan keinginan doa tersebut. Semakin kita beremosi, semakin senang didengar Allah.

Paling berkesan jika dilakukan sebelum tidur untuk diserap dlm sel2 otak kita dan juga selepas solat tahajjud dan subuh.

:::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::

InsyaAllah... Jom kita praktikkan... 

Suplemen Untuk Kesihatan Sendi Shaklee

Assalamualaikum dan salam sejahtera....

Seperti yang dijanjikan, saya nak berkongsi tentang suplemen untuk Kesihatan Sendi Shaklee yang saya pelajari di Health and Wellness Talk pada hari Selasa lepas....

Firstly, jom kita kenali rupabentuk sendi yang sihat...

(image credit: google.com)

Komponen sendi terdiri daripada Tulang Rawan, Bendalir Sinovia, Tendon dan Ligamen. (untuk maklumat tentang fungsi setiap satu boleh rujuk gambar di atas ^_^)

Sendi yang tidak sihat pula terjadi apabila salah satu komponen tersebut tidak berfungsi, rosak atau berkurangan. Penyakit sendi juga dikenali dengan nama Arthritis. 

Arthritis pula terbahagi kepada beberapa jenis iaitu:
  • Osteoarthritis
  • Rheumatoid Arthritis
  • Gout
Osteoarthritis

(image credit: www.abc.net.au)
Osteoarthritis berlaku apabila tulang rawan merosot dan menyebabkan kesakitan akibat pergeseran tulang. Cuba tengok gambarajah tu... bila tulang rawan dah berkurangan, tulang akan bergesel dan lama-kelamaan akan pecah-pecah dan menjadi kasar.

Apa yang menyebabkan tulang rawan merosot?Antara sebabnya ialah penuaan sendi, kecederaan dan juga berat badan berlebihan.

Simptom-simptomnya: Sendi menjadi sakit dan berlaku kekakuan sendi.

Solusi: Glukosamin dipercayai dapat membantu penghasilan dan pembaikan tulang rawan.

Rheumatoid Arthritis
(image credit :www.ateevia.com)
Rheumatoid Arthritis pula terjadi akibat daripada serangan sistem imun ke atas synovium (selaput sendi). 

Simptom: Keradangan dan bengkak. Sekiranya tidak dirawat, penyakit ini boleh menjadi kronik dan menyebabkan sakit sendi, kaku, bengkak dan hilang fungsi untuk aktiviti harian. Lebih parah lagi, tulang rawan dan tulang di bahagian sendi akhirnya dimusnahkan atau bercantum. Cuba lihat gambarajah di bawah.... 

(image credit: umm.edu)
Kerosakan sendi disebabkan Rheumatoid Arthritis ni biasanya menyerang kedua-dua belah kiri dan kanan. Sendi yang biasanya diserang ialah bahagian jari tangan, jari kaki dan lutut. Jadi sekiranya anda mengalami kesakitan sendi di kedua-dua belah anggota badan terlibat, dinasihatkan cepat-cepatlah berjumpa doktor....

Solusi: Minyak ikan atau herba seperti Boswellia dipercayai dapat membantu penghidap Rheumatoid Arthritis.

Gout
(image credit: myhealth.alberta.ca)
Gout terjadi apabila asid urik berlebihan di dalam darah membentuk kristal yang berkumpul pada sendi. 

Simptom: Kesakitan, bengkak, kemerahan dan kehangatan pada sendi.

Punca gout: Badan kita menghasilkan asid urik apabila ia menguraikan Purin yang terkandung dalam makanan yang kita makan. Asid urik yang tinggi berlaku apabila keseluruhan tubuh menghasilkan asid urik yang terlampau banyak atau buah pinggang menyingkirkan asid urik dalam jumlah yang sedikit.

Bagaimana mengatasi Gout?

--> Hindarkan makanan yang tinggi Purin. 4 jenis makanan yang dikenalpasti mengandungi Purin yang tinggi:

  • Minuman bergas
  • Makanan Laut
  • Daging merah
  • Minuman Beralkohol
Siapakah berisiko menghidapi Gout?
  • Lelaki berumur 30 tahun ke atas
  • Wanita selepas putus haid
  • Berat badan berlebihan
  • Sejarah keluarga
Rawatan Untuk Sakit Sendi:

Suntikan dan Ubat-ubatan

Kesakitan sendi boleh dirawat melalui suntikan dan pengambilan ubat-ubatan. TAPI!! Rawatan seperti ini hanya melegakan kesakitan dan keradangan untuk sementara sahaja. Ubat-ubatan juga berisiko menyebabkan kerosakan kepada organ dalaman.

Pembedahan

Pembedahan melibatkan kos yang tinggi dan walaupun telah dirawat, pergerakan tetap terhad. Yelah...mana nak sama tulang besi dan semulajadi kan?? Selain itu, besi bertindakbalas terhadap perbezaan suhu...besi mengembang dan mengecut mengikut perubahan suhu... sebab itulah bila cuaca terlalu panas atau terlalu sejuk, pesakit akan merasa sakit pada bahagian sendi tersebut.... owhh tak dapat nak bayangkan.... :(

Suplemen Untuk Kesihatan Sendi Shaklee

4 Suplemen Utama untuk Sendi Yang Sihat:

  • Vivix - mengandungi resveratol & polifenol yang berfungsi sebagai antioksida dan mempunyai khasiat anti-penuaan. Jangan salah faham bila disebut anti-penuaan. Bila bercakap tentang anti-penuaan, biasanya orang akan kaitkan dengan kulit cantik tak berkedut, rambut tak beruban dll... bukan bukan bukan... anti-penuaan yang dimaksudkan sebenarnya ialah penuaan yang berlaku secara sihat... tiada penyakit kronik.... tapi kulit cantik tak berkedut tu bonus lah kalau dapat =D
  • Advanced Joint Health Tablet - Mengandungi ekstrak herba Boswellia, ekstrak jagung, Vitamin C serta mineral zink, kuprum dan manganese. Ramuan yang dirumus secara saintifik ini terbukti secara klinikal dapat menggalakkan mobiliti, meningkatkan fleksibiliti, meningkatkan fungsi sendi dan menyokong kesihatan sendi untuk jangkamasa panjang. Ekstrak jagung mengandungi glukosamin yang berfungsi mengekalkan struktur tulang rawan.
  • OmegaGuard - mengandungi minyak ikan dan Omega 3. Kajian menunjukkan pengambilan Omega 3 bersama-sama glukosamin mampu mengurangkan keradangan dengan lebih baik berbanding mengambil glukosamin sahaja. OmegaGuard juga bertindak sebagai cecair pelincir kerana asid lemak Omega 3 larut dalam tisu rawan.Ia juga membantu mencegah kemusnahan enzim yang membentuk tisu rawan.
  • Ostematrix - Sumber kalsium bagi menghalang Osteoporosis (tulang rapuh) serta mengelakkan kekakuan sendi.Ostematrix bukan sekadar kalsium, tetapi mengandungi formula unik iaitu kombinasi kalsium, magnesium, fosforus dan vitamin D serta mineral zink, kuprum, manganese dan boron.
Ok... itu sahaja yang dapat saya kongsikan buat masa ni... kalau ada apa-apa pertanyaan jangan segan-segan call/sms/whatsapp/telegram sahaja nombor saya 017-2595820 atau email pun boleh... :D

Serius, saya risau giler selepas dapat tahu tentang penyakit arthritis ni... sebelum ni biasa dengar je... tak tau detail tentang penyakit tersebut. Bila dah tau ni, nauzubillah... jauhkanlah daripada penyakit-penyakit kronik macam tu.... umur pun dh 30-series ni... hmm... baiklah ambil langkah berjaga-jaga dan pastikan badan kita menerima cukup nutrien untuk kesihatan dan penuaan tubuh yang sihat. InsyaAllah... cuba untuk istiqamah dalam pengambilan suplemen bagi menampung kekurangan dalam pemakanan harian..... 


Untuk sebarang pertanyaan atau pembelian, hubungi:

Ain Farahati Maarof
Your Shaklee Independent Distributor


PM saya di Facebook : www.facebook.com/ainfarahati
Like FB Page saya: Jom Sihat Vita Shop




Wednesday, February 18, 2015

GST is Coming!! Takut Tak???

Alhamdulillah.. Semalam berkesempatan menghadiri Health & Wellness Talk Shaklee bagi bulan Februari dengan topik Kesihatan Sendi. Bestt sgt2 sebab dapat ilmu baru tentang penyakit yang memang dialami oleh ramaiii orang di Malaysia ni. 

InsyaAllah kalau berkesempatan saya akan share ilmu yang saya dapat ni dalam post seterusnya... Yang saya nak cerita sekarang ialah tentang GST!!

Selepas habis sesi penerangan tentang kesihatan sendi oleh nutritionist Pn.Nurul, seorang lg speaker menerangkan tentang serba sedikit tips bisnes dan juga GST yang bakal dikenakan bermula 1 April 2015 ni. Tak lama lagi tu... Tinggal kurang 2 bulan je lagi!

So, bermula 1 April 2015, SEMUA barangan dan perkhidmatan akan dikenakan GST. Ya, termasuk produk Shaklee! T_T

Selepas ni, semua produk Shaklee akan ditambah 6% ke atas harga tiap-tiap produk. ESP + 6%, Vitalea + 6%, Ostematrix + 6%, and the list goes onnn...huwaaa... 

Selama ni memang tau akan kedatangan GST tapi buat derkk je.. Macam tak effect apa-apa.. So bila ada orang explain berserta dengan contoh nilai barang yang kita memang consume hari2, baruuu lahh terasa bahangnya.. Huhu

Imagine, cukai untuk ESP shj adalah RM7++! Banyakk tuu.... Fuhh

Belum campur vivix lagi.. T_T (nasib la dah borong vivix masa offer hari tu...;))

So, sementara bulan Februari dan Mac yang masih bebas GST ni, jomlaa kita mempersiapkan diri dengan stok suplemen yang kita perlukan.. Sementara harga masih murah! Lebih baik, grab je PROMOSI FEBRUARI yang sedang berlangsung sehingga 28 Februari 2015!


Untuk sebarang pertanyaan atau pembelian, hubungi:

Ain Farahati Maarof
Your Shaklee Independent Distributor


PM saya di Facebook : www.facebook.com/ainfarahati
Like FB Page saya: Jom Sihat Vita Shop






Sunday, February 1, 2015

Promosi Februari yang Ohsem!



Promosi Februari 2015 yang Ohsem adalah:

1. Vitalea : 120 biji, boleh tahan selama 2-4bulan. Ambil sehari 2 biji. Multivitamin 19 jenis mineral dan zat galian yang persamaan dalam 40 jenis lauk. 

2. Ostematrix : 120 biji. Boleh tahan selama sebulan. Ambil sehari 4 biji.
Tujuannya untuk membekalkan kalsium dan vitamin d kepada badan. Elakkan sakit2 lenguh2, lancarkan peredaran darah, bekalkan kalsium untu tulang dan gigi, elak sakit pinggang, elk pecah tumit kaki,elak sembelit

3. Vitalea kids :60 biji. Boleh tahan selama 2 bulan. Ambil sehari 1-2biji. Tujuannya: untuk membekalkan vitamin dan mineral kepada anak2

4. Advanced joint health tablet: 120 biji. Boleh tahan 40 hari. Ambil sehari 3 biji. Tujuannya: untuk elakkan sakit2 sendi, lenguh2, sakit2 otot. 

Dapatkan segera. Sebelum stok kehabisan. 








Untuk sebarang pertanyaan atau pembelian, hubungi:

Ain Farahati Maarof
Your Shaklee Independent Distributor


PM saya di Facebook : www.facebook.com/ainfarahati
Like FB Page saya: Jom Sihat Vita Shop







Wednesday, January 14, 2015

Selamat Datang 2015!

Assalamaualaikum dan salam mesra.....

Lama tak menulis... sibuk dengan pelbagai perkara dari penghujung Disember 2014 hingga kini....

Disember sibuk dengan percutian bersama keluarga, pindah rumah, persiapan persekolahan anak-anak dan 1001 alasan lagi... hehe

Januari pula sibuk dengan sesi persekolahan baru... Faiqah dah masuk darjah 1... faiq dah pindah ke tadika baru (tadika lama tapi di cawangan yang baru).. furqan dah masuk darjah 4... dh tahap 2 dah anak mama ni.... faqihah? masih diasuh di rumah ibu syikin... hehe

Ni gambar Hari Orientasi Faiqah before the start of the new school session... Sibling support! Hari pertama persekolahan takde ambil gambar sebab storage handphone penuh T_T
Azam tahun baru? Ohh memang tak pernah ada azam tahun baru. Sebab saya tak percaya dengan azam tahun baru... bagi saya kalau nak berazam, bila2 pun boleh, tak semestinya tunggu tahun baru, betul tak? :)

By the way, promo Shaklee untuk Januari ni memang BEST! Shaklee dah bawa masuk kembali Vitalea for Children yang sekian lama menghilang dari pasaran Malaysia... teruja sangat! Kalau sebelum ni terpaksa belikan multivitamin jenama lain untuk menampung kekurangan vitamin dari pemakanan harian mereka, sekarang dah ada multivitamin untuk kanak-kanak dari Shaklee... berbaloi-baloi! Lepas ni beli Shaklee je.... dijamin sentiasa selamat, sentiasa berkesan dan sentiasa mesra alam! Dann... sambil2 membeli untuk diri sendiri dan keluarga, bonus pun dapat! hihi... that's why i love Shaklee so much!

Selain dari Promosi Buy 3 Free 1 Vitalea for Children, bulan ni juga ada promosi Buy 6 Free 1 Vivix dan Alfalfa dan juga Buy 2 Get Discount 5% juga untuk Vivix dan Alfalfa... Best2... sebab dua-dua suplemen ni memang saya amalkan setiap hari... Alfalfa sebagai penggalak susu ibu.. dan Vivix untuk kesihatan menyeluruh, tenaga dan juga kulit cantik :)





Jom2... grab this offer while it lasts.... :)




Untuk sebarang pertanyaan atau pembelian, hubungi:

Ain Farahati Maarof
Your Shaklee Independent Distributor


Email: ainfarahati@gmail.com
PM saya di Facebook : www.facebook.com/ainfarahati
Like FB Page saya: Jom Sihat Vita Shop